CHERITERA KAMI...: Rahman Palace BBQ dan Steambot

Apr 17, 2014

Rahman Palace BBQ dan Steambot


Lama tak layan steambot ni. Time weekend je la sekarang boleh nak JJCM , hari-hari makan nasi kita tukar selera la layan steambot lak. Asalnya mencari kedai steambot dekat Selayang - ntah baca kat mana haritu ada orang share Steambot murah dan sedap kat Selayang. Bila google, jumpa Rahman Palace ni. Lainyang dicari, lain yang jumpa kan.Tengok alamat dan landmark, ok senang cari jom kite terjah.

Inilah Rahman Palacenya. Sebelah kawasan perumahan baru nak naik. Selamba je kami walk-in masa ni pukul 6 lebih. Sebaik la awal sampai sebab ann tengok meja semua dah reserved. Ada 1 couple ni datang, terpaksa balik sebab fully reserved. Nasib baik!

Concept open air. Ann suke kedai steambot macam ni sebab berangin tak rasa terperuap kan.Cuma masalahnye kalau hujan.Huhu..

Banyak pilihan makanannya tapi kami tak ambil pun gambarnya.Kuikuikui. Takdan la nak ambil - tak sabar nak makan. Seafood , mee, lauk pauk,laksa semua ada. Sos pun macam-macam ada. Ada ABC, aiskrim.

Paru ni berapa kali tambah. Datang kedai steambot ambil lauk.Perangai!Takboleh la - kami is peminat paru ok:)


Tengok banyak ambil - semua nak rasa. Suka la ada grill ni - terus feeling macam kat korea. eh..tetiba. takde kaitan pun;p

Boleh pilih nak tomyam ke sup ayam. Kuah tomyam ni takde pedas pun. Rasa average la.

Orang baru nak start ramai. Datang awal untuk elak full.Nak datang malam, kene buat reservation ok. Ambil meja dekat dengan buffet. Senang ulang-alik.Hehehe.

Tengah makan tanya kat cik B, " Eh, tau ke berapa harga buffet ni??" Cik B geleng kepala. Haa..macam mana tu dah sedap makan baru perasan tak tahu pun harga berapa. Main terjah je.

Ni complete semua ada.Map, harga. Bagi ann harga tu standard steambot kan. Dari segi rasa tomyam tu Johnys dengan Ketam Village lagi kaw.

Lokasi : masuk ke arah Shell berkembar tepi MRR2 menghala ke Gombak.Ada Shukumvit Restaurant lepas tu ada lorong ke kiri. Dah nampak signboard Rahman Palace ni.

7 comments:

Weena said...

nampak macam sedap jer paru tu...weena pun suka jugak paru...paru sambal memang sedap...

Zura Lee said...

bagus konsep open air gitu..pastu setiap tiang ada tirai, mcm khemah kenduri kawen..kalu dtg ramai2 lepak ngn kengkawan seronok nih....

myza said...

Wei murah kot dr soul garden or tupai2 hehehe lama nih xmkn steamboat

Mohd Syahmin said...

Siapa tau kedai ni dh pindah kemana???

Mohd Syahmin said...

Siapa tau kedai ni dah pindah ke mana?

Mohd Syahmin said...

Siapa tau kedai ni dh pindah kemana???

Batu Caves Homestay said...

Saya pon tengah cari kedai dia pindah mana??? Sape2 boleh bantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah