CHERITERA KAMI...: Clearwater Sanctuary Golf Resort

Apr 2, 2014

Clearwater Sanctuary Golf Resort


Last minute plan hujung minggu yang lepas.Asalnye nak menghantar anak buah balik asrama dekat Simpang Pulai nun lepas tu mak ajak kami saing. Katanya kalau ramai ikut boleh la kita stay 1 malam kat mana-mana. Kalau tak ramai, diorang nak pergi balik hari je. Cik B on, ann mesti la on jugak. Kerja mensurvey hotel ni memang tak lain tak bukan, kita la jawapnye. Cari yang dekat-dekat dengan asrama tu senang. Terjumpa la Clearwater Sanctuary Golf Resort ni. Tengok web dia macam lama, review pun tak banyak. Review banyak golf je la pun yang ada.

Rate dekat internet RM400, bila ann call die cakap RM198 pernite include breakfast Deluxe Room. Eh..murahnye!Siap tanya condition semua ok x, swimming pool boleh mandi ke semua la Lepas tu tanya jugak kenapa murah??Diorang cakap tengah promo sampai End of May. Terus proceed la booking. Bayar time check in nanti. Setel dalam masa setengah hari.

Dari 2 kereta ke 3 kereta sebab abang ann last minute jugak nak ikut. So, dari 3 bilik jadi 4 bilik la kami conquer.Nervous ok bile ramai-ramai ni kita pulak yang survey bagai. Berdebo je rasa. Bila dah jejak bilik tu rasa bersyukur sangat sebab tempat tu sangat la buat kami jatuh cinta. Sampai rasa nak extend lagi duduk situ.

Reception counter yang paling sempoi pernah kami tengok. 

Sangat kehijauan kan.Jom masuk bilik

Balik kami 109.Yang lain 107, 110 dan 113. Tak dapat connecting room yang sebenarnye tak tahu pun ada connecting room kt sini.Masa booking dah gitau nak bilik sederet tapi tak diinform pulak ada connecting room. takpela. Still dekat-dekat yang seronok budak2 la kejap2 kang tekan loceng.

Deluxe King Room yang super besar. Ada daybed di tepi kanan tu. Ada aircond, kipas yang ditutup sebelah malam sebab sejuk giler. 

King bed ni super comfy. Sangat sangat selesa memang rasa nak golek-golek je. Tepi tu ada mini fridge ( complimentary 2 mineral water + 2 air tin), kettle. 

Bathroom die pun besar jugak. Dah la besar, ada tempayan lepas tu mandi ala-ala open air gitu - element traditional bali mungkin. Water heater berfungsi dengan baik, jangan risau.

Jom tenguk apa yang ada kat balkoni ni.

Semua bilik di sini mengadap tasik. Tasik bekas lombong timah yang ada banyak teratai. 

I'm lotus lover. Tak banyak lotus tengah berkembang tapi it's ok. Pemandangan hijau meluas ni dah cukup mendamaikan.

Percutian tak lengkap tanpa yang tersayang. *jiwang tetbe* Love!

Pemandangan waktu pagi. Ada nampak orang berboat sambil memancing. Eh..boleh memancing dari balkoni ni je tau. Tengok ramai je yang buat gitu cuma ada hasil ke tak, tak pula kami tanya.Kekeke. Syok duduk kat balkoni ni sambil angin yang bertiup , borak-borak.

Tu bilik kakak ann - mak tengah buat sport check la tu;p

Bukak sliding door luas-luas bagi angin masuk, tengok view cantik sambil golek-golek atas comfy bed, AWESOME getaway!

Nanti ann share pulak aktiviti dan fasiliti menarik yg ada di sini. Stay tuned yea guys!


14 comments:

lieyalatif said...

uihhh kalo lieya ni dah puas ati nie...sgt2 damai dan tenang jek...mmg syok kalo pi honeymoon nieh...

Weena said...

Nampak best je tempat nie.... :)

Ann said...

lieyalatif : btl kak..sgt sesuai utk release tension jugak..hihih

Ann said...

Weena : bestttt!!nti blh la hnymoon ke sini:)

myza said...

Sila share..mcm menarik je tmpt niiehh..a.s.a.p hehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ann, fuhh best gila! teringat pula dekat rumah lama mak dulu ada banyak lotus ni. hehehe. cepat update aktiviti dengan fasiliti menarik kat situ. hehe sheila singgah menabung ford sini~~~

::EIDA:: said...

wahhh lawa nyaaa tempat ni !

:: idzwa :: said...

tempat target nak pegi!!

Ann said...

myza : tugasan DONE..kui3

Ann said...

Sheila Salim..Waalaikumsalam...wahh.bestnye rumah ada lotus..prnh terlintas nak ade lotus dkt rumah tapi celah mane ntah nak belanye..hohoho..tq dear:)

Ann said...

EIDA : cantikk!

Ann said...

idzwa : slmt cuti2..;)

Zura Lee said...

waahh gile best bilik ngadap tasik tuh !!.. sgt berbaloi rate drpd rm400 jadik rm198 jer..tk sesia ann try call kan...hadoi best nye balkoni tuh !!

Ann said...

Zura Lee : tuelanye..sbaik call..sbaik jugak jmp tmpt ni..rezeki:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah