CHERITERA KAMI...: One City Skypark

Jun 5, 2014

One City Skypark


Suka scroll newsfeed dekat FB sebab boleh bagi idea dekat kami tempat menarik nak terjah. Selalu bila weekend or sebelum weekend menjelma, dah siap dah itinerary program untuk weekend. Kemain siap itinerary bagai. Tapi tu plan je banyak yang last minute. Masalah last minute ni idea tak mari. Contoh la..tetibe rasa nak keluar jejalan ni. Tapi takde idea nak pergi mana. Dan selalunya N la yang kene perah otak mencari tempat.

Kitaorang kalau pergi Mall takde arah tujuan macam malas sikit la. Better pergi tempat yang tak crowded sangat. Haritu ternampak kawan post di pergi One City Mall ni. Terus google - rupanya Mall baru sangat bukak. Yang menariknya ada Skypark atas dia.

Asal plan nak pergi lewat petang sikit boleh tengok view malam. Tapi awal sangat sampai pukul 2lebih dah tercongok kat situ. Takdenya tunggu sampai malam. Skypark ni terletak di tingkat 10 Mall ni. Haritu level 1-3 ke 4 yang dah beroperasi. Level lain masih tengah finishing lagi.

Concept macam green la. Parking tengah free. Agak panas sikit kalau dekat Grond Floor tu sebab ruang terbuka lepas tu bumbung transparent kan.

Nampak Nur dari atas tu. Belum happening sangat la. Boleh untuk santai-santai.

Lift dia pun transparent juga. Kecut perut la jugak dari tingkat 10 nak naik turun tu.

Sampai di tingkat 10, Skyparknya. Apa yang menarik sangat dekat Skypark ni??

Yang tempat N berdiri tu atas permukaan glass, tu yang jadi bumbung transparent tu. Memula nak pijak neves jugak la, tapi ok je. Jangan lah fikir jatuh kebawah.;p

Nampak kedai-kedai dekat Ground Floor. Ni tak clear sangat, kene datang waktu malam.Tu confirm la terang dan mesti lagi cantik. Kalau tak silap dekat Skypark ni, restoran and bar je ada kalau tak silap N.Kan best kalau ada Halal restoran kat atas ni.Susah nak cari Halal Restoran di tempat yang menarik macam ni.

Panorama view dari Skypark

Kejap je kat atas ni sebab panas, turun bawah beli air terus keluar ke tempat lain pulak. Parking masih FREE lagi:)

Lokasi : One City Mall Jalan USJ 25/1, Subang Jaya

1 comment:

Zura Lee said...

kalau zura pijak lantai kaca tu kompom tk tgk ke bawah dh..zura ni gayat orangnyer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah