CHERITERA KAMI...: Matta Fair 2014

Mar 20, 2014

Matta Fair 2014


Sejak kahwin memang Matta Fair ni kami dah mark dlm calender siap-siap. Setahun ada 2 kali on March and September. Tapi takde la setiap kali Matta Fair tu kami pergi, tengok pada keperluan dan kehendak tu yang kene dikawal sebenarnye.

Macam weekend baru ni memang takde target sangat la. Kalau tahun lepas Matta Fair bulan 3 kami dah survey untuk Sabah for anniversary bulan 9. Tapi tahun ni memasing blur tak tahu nak pergi mana. Tapi akhirnya keputusan telah dibuat dan dah pun book tiket. Ke mana??Kene tunggu la bulan 9 nanti. *tak sabar lak kite;p

Keadaan jam10pagi. Kaunter tiket bukak dekat2 pukul10pagi tu yang sesak panjang beraturnye nak menunggu kaunter bukak. Kalau korang tak nak penat beratur panjang, tak perlu la datang awal. Tapi masalah lagi 1, kalau datang lambat nanti parking pulak susuh. Bagi kitaorang, dari menapak jauh better beratur kejap je pun.harga tiket RM4 seorang.

Takde la pun beli promo Club med tu.Lalu je. Bila datang takde target, memang rambang mata nak pergi situ la nak yang itu yang ini. Tu yang ann cakap kehendak tu perlu dikawal.Sebaik la cik B berjaya mengawal sang isteri ini. 

Sampai 2 hari kami pergi. beg pink hari Sabtu, beg Biru hari Ahad. Bertambah lagi koleksi woven bag kat rumah tu. Sebab pergi 2 hari???Sabtu tu untuk kami survey, amik segala broucher yang menarik, balik rumah google survey lepas tu decide. Bile dah confirm dah buat kira-kira , tu yang hari Ahad tu datang balik. Datang terus target booth mana, beli lepastu blah la. Tak yah nak tengok kiri kanan dah kang ada yang tersangkut.Kalau malas nak datang semula, boleh la duduk bersila kat tepi2 coridor tu lepas tu berbincang elok2 nak amik promo yang mana jangan bergaduh lak. Kami pernah la sekali dulu dok tepi coridor tu discuss tapi time tu tak banyak pilihan, yang kali ni macam banyak pulak pilihan. So, kene balik rumah berbincang dalam keadaan yang lebih selesa gitu.

Yang ann perasan dah beberapa kali Matta Fair pergi ni few hotel yang kerap join :
1. Thistle Hotel - RM280 ( Thistle PD ) , RM299 ( Thistle JB)
2. Flamingo Hotel Penang - RM338 ( 3D2N stay) 
4. A-Famosa resort - tak tengok pulak tapi memang ni selalu ada promo time Matta Fair
5. Mount Heritage Resort & Spa Kundasang  - RM200 (harga sama thn lepas kami beli)
Ni antara yang ann ingat dah perasan dan singgah.Harga tu lebih kurang la kalau tak silap yea.Yang pasti harga jauh lebih murah dari normal rate. So, kalau korang ada plan nak pergi antara hotel-hotel ni boleh la standby untuk Matta Fair bulan 9 nanti.

Grand Lexis first time join memang ramai la orang kat booth dia tapi kami tak beli pun. Simpan untuk akan2 datang.Hehhe.

Anyway, ann nak kongsi tips membeli di Matta Fair :
1. Yang paling penting kene tanya/tahu validity voucher untuk hotel atau pakej yang korang berminat tu. Mostly buat 3 bulan dari tarikh Matta Fair meaning sampai end of Jun. Ada tu sampai sebelum next Matta Fair bulan 9. Ada jugak yang setahun dan ada yang baik hati cakap sampai bila-bila. Dari situ korang boleh plan la nak pergi agak-agak bila supaya voucher tu tak burn or ada yang certain tu dia baik hati lagi dia boleh tolerate sambungkan validity tu.
2. Payment - kami selalu akan tanya payment full ke deposit??Yang hotel-hotel ternama ni selalunya dia akan suruh bayar full bagi elakkan korang burn voucher tu kan. Bawak duit lebih sikit kot la nak beli terus kan kene bayar full payment pulak.Ada yang terima kad kredit so dun worry.
3. Harga low-season/peak season - kene double confirmkan dengan pihak hotel tu harga dalam broucher yang tertera tu untuk semua season atau x?untuk weekend and weekdays ke weekdays je? Ada yang provide complete broucher, siap buat jadual harga weekend, weekdays untuk setiap bilik.Ada tu dia tulis 1 harga je. So, kita kene confirmkan.
4. Room type -ann selalo akan tengok room type utk promo tu ape. Mostly diorang bagi promo Superior room or Deluxe Garden View or type bilik yang biasa-biasa. Kita tanya la boleh upgrade x??Ada yang free upgrade. Tu yang syok dengarkan, boleh terus book siap-siap bilik feveret korang. Ada tu kene surcharge tambah RM50 ke RM70 camtu.

Itulah antara tipsnya. Bila pergi sini jangan rush sangat. Tanya je segala apa nak tanya kat yang menjaga booth tu. Diorang pun baik-baik belaka melayan. Dia pun takde nak marah buat muka kalau kita tanya lepastu tak beli. Time ni la pun diorang nak promote hotel/pakej memasing kan.Bagi kami, Matta Fair ni sangat membantu untuk kita yang suka bercuti tapi dalam masa yang sama nak berjimat.

Pray for MH370

9 comments:

mama tisya said...

akk pn suka p matta fair rsnye bole dikatakan tiap2 thn gk pegi...mmg kena tnye mcm2 kdg2 ada charge tersembunyi kn

Ann said...

mama tisya : kann..kdg tu xplan ape mesti sngkut punye..

Zura Lee said...

zura tk prnh gi matta fair....huhuhuh

ayu Ismail said...

Tak pernah pergi
.mcm menarik utk kaki jalan ya

Ann said...

Zura Lee: nnti ade kesmptn, try a pergi:)

Ann said...

ayu ismail: ade kesmptn, pergi la nnti..utk plan cuti2 pn menjimatkan:)

myza said...

Tq for the tips tu.tp bila la nk p mata fairnya..kat sini xmeriah sgt fair nya hehe..berdua ni snng nk plan bcuti zup zap trus pg honeymoon.ada ank2 kena plan lama skit la sblm dcide hihi

Ann said...

myza : kene mai sini la klu nk p..yeala..sbb berdua ni la gigih nk tawaf fair ni, nnti dh ber3 4 5 6 lain cte pulak..ngeee..

::EIDA:: said...

okay dah baca tips. boleh terjah Matta Fair nanti hehhehe~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah