CHERITERA KAMI...: RSMY - Best Cheese Naan & Dhal in Town

Mar 13, 2014

RSMY - Best Cheese Naan & Dhal in Town


Orang lain dah berapa kali jejak kaki kt RSMY ni , kami baru la last week first time pergi. Yang kelakarnye masa last year lepas ambil cik B dekat Terminal Bas Bersepadu, ingatkan nak pergi la ke sini tapi salah tempat pulak. Camne ntah Ann baca blog mane ntah kalau tak silap die bagi landmark dekat ampang tu la.

Last-last dapat la jugak pergi  nak merasa Cheese Naan yang dikatakan sedap tu. Sebaik sebelum pergi dah google betul-betul kan. So,dapat la tips2 dia.Heheh.

RSMY - House of Real Beriani

Ni suasana pukul 9malam. makin malam makin ramai orang.Nak duduk belah dalam ke, luar tepi jalan sampai ke seberang jalan tu pun ada kerusi mejanye.

Cheese Naan yang menjadi sebutan itu. Tak sabar nak rasa  ni.

Macam makan pizza kan. Tengok cheese dia tu. Yummyyy.SEDAP sebab cheese tu tak rasa muak pun. RM6 sepinggan.

Kuah dhal SEDAP!Cheese Naan yang SEDAP cecah pulak kuah dhal SEDAP..DOUBLE SEDAP la jawapnye. Serius tak tipu.Kuahnye pekat.Korang kene gtau nak order kuah dhal ke kari ke. Kalau korang tak cakap, dapat cheese naan je semata. Selalu kedai mamak die memang dah bagi sekali kan. Tapi kat sini lain. Ni RM2 sepinggan.

Tandoori..yang ni memang tak sedap. Ann tak recommendkan korang order.Hahha.Jujur lak kan.Tapi betul la tak rasa rempah tu sangat. Lepas tu ayamnye kering dan keras. RM10 sepinggan. Nanti Ann share tempat tandoori sedap punye:)

Busy tengok orang ni dok menguli Cheese Naan. 

RSMY berdepan dengan Hotel Lotus dan Maju Junction Mall. Landmark lain Hotel Prescot Medan Tuanku.

Good News yang berdekatan Danau Kota. Ni confirm lagi sesak kat sini kan. Yang dekat Ipoh pun nnti tak lama lagi akan bukak jugak.Tunggguuuu...

Ni waktu operasi RSMY . Kalau korang nak makan Naan kene pergi after 5petang la.

Klik FB RSMY House of Real Beriani

16 comments:

msredcheesecake said...

sy suka naan cheese ni, tapi selalu jumpa yg sikit je cheesenya...ini nampak byk je...

Mila Ahmad said...

Danau Kota? Dekat dah tu. tengok gambar kemain menggoda..belu rasa lagi tu heeeee~

- AZIE - said...

ok, terliur sgt tgk cheese nan tue..susah nk jumpa yg mcm ni kat sini..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. menggoda betul cheese ni.. adehhh sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

Weena said...

sini memang tempat faveret mr.hubby weena nie.... :) cheese nan dia memang sedap....

Ann said...

msredcheesecake :aah..yg ni mmg sekepal cheese die ltk

Ann said...

Mila Ahmad : kan...lagi senang nak terjah nnti..

Ann said...

AZIE : nnti dtg kl boleh la try

Ann said...

Sheila Salim : Waalaikumsalam..menggoda dan memanggil x?hehehe..tq sheila:)

Ann said...

Weena : oo..yekee..mn tau 1 hari pergi terjmp lak weena kt sini kan..:)

hazman fadzil said...

diorang guna cheese segenggam....puas hati kan makan....next time nak cuba diorang punya nasi briyani pulak...

Myra Jay said...

MJ pun baru terjah ari Jumaat lepas.. memang sedap :D

Zura Lee said...

woooo tarik2 cheese cmtu cm pizza kan..zura pun kekadang suka gk lepak kt kedai mamak, borak2 sambil perhatikan gelagat orang

Ann said...

haman fadzil : tuelanyee...tp xmuak..

Ann said...

Myra jay :oo..yekee...nnti terjah lg boleh la roger2 kami pulak..hehehe

Ann said...

Zura Lee: tuela..kedai ni je cheese die boleh tarik2 cmtu.kedai lain ckit je ltk cheese..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah