CHERITERA KAMI...: 1 Syawal 1435H

Aug 9, 2014

1 Syawal 1435H


Tahun ni raya tema kami Merah. Ni adik ipar la ngajak bertema sama. Kite pun ikutkan je. Ramai jugak tgk kt FB yg tema merah. Siapa yang sama tema ngn kami, geng la!Heheh..

1 Syawal dengan mertua pun lain suasananye atau caranye dengan cara N dgn family N beraya. Lepas solat raya, sesi bermaafan. Memang semua la serentak dari yang tua sampai la yg kecik. Klu family N pagiiii raya dah siap pakai baju raya tu dh terus salam-salam dah. Tak yang tunggu semua org serentak. Siapa dulu siap, blh salam2.Gitu. Lepas tu baru sesi photo beramai-ramai. Sesi salam kami suami isteri takde gambo sebab salam dalam bilik;p

MIL dan anaknya:)

Dah salam..sesi kutip duit raya lak. Siapa nak duit raya dengan achik??Meh beratur..

Family photo..Ni gambar yg keberapa baru jadi sebab ada budak2 kecik tu kejap2 kang gerak  kang itu ini kan. Ini gambar yang terpaling jadi la ni walaupun yang si comel depan tu pkai tudung oren tak pandang kamera.Total 7 beradik, 10 anak buah.

Ni family photo rumah abang long. Rumah BIL ni bebetul sebelah je rumah mertua.

Gambar berdua yang elok cantik moel tak banyak. Memang tiap kali first raya gambar berdua tak banyak. Suke lak kte tengok gambar ni;)

Ini gambar selfie guna monopod. First time ni ni guna monopod. Gigih sebelum balik kampung haritu singgah uptown Danau Kota beli monopod. Monopod sekali shutter RM40. Tapi sekarang shutter tu dah hilang tak tau tercicir mana. 

Biasa N dengan family lepas salam2 terus g jalan raya. memang dah ada la antara rumah wajib pergi tiap pagi raya tu dah hafal dah rumah mana turn no berapa. By zohor dah habis dah pusing. Sebab nak take turn dengan makcik. Kang takde orang lak kat rumah. Petang tu makcik lak jalan raya, ktorg jaga rumah. Tapi dengan mertua ni petang lepas asar baru gerak jalan raya. Dari pagi ke petang tu melangut la dok umah. Elok jugak jalan petang sebab cuaca redup sikit. Rumah2 sedara mertua jauh skit dari kampung dengan jem lagi masa banyak makan dekat jalan la. Tapi tu la suasana raya kan. Kte follow je. Asal ada berjalan raya tu.Heheh...

Ni rumah pertama kami terjah dekat Teluk Intan

Ni rumah terakhir dah nak ke Tanjung Malim dah ha. Tengok muke memasing pun dah berminyak2.Kul11 malam baru sampai rumah. 



4 comments:

Weena said...

meriahnya raya....selamat hari raya ann... :)

myza said...

Wah meriah dgn tema meraah ;)

Ann said...

weena : selamat hari ry:)

Ann said...

myza: kome pun merah jugak kannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah