CHERITERA KAMI...: Jalan-jalan cuci mata di Bangi

May 6, 2014

Jalan-jalan cuci mata di Bangi


Penangan Instagram la ni, kalau tengok online shop dalam tu macam-macam yang menarik jual. N pulak jenis yang kalau ade kedai lagi better kita boleh belek-belek barang tu sebelum beli. Request la dekat cik B nak jalan-jalan kat Bangi sebab dah banyak online butik bukak kat sana.

Kalau korang perasan, sekarang trend yang 1 boutique tu ada beberapa vendor. Jadinya dalam 1 kedai tu, ada macam-macam la barang. Idea yang menarik untuk online biz owner yang takde kedai tapi nak marketkan barang diorg secara offline. Kan??Siapa yang nak mencuba tu boleh la try usha dekat instagram.

Meh  N sharekan antara butik-butik yang kami sempat terjah.

The Sisters Boutique - N start follow sebab pernah beli pin tudung comel dekat diorang. Masa kami datang ni butik belum launching lagi. N tengok hari launching Sabtu lepas giler ramai orang pack beratur siap.

N mencari wide shawl chiffon . Ada yang follow IG Aronebdotcom dekat sini ada jugak barang diorang selain di butik diorang sendiri dekat BTHO, Cheras. Shawl tu cantik belaka cuma untuk N pakai tak berapa nak wide.

Ada perfume Victoria Secret, pin2 comel, aksesori, baju, sandal, kek. Macam-macam la. Lokasi sederet HSBC / Fareeda Exclusive. Butik ni tingkat 1. Follow IG- The Sisters Boutique

Sincerelybyus - one of IG yang glemer jugak ni. Hari-hari tengok diorang post gmbr ade je org serbu. Tarikan dia ialah tudung 4 segi chiffon tu yang boleh buat as shawl jugak. Jadi trend la sampai Nisa Kay pun selalu promo kat IG dia Memang betul la tudung tu tak perlu nak iron. Kalau pandai adjust, nampak labuh.

Ada manga long shawl tak silap namenye cantik-cantik corak cuma die tak wide. Boleh tengok, pegang je la. Kang kalau beli, confirm tak pakai. Ada jual jelly shoes yang comel tu. Popia nestum, pretzel pun ada. Aksesori gelang, monopod. Meriah!

Lokasi, sebelah belakang The Sisters Boutique tadi. Sederet Islamic Kitchen. Follow IG- Sincerelybyus

Al-Humaira Contemporary Sek.8 ni takde dalam list tapi dah alang-alang singgah la tengok. Tengok je la. takde yang berkenan walaupun tengah buat celarance stok harga memang murah.

N singgah juga Benang Hijau,  nak tengok koleksi bawal baru diorang. Kalau mencari jubah, boleh try tengok Jumana , cantik-cantik jubahnye. Harga pricely tapi cantik la.

Ada 2 kedai N dalam list tapi tak singgah sebab tak jumpa. Banyak betul kedai kat Bandar Baru Bangi tu.

Ada orang Bangi kat sini??:)

5 comments:

msredcheesecake said...

bestnya...mcm teruja juga nak melawat...

Ann said...

msredcheesecake : dr cuci2 mata, tersngkut jugak..hehe

Zura Lee said...

bagus ye dlm satu kedai ada beberapa label pakaian. Pilihan pun lagi banyak.. Mabuk kain la kita nanti... hahahaaha

Ann said...

Zura Lee : trend skrg ni, byk2 vendor dlm 1 buik..tu yg jd rambang mata

babYpose said...

salam, menarik vendor boutique ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah