CHERITERA KAMI...: Final Showdown YES

Jun 19, 2014

Final Showdown YES


Cik B dapat jemputan ke event YES, Final Showdown. Sebab dapat jemputan??Katanya antara pengguna yang banyak point lebih kurang camtu la. Event bertempat di Hotel Vistana Kuala Lumpur bemula pukul 630petang.

Sebelum event bermula, kita isi perut dulu. Sedap sedap sedap makanannya. Alhamdulillah...dinner free kami haritu.

Sesambil dinner tu , ada soklan yang perlu dijawap untuk tetamu.

Ini antara contoh soalannya. Total ada 5station bermaksud ada 5 soalan untuk dijawab. Diorang bagi borang soalan. Setiap penjuru dekat tempat makan tu ade board yang macam atas ni untuk kita cari jawapannya.

Ini ialah 30 peserta yang berjaya ke peringkat akhir. Sebelum ni YES ada buka penyertaan online game kalau tak salah. Dan mereka 30 ini adalah yang mendapat high score.

Game ini untuk tentukan top 20. Idea yang menarik untuk Indoor Game. Fan the Can! Kipas tin air tu sampai masuk goal, siapa masuk goal banyak, die menang.

Ini untuk pemilihan top 10. Bawa dan kumpul seberapa banyak spgahetti yang boleh guna mulut.

Pemilihan Top 5. Masukkan bola pingpong dalam gelas guna pita ukur.

Ini game terkahir untuk menentukan juara. Siapa paling cepat score 5 kertas dalam balang tu.

Happy to share - 2 pemenang utama ialah 2 orang jejaka Melayu. hadiah best ok, dapat tiket ke Brazil tengok World Cup. Memang seronok sakan mereka.

Yang datang pun tak pulang tangan kosong, dapat goodie bag ada  Tshirt, Flask, keychain dan Voucher StarHill.

Alhamdulillah...dapat Lucky Draw. Wireless Mouse, Pendrive & external memory. Aim jugak Ipad mini or Ipod Nano tapi takde rezeki.Hehhe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah