CHERITERA KAMI...: The 39 Restaurant PNB Darby Park

Jun 16, 2014

The 39 Restaurant PNB Darby Park

Masuk bulan 6 je mula la terlebih giat survey dan google Tempat Romantik Sambut Birthday. Apa kaitan tempat birthday dengan romantik?Mestilahhhh..dah sambut berdua. Kalau sambut reramai kita search Tempat Happening Sambut Birthday, kan?

Time hari-hari penting macam ni lah nak merasa ruang privacy yang lebih berdua, pergi makan tempat yang kalau hari biasa macam takde alasan yang kukuh nak makan situ.Heheh. Mencari tempat yang istimewa yang lain dari kebiasaan lagi-lagi nak menyambut antara hari penting teman sehidup semati kita memang mencabar. Ada orang cakap, buat apa pening kepala masak la sesedap kat rumah tu. Memanggg teringinnn sangat tapi tunggu la duduk rumah sendiri. Ni duduk dengan family celah mana nak bercandle light nak bersexy mexy berdua. Kahkah...

Susah mencari restoran yang 'exclusive' tapi yakin dengan keHALALan nye. Ada la few restoran yang dalam list. Tapi akhirnya N decide ke The 39 restaurant di PNB Darby Park.

At a rooftop ..Main reason kenapa pilih The 39 Restaurant sebab view dari restuarant ni romantik. Walaupun dekat dengan rumah tapi tak sangka la pulak Jalan Binjai nak masuk ke hotel ni sesak. Stuck dalam 5-10minit juga. Nak naik ke atas ni menunggu reception yang ramai orang servis macam slow pulak di situ. Terlajak juga masa berbuka kami. 

Alhamdulillah..sampai je tingkat 39 ni lega tengok view malap-malap gini. Sementara nak order, mintak staff tu bawa plain water untuk berbuka, dan diorang bagi kuih pau ni sekali. Rejeki!!

Sangat cosy atas ni cuma bila malam dengan cuaca sekarang yang panas tu hangat sikit la walaupun tingkat 39. Tengah fikir nak order apa ni. N memang tak order siap-siap bagi chance birthday boy pilih. restaurant ni menyediakan Malay Cuisine. N buat reservation sehari sebelum. Diorang tak sediakan perkhidmatan deco tapi kita boleh hired orang atau buat sendiri. Ada juga pakej by course. Senang kata, mudah la berurusan dengan person incharged En.Mirul. Tanya je la ape2, dia boleh suggestkan itu ini.

Menu kami malam tu - Udang galah sambal petai & Nasi Ulam Ayam Percik. Sedappp!!Nampak sikit portion dia, tapi alhamdulillah kenyang. 

Bersama yang dirai. Awal-awal dah suruh cik B kosongkan jadual dia malam tu. Lepas tu suruh siap hensem-hensem nak bawak makan special.Dia neves, kita lagi neves. 

Ni la En.Mirul yang N ceritakan tu. Just call 03-7490 3939 untuk buat reservation. Surau ada disediakan di Tingkat 5. Besar dan selesa suraunya.

Dalam sejam lebih kat atas tu, masa untuk pulang. Kalau nak dapat best view, datang time senja. So dapat tengok view petang dan malam.

Happy Birthday dear husband!!


10 comments:

mama tisya said...

wah romantik gtu...tinggi tu tingkat 39...opis akak lama tingkat 31...bole byngkn ketinggian tu

Weena said...

romantik tempat tu... :)

Ann said...

mama tisya : akak ofc kt Felda tu kan??

Ann said...

Weena : romantik..blh la ajak hasben dtg sini:)

Anonymous said...

Price rate die mcm mane ye?

Ann said...

@Anonymous : haritu total 2org makan + air dan dessert dalam 150++

Anonymous said...

nak reserved mkn sini just call saje or die nak no credit card dlu ke camne?!..

Ann said...

@Anonymous : tak perlu..just call utk buat reservation dgn klu nk order menu siap2 ke..byr lepas makan nnti..heheh..

Anonymous said...

berapa average makanan dekat restaurant ni ?

Anonymous said...

berapa average makanan dekat situ ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah