CHERITERA KAMI...: Avillion Port Dickson

Jul 14, 2014

Avillion Port Dickson

Awal-awallll dulu confius antara Avillion PD ni dengan Avillion Admiral Cove. Kalau borak dengan kawan pun ada kawan yang konfius antara 2 hotel ni. Diorang ni adik beradik. Dulu dalam tahun 2008 tak silap, company penuh buat Family Day dekat Avillion PD tapi masa Malam Annual Dinner ktorg ke Avillion Admiral Cove. Both hotel ada keunikan tersendiri dan best semestinya!

Sebelum puasa haritu kami pergi short vacay 2D1N dekat Avillion PD. Kami beli promo masa Matta fair haritu RM360 (jimat RM100) untuk weekdays for water chalet. Dulu masa Family Day dah merasa duduk kat Garden Chalet time tu pun bujang lagi. Ni first time la merasa duk atas air pulak berdua.

Kalau baca review ramai suggest bilik 818 or 816 untuk Water Chalet. Rupanye sekarang bilik tu dah diupgradekan menjadi Premium Water Chalet. Semua view yang best adalah Premium Water Chalet. N lupe tny haritu bilik 812 water chalet ke tak. Korang nanti try la tanya. Best view jugak bilik tu.N dapat bilik 808.

1 King bed + day bed yang boleh muat 2 orang jugak. Bilik yang selesa untuk 1 family.

Suka concept toilet. More privacy macam ala bali ala kampung gitu. Shower open concept beratapkan langit berlantaikan laut;)

Traditional look sangat kan. teringat kat kampugn tingkap gitu.

Child and family pool. Tepi sana cafe untuk breakfast. Ingatkan datang time weekdays tak ramai orang.Rupanya ramai orang plan bercuti sebelum puasa agaknya.memang meriah macam cuti sekolah nengoknye. Lagipun hotel ni pun memang ramai yang suka stay sini kan.

Cik merak ni hari-hari post die kat sini. Menjadi tumpuan. tapi tak pernah lagi nampak die kembangkan ekor tu.Kesian kaki die sakit jalan tempang. Dekat tepi ni ada swimming pool untuk adult. More privacy dan relax.

Ada jugak rabbit, ayam, turtle dekat sini. Kalau lalu je panggil bit..bitt...comel tengok rabbit tu manja je. Tapi ada yang macam tak terjaga. Attraction untuk kanak-kanak ni sebab kul10am boleh bagi makan dekat haiwan-haiwan ni.

Ingatkan nak layan pasir , laut dan sunset dekat Tumasek Beach ni tapi dah tutup sebab under private property di tulis situ. Dulu ada kerusi deret2 tepi pantai tu boleh baring-baring layan view. Ni dah kosong. Sayang!

Pergi la dekat beach lagi 1 dekat dengan Garden Chalet. Laut surut. Boleh jalan sampai tengah tu nampak banyak baby ketam.SubhanAllah...

Masa untuk pulang. Barulah air pasang, nampak air hijau tu. Saja menggoda kasi hati bertambah berat nak check out. InsyaAllah ada rezeki kami datang lagi:)

4 comments:

mama tisya said...

tringin gk nk p avilion ni tp manjang tgk rate mhl je...

dalila said...

bestnyeee..xtermampu lg..
in sha Allah klu ade rezeki lebih ;)

Ann said...

mama tisya : nnti bln 9 g la matta fair kak

Ann said...

dalila : insyaAllah...moga2 nnti dalila dpt cuti2 kt sini:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah