CHERITERA KAMI...: Tempat menarik untuk ambil gambar dan beriadah

May 20, 2014

Tempat menarik untuk ambil gambar dan beriadah


Harini mood baru pulang dari bercuti..Cuti 3hari je, dah termasuk Sabtu Ahad yang dah memang cuti. Cuti memang untuk release stress and tensen kan, untuk relax ur mind tapi kenapa balik dari cuti kita still rasa penat??Still ada tuesday blues macam sekarang ni?Ke Ann sorang je?Hahha...Tetiba rasa lenguh badan pulak ni:p

Ok..back to topic. Entry pasal cuti2 tu nanti kita share, harapnye tak peram lama la. Macam tempat yang Ann pergi ni dekat 3minggu pergi dah baru nak post. Perangai sangat suka tunda-tunda ginilah jadinya.

Mana tempat yang menarik tu?Alaaa..korang yang area Putrajaya mesti tau dah. Kalau tak tau tu, hurrrmmm.. kesian la.Hahha.Marah orang Putrajaya ke kita nanti. Kekekeh..

Ni baru nak mulakan perjalanan meniti Taman Saujana Hijau Putrajaya Presint 11

Cantik kan??Macam kat Kundasang ada, kat Cameron ke Fraser Hill pun ada. Takpayah pergi jejauh nak fefeeling amik gambar dengan pokok pine. Dekat sini berlambak, cantik sangat landskap dia. Untuk kita yang first time sampai ni memang jakun la. Kalau selalu datang, biase dah kot sampai tak heran pun agaknya.

Tinggi jugak bukit kat taman ni. Mengah jugak nak habis pusing itupun ada tempat yang kami tak lalu. 

Nampak xxxxx betapa besarnya taman ni. Kalau sesat sensorang habis la;p
Kalau terasa nak ambil-ambil gambar datang port yang belah sini tak ramai orang sangat, takdela segan.

Ni dah nak sampai penghujung, dekat dengan tempat parking. Ni memang favourite port orang photoshoot. Masa ni ada 3 4 pasangan pengantin, yang tengah buat class photography pun ada, family photoshoot pun ada.

Dekat tengah-tengah laman ni ada 1 group buat birthday party. Meriah tengok ala-ala picnic gitu kan.

Memang sesuai sangat Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya ni untuk bermacam aktiviti. Nak jogging, cycling, cuci mata, lepak santai. Kedai takde tau area ni. make sure bawak botol air siap-siap.

See...Rozita Che Wan pun photoshoot sini. Ok..jalan yang ni tak lalu pun haritu. Kene pergi lagi ni;)



6 comments:

Azura Aziz said...

tmpat ni mmg femes di Putrajaya..

tq singgah blog kak Alycia ;)

Nursaila Norman said...

alahai anne! thank you so much dearrrr..kalau anne x bgtau mmg x terfikir tau..dulu masa kerja sana, kwn2 selalu jogging kat situ..mmg cantikkkk tmpt dia..huhu!

Zana Adieyza said...

tmpt ni memang femes yang.. tapi boleh x nak bgtau yg zana stay putrajaya ni pun baru sekali jer pergi.. hahahaha..

Zura Lee said...

pokok pokok pine tu sebijik cm kt kundasang....tetiba rindu keindahan sabah.... photoshoot wedding sgt best nih...photoshoot biasa pun ok gak..nnt nk g la sini, pakai sedondon anak beranak... hihihhihi

::EIDA:: said...

ida shoot sini hari tu.. hehehhee...tak sabar nak dapat pic dari OP heeee~

ColOurful life said...

cantik view.. raya cina nnti nk lepak situ lah.. thank you info..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah