CHERITERA KAMI...: Restoran Selero Nogori Jalan Gurney Dato' Keramat

Mar 24, 2014

Restoran Selero Nogori Jalan Gurney Dato' Keramat


Saja nak bagi idea kot korang mencari tempat lunch hari Jumaat kan lunch panjang.Korang la.Ann tetap hari-hari lunch time 1jam je.Sedeyyy.*sob3.Lunch hujung minggu pun boleh. Sekarang air tengah kene catu ni, memasing tak masuk dapur yea dak.Main lauk tunjuk je.

Sama kes ni pergi keluar mana ntah haritu, bila sampai tang makan je mesti blur. Kita nak makan mana eh??Kita nak makan yang camne??Western ke lauk-lauk ke?cik B cakap nak makan nasi lauk2, ok kebetulan lalu dekat Jalan Gurney ni. Ann pun ajak la try kat Restoran Selero Nogori ni. Lama dah tau kewujudannya tapi tak pernah singgah pun.

Ni menu yang kami pilih.Dia buat hidang tau.Masa order tu korang cakap nak lauk ape, nnti die amikkan dan hidangkan macam ni.

Ada la 2 3 meja penuh. Boleh nak pilih makan luar ke dalam. Yang belah dalam tu banyak barang-barang antik.Masa tengah makan tu orang keep datang dan pergi.Maksudnye tempat ni menjadi pilihan juga cuma tak crowded je. Tu pointnye, kalau rasa nak makan dengan aman taknak tempat sesak tapi makanan sedap boleh la try sini.

Tema menu dia Masakan Padang dan Nogori. Tak pedas sangat tapi ada rasa. kami siap tambah sepinggan nasi lagi. Dari segi harga tu mahal la kot.Total ann kene haritu RM40++.

Teh Botol pun ada kat sini.Teringin nak try tapi tak berani takut rasa pelik. Tapi orang cakap Teh Botol tu sedap, eh??  


Alamat : Jalan Gurney, Dato' Keramat (Waktu operasi 10.30pagi - 9 malam)

3 comments:

myza said...

Apakah teh botol tu..xde ke gmbr..mahal.juga ye berdua makan smpai 40+ huhu

Ann said...

myza : aah..tulea skali skala je blh nk mai mkn sini..teh botol aku lp nk amik gmbr sbb dh lapo bebeno..next time ok:)

myza said...

Ok next time bawa aku ;) hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah