CHERITERA KAMI...: Menu eksotik di Restoran Lembah Bernam Sekinchan

May 14, 2014

Menu eksotik di Restoran Lembah Bernam Sekinchan


Bila balik kampung mertua dalam perjalanan tu memang banyak tempat boleh di singgah. Haritu cik B baik hati bawak ikut jalan tepi sawah padi. Nak pulak padi tengah masak. Hijau kuning je mata ni memandang. Cantik sungguh. SubhanaAllah. 

Eh..tapi yang pasal photogedik di tepi sawah ni kita cerita lain entry eh. Ni nak share tempat makan ni dah beberapa kali plan nak singgah tapi mungkin rezeki la kali ni tengah syok layan view cantik punya lalu depan Restoran Lembah Bernam ni. Tetbe macam eh..Macam familir ar nama kedai ni..Ni bukan kedai makan yang eksotik tu. Terus cik B patah balik terus singgah. Sedang elok tepat kul 11pagi diorang memang baru bukak pulak tu. Kami jadi pelanggan pertama haritu. Sengeh manjang memasing.

Selamat Datang ke Restoran Lembah Bernam. Time ni belum penuh lagi. Boleh dikatakan sepanjang kami tunggu makan sampai habis makan, 1-1 kereta parking. Makin penuh kedai. Walaupun baru pukul 11pagi orang dah terjah kedai ni dah. Tu tandanya apa??Memang sedap la.

Ini lauk pauk yang dah siap masak. Hoiii kecur liur cakap eh. Lepastu mula la nafsu tamak rasa semua nak amik. Biaselah first time camni la kan. Itu ini nak rasa. ikan keli tu nampak garing je. Ikan puyu ada. masak cekur ada. Ulam-ulaman tak payah mention la, tu nampak beratur kat atas tu. Jering, petai, kacang botol segala daun.

Mana eksotiknya??Yang eksotik tu dia akan masak by request. Kene la tanya. hari kami datang tu ada - Pelanduk, Rusa dan Landak. Sebab rusa kira senang la nak cari kat Kl kan. So, kami order Pelanduk dan Landak.

2012 punya menu - harga dan menu terkini mesti dah berubah punya)

Sambal cili hijau daging Pelanduk  RM16 kalau tak silap. Daging pelanduk ni nipis dan tulang die halus kecil. 

Rendang daging landak RM25. Ini memang terbaik. Rendang KAW punya. Siap tapau lagi 1 bawak balik rumah mertua. Dulu masa kecik-kecik pernah la juga sekali makan landak ni kat kampung. Kalau korang datang sini, WAJIB ok order menu ni.

Lauk dan nasi panas makan pulak ulam, sambal belacan dan tempoyak, lupa terus Mee Kari yang baru makan kat Tanjung Karang tadi. Nikmatnya! Terliur dah ni ha.Sorry yea kalau korang baca pun sama terliur. Weekend ni pergi terjah sini ok.

No.phone, alamat semua ada dekat sini. Lokasi N tak dapat nak explain sebab kebetulan jumpa. Tapi yang ingat makcik kedai tu cakap, jumpa Balai Bomba Sekinchan tu masuk simpang tu terus je kot. gitu la. Takpe, masing-masing kan ada teknologi sekarang.Korang search je la eh.Hehhe.


7 comments:

idzwa kamaruddin said...

telan air liurrr!!

::EIDA:: said...

erkkkkk sedap kee... ida tak pernah rasaa... macam cuak je nak makan. huhuhuhu

Ann said...

idzwa kamaruddin : kakkk...kene pergi terjah!

Ann said...

EIDA : N pn memula mcm cuak gak tp jgn la bygkan yg bukan2...dh rasa sedap, cnfirm hlng cuak segala tu

Zura Lee said...

terliur betul tgk lauk pauk tuh...zura tk kesah pun makan haiwan esotik nih...mmg semua benda zura telan.. hahaahaha

Anonymous said...

sy baru pergi semalam...pertama kali rasa jauh gler dr kl..amik menu rendang landak, kari rusa, ikan keli grg, ulam 1 set, nasi 1 mangkuk+tambah sepinggan+teh o ais limau 1 jag..total dlm rm94..adik ipdar sy yg xpernah mkn landak pun bedal je rendang landak tu..hehe..wpun jauh..tp berbaloi sebab sedap

Ummi KA said...

Tengok gambar, tetibe teringin nak g restoren tu makan rendang landak. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah