CHERITERA KAMI...: Tempat-tempat Menarik di Melaka

Mar 4, 2014

Tempat-tempat Menarik di Melaka


Antara tempat- tempat menarik di Melaka yang boleh dilawati  ialah :

Masjid Selat Melaka

SubhanaAllah..cantikkan Masjid Selat Melaka ni. Kalau pergi time siang agak panas tapi berangin. Ramai rombongan atau pengunjung yang singgah. Masjid ini dibina di Pulau Melaka ( pulau buatan) di tepi Selat Melaka yang sentiasa sibuk. 

Nama lain ialah Masjid Terapung. Kalau air pasang tu memang nampak seolah-olah masjid ni terapung katenye. Berunsurkan ciri pembinaan sebuah masjid terapung di Jeddah. 

Menara setinggi 30meter ni bukan sahaja untuk mengumandangkan azan tetapi berfungsi sebagai Rumah Api juga. Ok, yang ini Ann pun baru tahu masa tengah google2 tadi.

Berangin je bila ada kan koridor ni. Kalau solat di dalam pun rasa tenang tak perlu nak berkipas. Layan angin laut.

Untuk ke sini , tak susah. Sampai di banda hilir tu ada signboard Masjid Selat Melaka. Follow je, InsyaAllah sampai. Nak view yang lebih cantik, datang la waktu Maghrib:)

Perkampungan Hang Tuah

Tujuan kami ke sini sebab nak pergi tengok Perigi Hang Tuah. Korang dah pernah pergi tak?Ann pernah pergi masa kecik-kecik dulu.Lepastu cik b teringin jugak nak tengok. I pun bawak la orang tu pergi tengok. Selagi tak tengok selagi tu la dok sebut. Hahaha.

Perkampungan Hang Tuah di Kampung Duyung. Program ni dibawah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) mengadakan pelbagai program berskala dan menglibatkan penduduk setempat.

Inilah dia Perigi Hang Tuah ni. Awal-awal dulu perigi ni kecik lama-lama makin besar dan dalam. Yang ajaibye perigi ini tak pernah kering dan airnya jernih serta boleh sembuhkan penyakit. Tu yang kalau pergi sini mesti nampak mak-mak suruh anak mandi air perigi ni atau pun buat sapu-sapu kat badan. Itu masing-masing punya pendapat la yea. 

Seriau jugak nak tengok lelama sat gi jatuh kedalam tu, dah jadi Perigi Anyra pulak.Hohoh.Tidakkk! Direction ke sini , bila dah masuk ke Perkampungan Hang Tuah tadi terus ke dalam sampai hujung jalan memang akan terus tembus kat kawasan Perigi Hang Tuah ni. Dulu-dulu pergi xnaik lagi tempat ni, sekarang dah macam-macam kedai jual.

Oh, ada lagi 1 tempat Hang Tuah Center. Yang ni mungkin masa Ann pergi dulu tak siap lagi. Ni pun Ann jumpa masa dok google tadi. Boleh la singgah kalau korang berminat dengan sejarah Hang Tuah 5 saudara. Setiap seorang ada muzium masing-masing. Klik SINI untuk baca reviewnya.

Cik b pernah tanya Ann, camne Hang Tuah cakap Melaka eh?Soklan ni bukan sekali banyak kali dia tanya. Curious sangat laki i tu tau. So, sebagai isteri Ann tolong la buatkan skrip gaya Hang Tuah cakap Melaka. Haa...berdekah2 ketawa memasing. Tuwon kau Hang Jebat, berani ekau yo..Hawau...;p

Ada satu lagi perigi..Perigi Hang Li Po terletak di Jalan Hang Li Po. Kat situ macam takde yang menarik sangat pun sebab perigi tu bertutup. Orang baling duit syiling dalam tu.


~ Boleh baca review Ann tentang Melaka River Cruise , Jonker Walk dan Menara Taming Sari.



16 comments:

ummi_khalish said...

dil suka melaka...:-)

mama tisya said...

cantik masjid selat tu...pernh singgah gk

myza said...

Hahaha perigi anyra tu xtahan
Ajan ni byk nya tya..mcm bdak kecik aje ye doc ajan hahaha

Wak Gelas said...

pergi yg x penah kering katanyer., tapi nape air asyik kena catu jakk.,ahhKKs

Ann said...

ummi khalish : kami pun suke melaka jugak:)

Ann said...

mama tisya : kan..pemandangan dia indah..

Ann said...

myza : hahahahha...aku menaip pun rs seram je..kui3..
doc ajan mmg gitu..ade je la soklannye..

Ann said...

Wak Gelas : hahahahhaha...xdapet den nak jwb tu..

::EIDA:: said...

kuikukuii. ida orang Melaka pun tak buat entry macam ann buat kekekkekee

Zura Lee said...

kalu masjid terapung tu tkde dinding mesti bertambah syiok gile solat sambil ditiup angin laut yang bertiup kan.. hihhihih

Ann said...

EIDA : Melaka ktne?Ann pun kpg kt Melaka jugak;)

Ann said...

Zura Lee : kan...tp mungkin sbb die amik ilham dr masjid kt Jeddah tu yg xde open concept kot..hihi

FiZ said...

Pernah pergi masjid ni.cantik sangat.rindu nak pergi lagi.

FiZ said...

Pernah pergi masjid ni.cantik sangat.rindu nak pergi lagi.

Ann said...

FiZ : cantik kan..klu mlm tu lagi cantik lampu2nye

Amim Blog said...

Menarik. saya akan ke melaka june ni.
Thanks for the sharing about melaka :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah