CHERITERA KAMI...: Galeri Kuala Lumpur

Jun 11, 2014

Galeri Kuala Lumpur


Dekat 29tahun dok KL, rasanya last sekali jejak Dataran Merdeka tu masa kecik-kecik kot. Itu pun tak sure la jejak ke tak ke duduk tepi jalan je  masa perarakan Hari Merdeka, ayah rajin bawa g tengok.

Ada la kenkadang lalu time malam tu tengok banyak je kereta parking tepi dataran dok lepak reramai kan. Masa pergi Matta Fair haritu jumpa la booth Galeri Kuala Lumpur kot tak silap. Ada macam-macam la broucher pasal aktiviti kawasan sekitar Dataran. Nak naik kereta kuda pun ada. Kami pun macam ok lah, nanti boleh pergi ni.

Last week takde idea nak ke mana, sebelum pergi Dataran Underground @ Plaza Dataran Merdeka tu, kami singgah ke Galeri Kuala Lumpur ni.Masuk adalah PERCUMA. Simple je tempatnya, banyak gambar lama yang hitam putih tu tahun 18an pun ada. Klasik betul gambarnya. lepastu ada la sejarah pasal Kuala Lumpur. N masuk tempat macam ni tak baca sangat info-info tu lebih pada tengok gambar dan sibuk bergambar.Hehehe;p

 Tak tau la siapa yang simpan semua koleksi ni dulu. elok je terjaga.

Kuala Lumpur suatu tempat yang berlumpur dulu. Sekarang??Pesat dengan pembangunan. Sesak!!

Tingkat atas bangunan ada mini theater untuk penerangan serba ringkas pasal Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur in 3D. Dalam 3minit macam tu slide tu, nanti berwarna-warni la model ni. Cantik sangat. Suka tengok minah saleh sebelah teruja.

Sebelum exit, ada kedai cenderemata tapi tak boleh ambil gambar. Ada macam-macam jenis souvenirs, mana tau nak bagi kt kawan yang foreigners ke boleh la try cari dekat sini.

Sebelah Galeri Kuala Lumpur tu Perpustakaan Kuala Lumpur. Ingatkan ada Perpustakaan Negara je dekat KL ni.Huhuh. Kemain akak tu siap panjat-panjat lagi ek bergambo.

Turn kami pulak - I LOVE KL!!




3 comments:

mama tisya said...

oh ada perpustakaan kuala lumpur baru tau gk..suka gmbr kt i love Kl tu

idzwa kamaruddin said...

akak duk kl pun tak pernah sampai sini.canne tuh?

FiZ said...

dah lama tak pergi dataran ni..lalu pun jarang-jarang...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah