CHERITERA KAMI...: Buffet Ramadhan Penang Village Great Eastern

Jul 22, 2014

Buffet Ramadhan Penang Village Great Eastern

First time berbuka di luar ramadhan kali ni.Nafsu nak berlebih-lebih masa berbuka macam tak berapa.Tapi teringin juga sekali sekala merasa berbuka kat luar berdua.Hehe..

So,last Sunday kami ada program dekat Bangi lepas tu nak COD inner magic dekat Putrajaya. Asalnya nak berbuka 1 tmpt ni tapi dah fully reserved.Tula lambat beno.Belum ada rezeki lagi la nak merasa makan kt situ.Last -last sampai lah kami kat Great Eastern Mall Ampang.

Suke kt sini sebab senang parking,tak crowded. Kami pilih berbuka di Penang Village. Dah few times jugak makan sini. Baru perasan tak pernah review lagi pasal tempat ni.Harga untuk Buffet Ramadhan bagi dewasa RM62.50 ( kalau tak silap)

Ada pilihan nasi putih dan nasi minyak. Lauk yang pelbagai pilihan.

Ikan sweet sour, sotong, udang. Paling favourite ayam. Ayam goreng tapi macam basah2 sikit.Lupa pulak nama dia.

Ulam-ulaman, kerabu, acar sarawak, laksa, bubur lambuk. Yang topup banyak kali ialah dumpling. Dumpling die comel dan rangup dan sedap:)


Dessert section. Kurma, buah-buahan, puding, air. Kek lapis terpaling sedap sebab moist je;)

Ni dah sibuk dah nak amik lauk sebelum masuk waktu berbuka. Tenang je beratur. Tak payah nak sesak dan tunggu lama. Boleh pergi banyak kali dengan senang hati.

Kalau mencari tempat berbuka yang tak sesak, yang tenang dan selesa memang N recommend kan lah Penang Village Greast Eastern Mall ni. Kami terus datang je haritu takde buat booking awal. Sebaik ada kosong lagi. Pilihan makanan tak sebanyak yang dekat hotel ke mana kan tapi ok la tak perlu nak berlebih-lebih bukan nak mentekedarah pun masa berbuka. Sesuai la dengan harga dia.Tapi kalau korang target buffet ramadhan yang ada kambing golek, kat sini takde tau.Hehehe...

2 comments:

mama tisya said...

sedap gk nmpk tp tk pernh lg p buffet ramadhan lebih rm 40 kalo byr sdiri...hehe

myza said...

Mahal weh 60+ sorg..wpun pilihan n mknan dia byk tp blm tntu dpt mkn smua.haha bajet perot kecik kan kan hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah