CHERITERA KAMI...: Yong Tau Foo Kampung Pandan

Mar 31, 2014

Yong Tau Foo Kampung Pandan

Peminat yong tau foo boleh la pergi try makan dekat Kampung Pandan ni. Ann rasa kedai ni dah lama dah popular tapi kitaorang ni biase la ada kes ketinggalan jugak. Ann memang pernah dengar orang cakap pasal kedai ni tapi sebab tak tau kat mana takde pulak nak mencari bagai. Haritu kebetulan tersalah jalan, terjumpa la kedai ni.Ada hikmahkan salah jalan tu.

Dibuka dari 10pagi hingga 9malam  setiap hari kecuali Jumaat. Yong tau foo ni bergantung pada kuahnye kan. Kalau sedap, sedap la ianye. Yang dekat sini, sedap ke xx??Semestinye SEDAP. Ramai jugak masa ann datang haritu.

Kat sini diamalkan konsep LAYAN DIRI . Segala yang kene celup/rebus tu buat sendiri, angkat sendiri. Ann haritu sebab tak tau kan, pilih2 terus tunjuk kat akak tu macam kita buat kat pasar malam tu padan muke akak tu ketat je tengok kita.Hoho.Sori kak. Kita first time, excited nak makan sampai tak pasan sign punya beso tulis Layan Diri.



Besau sign LAYAN DIRI - Tunggu & Angkat

RM7.70..Nampak tulisan nombor tepi tu die tulis harga kita la. Senang kan dan ann rasa standard la kot harga dia. Kuah itu SEDAP. ada letak bijan dan bawang goreng. Kalau nak sup, pun ada.

Fokus pada air kelapa itu - SEDAP! Sila lah order. Gelas besar, kongsi berdua. Mengah nak habiskan.

Lokasi - Masuk jalan ke Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan yang popular tu, terus je ke depan akan nampak kedai ni sebelah kanan. Nampak kereta, motor banyak..situla dia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah