CHERITERA KAMI...: Wong Solo Kampung Baru

Mar 19, 2014

Wong Solo Kampung Baru


Lately banyak pulak entry makan-makan ek.Bertabah je la scroll blog tengok macam-macam makanan sambil telan air liur.Heheheh. Kali ni nak share tempat makan yang SEDAP di KUALA LUMPUR. Sedap yang tak boleh di sangkal sebab ramai yang setuju. Siapa yang tak setuju tu kita tak geng r;p

Sampai selepas Maghrib , masjid depan je kalau nak singgah solat dulu pun boleh. Neves ni sebab ann yang ajak cik B makan sini. Siap tak makan la siang tu sebab nak dinner berat ni kan. Oh, ni first time ok kami datang makan kt Wong Solo. Kitaorang ada part memang lambat kalau advance tu advance sangat pulak.Kui3. Dah la cik B boleh cakap, tengok macam kureng je tempat ni sebab masa sampai ni tak penuh pun orang. Wuisshh..lagi cuak iolss sebab kita yang ajak, orang tu pulak mmg tengah lapar betul.

Tak belek sangat pun menu confirm2 la Ayam penyet yang di order plus Balado Petai.

Tak sabar nak makan ni. Bismillah....suapan pertama yang membawa ke suapan tanpa henti sambil angguk kepala sambil senyum. SEDAP SEDAP SEDAP!! Sambal dia memang kaw, pedas tapi sedap yang mintak ditambah lag. Nasi pun sedap, tak tau dia guna beras ape sampai mintak tambah nasi kitaorang dibuatnye.

BALADO PETAI ini janganlah lupa untuk order yea. Terbaikkk!!Banyak jugak la untuk 2 orang makan tu yang sampai tambah nasi tu, tak baik membazir kan.Hahha.

Ni sambal yang sedap tu, dia letak dalam balang kt setiap meja. So boleh tambah gitu je. Kicap tu xpandang dah. Apa barang makan ayam penyet dengan kicap kan *berlagak;p

Licin bo liau.Nampak tak berapa pinggan tu.Ish3..siapa la yang melantak ni. Oh, air mineral tu akan dapat setiap kali korang order ayam penyet. Nak jimat, tak payah order air sebab nanti dapat air free.hehehe.

Mengah giler makan malam tu . Kami siap jalan-jalan tu baru balik ke kereta nak hilangkan mengah punya pasal. Lepas ni kene kawal la nafsu makan bile masuk Wong Solo. Maybe next time boleh order Ayam Bakar pulak tapi suke ayam penyet. Kalau order 2-2, tamak x?;p

Waktu operasi  dan cawangan-cawangan Wong Solo. Siapa yang tak pernah pergi tu, silalah pergi dan nikmatinya. Kalau yang dah pernah pergi tu, korang setuju tak makanan dia sedap??Menu apa lagi yang menarik kt situ??

#Malam ni nak pergi makan lagi kt sini dengan kawan-kawan juga. Jom!!

10 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak. perghhh terangguk-angguk sheila baca. sedap ni.. nak p try gak. hehehe ~~~

Nana said...

dalam banyak2 ayam penyet sini paling terbaik!

:: idzwa :: said...

uhhh menarik!

Zura Lee said...

sebut je wong solo mmg terbyg ayam penyet trus.

banyak nye petai dia dlm satu pinggan..sedap nye..zura pun suka sesgt mkn petai, sejak kecik lg..

Ann said...

Sheila Salim :Waalaikumsalam..hehehhe..try jgn xtry;)

Ann said...

Nana : kannn...give me 10 la!

Ann said...

idzwa: menarik, kene cuba

Ann said...

Zura Lee : petai tu byk dh sedap,fresh la..kene order ok menu tu..

myza said...

Byk dpt air.nmpknya mmg pedas la ek smbl dia hehe

Ann said...

myza : tuela..xyg order air pn xpe..pedas nangis weh..huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah