CHERITERA KAMI...: Konsert Teaterikal Suara Kita

Mar 13, 2014

Konsert Teaterikal Suara Kita


Rezeki...rezeki...Alhamdulillah dapat tiket free ke Konsert Teaterikal Suara Kita. Kebetulan sebenarnye ni tengah scroll news feed Fb teperasan page ni post soalan dapat hadiah 1 pair tiket ke Konsert Suara Kita ni. Laju-laju Ann terus jawab. Kalau ikutkan memang cik B ada ajak pergi tapi bile tengok harga tiket yang available time hurmm..takpela. So, Ann cakap kat cik B tiket ni as a hadiah la untuk die sebab nak sangat pergi konsert ni tengok abang awie.Kekeke...

Weehuuuu...Sebaik dekat la jugak hotel ni sebab tiket kene pergi self collect. Memula pelik jugak kenapa diorang bagi free tiket kan rupanya Best Western ni penaja hotel untuk konsert suara kita.

Thank you Best Western Premier Dua Sentral..Thanks Ms.Anna..Ingatkan dapat seat biase2, sekali dpt kt Grand circle yang harga RM245 1.Kalau 2 dah RM500 kan.Double Yeaayyy!:)

Lelap dah ke?konsert belum start lagi cik adik.Oh...LOVE LOVE skirt itu!Nanti Ann share yea pasal skirt tu:)

Malam tu semua audience diberi peluang untuk merakam konsert tersebut dalam 10minit pertama je. Lepas 10minit no camera no video nnti kene fire dengan ultraman.Ann tak rakam pun sebab konon fokus sampai terlupa ambil gambar Erra masa pembukaan tu.Ziana Zain & Awie je sempat ambil gambar.

Kak ZZ - Ziaza Zain..very the vogue. Tak macam umur 40++ pun. Gaya berlakon so nakal gitu. Tang nyanyi tak boleh nak disangkal lagi la. Meremang!

Ni memang legend - Ann tak bersandar tengok persembahan beliau. Masa ni tengah bawak lagu Bara.Perghh..eh..memang layan la malam tu lagu semua best-best siap ikut nyanyi sama. Ape kisah sebelah cik B yang memang bersemangat nyanyi, sebelah lagi akak tu Ann dengar die nyanyi perlahan-lahan je.Hehe..Semua sporting!

Ni masa penutup - ambil jugak gambar Erra. Suka baju-baju Erra pakai semua ala-ala princess. Tapi Erra tak banyak lagu kan.Banyak lagu sedih-sedih. Touching!Kesian dia masuk hari ke5 ni suara pun dah sengau tapi tetap mantap.

Mira Fana - masuk masa Awie nyanyi lagu ape tak ingat bergabung dengan Edry Hashim.Meletop!Masa tengah break pun dia keluar main gitar.Hebat!

Kolaborasi yang tak boleh dinafikan dengan bakat dan aura masing-masing. Well done!

♥♥♥

5 comments:

msredcheesecake said...

bestnya... suka kak zz

:: idzwa :: said...

amboiii..jeles nieeee :)

Ann said...

msredcheesecake : ZZ best!

Ann said...

idzwa : rezeki dpt tiket free..ngee:)

Zura Lee said...

zura pernah tgk konsert awie, suara dia best betul nyanyi live.. ziana ngn erra je blm lg.. untung ann dpt gi konsert free tuh.. zura minat betul ngn ziana zain tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah