CHERITERA KAMI...: Mee Kari Sambal Sotong

May 15, 2014

Mee Kari Sambal Sotong


Sebelum singgah makan di Restoran Lembah Bernam, kitaorang dah isi perut dulu dekat kedai Mee Kari femes di Tanjung Karang. Tempat favourite mertua ni. 3 kali jugak la N pernah singgah makan sini. Kata Cik B kedai ni memang lama dah turun temurun. Yang menariknya sambal sotong. Apa makanan yang ada semua ada sambal sotong.

Bihun Sup Sambal Sotong, Mee Kari Sambal Sotong & Nasi Lemak Sambal Sotong. Mee Kari Sambal Sotong tu yang paling femes sekali. Cik B kate rasa tu masih sama macam dulu-dulu.

Bihun Sup Sambal Sotong. Akak tu tanya nak sambal ke tak, mesti la nak. Tapi bihun ni plain je rasanye. Sambal tu memang N suke , sotong kering tu favourite ok. Ada yang tak suke sotong kering??

Ni la Mee Kari Sambal Sotong popular tu. Nak kate pekat sangat kuahnye tak jugak. Blend la rasa dengan sambal tu. Presentation dan rasa memang sesuai sangat dengan suasana kampung. RM4.50 sepinggan.

Order Teh O Suam, akak tu serve cenggini. Klasik sangat. Mana ada dah orang hidang gini kat KL ni.

Lokasi - Berdepan dengan balai bomba Tanjung Karang. Kalau dari Pekan Tanjung Karang, nampak Agro Bank dekat selekoh tu, terus masuk belok kiri. Lepas tu akan nampak Balai Bomba sebelah kiri. Kedai ni betul2 tepi jalan. Kedai biase je macam kedai kopi kampung tu.

3 comments:

~~AzaLea~~ said...

nyum2..

ujan2 ni lapo plak di buatnya.. hehehehe

Ann said...

Azalea : mee kari Aza msk sedap lagi kot;)

Zura Lee said...

mmg klasik betol hidangan teh o tuh...hanya blh didapati di warung2 kt kg je kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah