CHERITERA KAMI...: Vendeur Festival Matrade

Jul 18, 2014

Vendeur Festival Matrade


Last weekend sempat terjah Matrade untuk Vendeur Festival ni. Masa dekat Shah Alam haritu tak pergi sebab tengok update memang sesak gile. So kali ni dah aim nak pergi awal.Kul 10lebih dah sampai dekat Matrade.Alhamdulillah parking tu dapat dekat je.

Ada 2 hall. Kami start hall 1 yang sebelah kiri dulu. Walaupun baru pukul 10lebih, baru start tapi crowded dah mula ramai. Tak sesak sangat.Itu yang best!

Ada macam-macam jual tudung, shawl, baju, blouse, memang untuk kelengkapan raya tu complete la boleh cari dekat sini dari butik ternama dan online seller.

Misi kali ni mencari shawl atau tudung untuk raya. Siap bawak baju raya sekali senang nak tengok match ke tak. 

Kalau tak silap, ni first time Ariani join event macam ni. Memang pack booth die.N lalu je la. Tak sanggup nak memeriahkan suasana.

Ni booth abang kawasan Ashh&Annas. Panjang giler ok beratur org nk membeli kt sini. Sale kaw kaw punya padan ramai orang serbu. N pun mampu lalu je:)

Nampak cik lofa dekat booth #lofalense. Orang tak rama lagi masa ni, terus ajak amik ga,bar sesama. Sweet bangat dah berhijab ni. Alhamdulillah~~

Ni masa try pinafore by @mayadelaila_byms. Masa #klihf haritu pernah amik gambar dengan memey.So, kali ni konon kasi can dekat orang lain. Sekali memey yang tegur kita ajak amik gambar sesama. Segan la kite.Owh..pinafore tu berjaya jugak la N beli 1 setelah mendapat sokongan dari cik B. Boleh pakai as skirt. Kembang sangattt macam princess.

Kain pelikat #walisongo ni memang sedap material die.Sejuk! 

Orang tu beria nak selfie dengan AA ni ha sampai naik atas pentas. Kite perati je dari jauh.Hahahha..Kau hado~~;p

Sebelum balik, selfie dulu.Berjaya membeli 2 helai shawl dari #onulaa, 1 shawl dari #Don&dona, pin shawl, biskut raya yang dah habis pun makan;p & pinafore dari @mayadelaila. Settle la kot untuk raya. Tapi selagi belum raya ni ada je la nak menambahkan;p




2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, murah2 tak rege depa jual kat sana? sheila tak dapat pergi pun. hehehe susah sket nak jalan, baby masih kecik ~~~

Anonymous said...

THANK YOU FOR SUPPORTING VENDEUR FESTIVAL. SEE YOU AT NEXT EVENT!

LOVE, VF TEAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah