CHERITERA KAMI...: Jumpa Kupukupukecik

Jun 23, 2014

Jumpa Kupukupukecik


Masa event YES yang lepas, mata ni dok scan jugak mana tau ade blogger atau kawan yang dikenali. Sekali ternampak, blogger famous Yuyu Zulaikha & hasben, Onejet. Masa ni tengah sesi makan-makan macam segan la nak tegur. Lepastu perasan diorang lalu dekat kami, dalam hati ni teragak-agak nak tegur ke tak.

Masa tengah event tu, N bagitau la kat cik B tu blogger famous tu. Cik B kate nanti sebelum balik amik la gambar dengan die. Segan la kiteeeee..Masa nak balik dekat lift tunggu la Yuyu dan hasben. Peramah sangat orangnye. Cepat je masuk. Jadi kita pun takdela rasa awkward ke segan kan. Yuyu dapat Grand Lucky Draw- Ipad Mini tau. Murah rezeki dia.

Setiap kali ada update entry dari kupukupukecik.blogspot.com , mesti N baca. Jadi silent reader je. Blog Yuyu santai. Cerita pasal life die as student, pergi event2 Nuffnang or sponsored, kisah kawin dia yang sweet dan sekarang bakal jadi mama dah bulan Oct nanti. Alhamdulillah...

Kecik comel je Yuyu ni. Semoga dipermudahkan perjalanan mengandung ni dan selamat melahirkan nanti. Take care Yuyu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah