CHERITERA KAMI...: Lotion Mustajab Wangi

Jun 13, 2014

Lotion Mustajab Wangi


Korang pernah guna tak Lotion Mustajab??Yang Nora Danish jadi duta tu.Slim kan die.Heheheh. Dah memang slim, buat jadi model dah tentu la slim la. Before after tu gitu je. Ce amik orang yang comel macam kite, baru la nampak effectnye.Eh...bunyi macam tak puas hati je;p

Beli Lotion Mustajab ni main factornya memang nak sentiasa ada stock lotion panas dekat rumah. Senang kalau rasa lenguh ke tak sedap perut ke ape sapu je. Sebelum ni pakai lotion lupa la jenama dia tukar-tukar la tapi jenis bau halia tu kuat. Bila pakai tak boleh sapu bebanyak kang orang ingat kita sakit teruk pulak sedangkan sakit hati je.Pftttt...

Haritu pergi la kedai jual-jual ubat dekat AEON Big Wangsa Maju. Situ kan banyak kedai ubat-ubat. Macam-macam produk ada. Ternampak la Lotion Mustajab ni. Memula skali tanya kat Salesgirl tu, saya cari lotion sapu. Memang la lotion untuk sapu kan??Manada untuk makan pulak.Haishh..Dia terus tunjuk Lotion Mustajab. Ingatkan ada yang warna Merah, Hijau, Kuning tu je yang extra hot tu confirm bau die pun extra jugak kan. Lepas tu tanya la nak wangi. Die tunjuk yang Pomagranate Scent ni.

Lotion Mustajab Pomegranate Scent..Pink Kaler

Ada 3 pilihan warna untuk Lotion Mustajab yang bau Wangi. Tapi Pomegranate ni yang paling wangi. Kita percaya kata Salesgirl tu, terus beli. Harga pasaran RM24, dapatla diskaun RM22.

Untuk kegunaan seisi keluarga. Sapu sebelum tidur. Tak yang pakai lotion memahal tu. Pakai ni jadi 2 in 1. Rasa panas-panas suam sikit, wangi pun yea. Memang wangi. Boleh la kot lemak terbakar masa tidur tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah