CHERITERA KAMI...: Menang blouse dari HijriaHome

May 12, 2014

Menang blouse dari HijriaHome


Alhamdulillah rezeki dapat menang blouse dari HijriaHome. N pernah beli 1 blouse dari HijriaHome jugak sebelum ni. Blouse Aina namenya, tak pernah lagi share dekat sini. nanti la yang tu buat entry lain. Kehkeh..

Diorang buat giveaway semepna 30k followers. Ni pun kebetulan browse ternampak contest ni tu yang jadi orang paling awal komen tu. Mana tau ada rezeki. Rupanya semua 10orang yang komen tu dia ambil sebagai pemenang. Alhamdulillah...

Memula diorang suruh email detail dengan size, lepas N ukur bagai rasa macam mmm..nak pergi terjah butik diorang terus la lagi senang kan boleh fitting. Sebaik la dekat Cheras area Bandar Permaisuri tu kira familiar jugak la.

Lepas kenduri, ajak mak pergi sekali cik B kursus masa tu. Kesian mak kene naik tingkat 2. Tapi bagus wo layanan mereka. Siap hidang air lagi untuk kami. After fiitting yang beberapa kali tu dapatla hadiahnye blouse RM79. Bagus la servic staff dia. Sabar je layan kerenah kita yang banyak cekadak ni.

Untuk plus size pun ada pilihan. Boleh lah terjah page FB HijriaHome or Instagram HijriaHome . Sweet design diorang, harga bagi N berpatutan. Mostly dari material cotton, ada juga chiffon dan satin.

First time blouse polkadot butang depan pulak tu. Camna la rupa kita pakai ni;p

Ibu dan anak ni kebetulan pakai baju sama tema. Belanja la mak kita 1 blouse . Blouse sama pattern dgn kita cuma mak punya stripe. Kemain lagi tau nak stripe, suruh amik sama dengan kita dia cakap xmo nanti sama. Hahha..

HijriaHome , 55-2 Jalan Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri. Type je hijrihome tu dekat maps confirm tak sesat. Ni no. telefon diorang 03-9174 5755. Tutup setiap Isnin. Hari lain dibuka dari 10pagi sampai 7petang.

Sedang berlansung Jualan Hari Ibu & Hari Guru sampai 16/05/2014. Happy Shopping korang;)

3 comments:

FiZ said...

tahniah!best dapat blouse free.hehe

Ann said...

FiZ : tq..mesti lah besttt:)

Zura Lee said...

cantik la blouse yg ann pakai sama cm mak tuh...kalau pakai ngn skirt panjang blh buat baju raya, kalau nak jenjlan pakai ngn jeans...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah