CHERITERA KAMI...: Menarik di Clearwater Sanctuary

Apr 2, 2014

Menarik di Clearwater Sanctuary


Honestly kalau stay 2D1N dekat sini memang tak cukup. Lagi-lagi bile petang dan malam hujan pulak. So, aktiviti adalah terhad dok dalam bilik je buat aktiviti sendiri.Kahkahkah. Memang la kalau dah stay kt tempat macam ni better rehat dalam bilik memang cool la kan tapi sayang jugak kalau tak guna segala kemudahan yang diberi. Nak pulak pergi reramai kan.

Actvity pass ni utk per room. Sila simpan elok2 pass ni sebab korang boleh guna segala kemudahan yang ada secara FOC.

Berbasikal keliling resort. Ikut la nak berapa lama pun.Nak kecik besar, yang 2 seat pun ada.

Ada kaunter kt tepi tu. Just tulis detail dekat form yang disediakan di situ. Nak main tennis pun boleh. Racket dan bola disediakan. Ikutkan kene proper la pakai kasut sukan sebab diorg taknak nnti ade guest yang cedera masa main. 

Dalam hall ni pulak ada badminton court. Ramai ok yang main dalam ni ada la dalam 4 ke 5 court dalam ni. Racket dgn bulu tangkis pun boleh amik dekat counter tadi. 

Teringin nak try main golf??FOC je kat sini dengan activity pass tu siap boleh sewa kayu golf dan bola dia. Tapi kami tak sempat nak main ni pun. Tu yang rasa nak kene repeat lagi pergi sini;p

Yang ni kami naik buggy car tu kebetulan staff tu baik hati bawak kami pusing keliling resort. Merasa la nak naik buggy car ni ha.

Best part is swimming pool dia with nice view. Cumanye rules agak ketat sebab kene pakai swimming suit. Ann bawak muslimah swim wear tu tapi malas pulak nak terjun dalam ni lebih pada sibuk nak menghayati pemandangan indah. Pool dibuka dari jam 7am-9pm

Dok lepak tepi ni sambil borak dengan mak. Yang atas nampak slide tu untuk budak-budak. 


Sekali tengok macam mandi kat tasik. Like infinity pool kan??Love it!

Bangunan 2 tingkat tu - sebelah atas gym dan ada kelas yoga. Nak masuk gym kene pkai sport shoes kalau tak dia tak bagi masuk. Sebelah bawah dekat dgn kids pool tu ada indoor and outdoor playground.

Phewww....banyak gile kan kemudahan yang disediakan. Tu yang ann cakap tak cukup 1malam dekat sini lelagi bawak bebudak. Semua nak main, mane puas main kejap-kejap je.Nampak tempat ni macam dah lama tapi ramai orang luar datang yang ann rasa member club yang main golf, yoga class tu penuh je. Thats why rules die ketat sikit.

Next - last entry di clearwater:)

8 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. wahh best gila semua FOC.. lama tak mandi manda kat kolam. heee ~~~

:: idzwa :: said...

perak je??wooowww teruja ni!

myza said...

Wah menarik kott..lepas ni bg la alamat n info ..terasa nk pergi..boleh mancing kan??

Ann said...

Sheila Salim : Waalaikumsalam..tuelanye..macam2 aktiviti ada..

Ann said...

idzwa : iyee..perak je..dekat je..heheh

Ann said...

myza : aku dh bg alamat next entry..aah..boleh mancing...tmpt mncing yg relax kot..heheh

Zura Lee said...

tetiba zura imagine naik beskal bonceng anak2 keliling resort nih.. hadoi pool dia infinity yer... mmg terbaik la bercuti ngn famili kt sini...

Ann said...

Zura Lee : macma infinity pool tp xpun..hihih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah