CHERITERA KAMI...: Cerita Sehari Sebelum Raya

Aug 8, 2014

Cerita Sehari Sebelum Raya


Dah nak 2 minggu raya dah baru nak start enjin cerita sebelum raya kan. Memula rasa macam tak nak cerita tapi rasa macam nak cerita la buat kenangan sebab pengalaman ni bukan selalu belum tentu tahun2 depan akan alami perkara yang sama. betul x?

Tahun ni giliran raya dengan mertua pulak. Ni kali kedua la pengalaman raya bersama-sama beramai-ramai. Memang giliran ktorg seragam la dengan ipar-ipar yang lain. Semua turn raya Perak tahun ni. So, ramai dan meriah la berkumpul. Tahun ni juga first time dapat balik raya awal. Sebelum ni tak malam raya, pagi raya baru sampai kampung. Takdela merasa persiapan raya tu macam mana. Kali ni dapat balik awal sehari.

Hari Ahad tu pagi lagi dah busy dah dekat dapur. Anyam ketupat, potong itu ini, masak rendang la ape la.Macam-macam la MIL buat. N tukang tolong dan tukang nyibuk je. Bila dah tak tau nak buat ape, kita tolong kemas2 lak. Kuikuikui...

FIL ada bela ayam memang nak buat utk raya katenye. Dapatlah tengok camne proses ayam tu dari sembelih, cabut bulu bagai. Malam raya tu buka puasa sesama lepastu layan anak-anak buah main bunga api, makan durian lepastu SIL beli kek sempena yang lahir bulan 7 termasuk lah N. Heheh..

First time tengok proses mencabut bulu ayam ni. tengok je la, tak buat pun. Hohoh..

Cake Choc Indulgence dari SR..4 orang ipar dan anak buah saing birthday bulan 7. Mekaseh SIL blnje kek birthday ni:)


4 comments:

Falsya said...

meriahnyeee..bestnye semua bende wat sendri..ayam pun sembelih sendri..hehe..

selamat hari raya ann..;)

myza said...

Seronok x dpt merasa kelainan bhari ry d kampung en.somi.hehe

Ann said...

Falsya : tuelanyee...fresh semuanye..slmt hari ry sya:)

Ann said...

myza : seronokkkkk!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah