CHERITERA KAMI...: Hari kelahiran

Aug 13, 2014

Hari kelahiran

Ni cerita sebelum raya. Birthday N pada 25/7 haritu. Sebelum dari tarikh kejadian cik b dah cakap takde apa-apa yang special sebab die cakap hari birthday tu pun dah sedia special sebab jatuh pada malam 27 Ramadhan dan jumaat terkakhir bulan Ramadhan.

Pagi tu dah sampai dekat office dah nak keluar kereta ni baru perasan ada something dekat seat bawah co-pilot. Terus gelak sensorang. Alaa..suke buat kite terkejut gini tau.


Pandai lak tu konon macam dipos kan dari Jepun lagi tu;p

Ape isinya??Telekung...Dulu masa hantaran kahwin telekung tak termasuk dalam list lepastu baru perasan telekung yang ada banyak yang orang bagi dan dah lama. Memang dah lama mencari telekung yang baru. Alih-alih dapat telekung lagi.TQ B:)

Malam pulak, orang tu belanja iftar dekat Impiana KLCC. Full ok orang. Sesak. N bila makan tempat sesak ni mula la rasa serabut. Memula dapat tempat kt dalam, kami tukar dekat luar lega sikit cuma tak beraircond la sebaik tak panas.

Pilihan makanan banyaakkkk. So, kalau nak rasa semua kene la plan makan rasa itu ini sikit2 kan. Nasi pun memula tak amik tapi sebab nak rasa. Ambil la sikit. So far sedap jugak la menu2nya. Dah hujung-hujung tu ada pulak diorang bawak durian. Tapi kene makan kat luar, tak boleh bawak masuk dalam restaurant.

Tengok semua dah aim dah kat booth durian tu. N amik jugak tapi dapat yang tak sedap. Tak habis kite makan. 

Kebab ni tak rasa tapi lamb, chicken yang grill semua sedap2!

Ni suasana dalam. Ada persembahan hiburan sampingan.Sebab dah nak raya, lagu raya la die nyanyi. Yang dekat bawah tu ada nasi ayam, goreng2, icecream, air kelapa, dessert.

Surau yang selesa disediakan. Memang cukup selesa:)

Ni menu pertama yang kami ambil.Tengok sup gear box die. Memang terbaik!Ni kalau g makan sendiri kat kedai mau puluh2 ringgit harga kan.

Berapa harga buffet?Kalau tak silap dalam RM100++ kot. N pun tak pasti, lupa tanya cik B atau pun N ada tanya tapi dia tak jawab.Kuikui. Sekali je merasa buffet cenggini.Kasi can la kan kan;)

To my B...thanks so much fo all your effort and hadiah itu.Love u much3...

2 comments:

Nurul said...

Bestnya hadiah birthday...
Anyway, Hepi Belated Birthday... :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, sanah helwah ann. semoga dikurniakan kesihatan yang baik, sukses dalam hidup dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Amin Ya Rabbal Alamin ~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah