CHERITERA KAMI...: Isu Hukum Semasa Berpuasa

Jul 4, 2014

Isu Hukum Semasa Berpuasa

Korek Telinga Batal Puasa??
Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.


Sahkah Puasa orang terlewat mandi wajib?
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, sesiapa yang terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh masih sah puasanya pada hari berkenaan.

Hukum berus gigi masa puasa?
Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari.

Antara soalan yang selalu berlegar dari zaman dulu. Boleh ke korek telinga time puasa??Berus gigi camne?Kalau korang pun masih tertanya-tanya hukumnya, boleh baca lanjut di drmaza.com (kredit info)

1 comment:

myza said...

Boleh tp makruh kan pooh..kalau blh elakkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah