CHERITERA KAMI...: KL Bird Park

Mar 25, 2014

KL Bird Park


Dok godeh2 hard disc ni jumpa folder gambar pergi KL Bird Park few years ago. Tak pernah lagi share dekat sini. Basi pun basi la mana tau boleh buat rujukan nanti:)

Siapa yang ada anak-anak yang tadika  tu mostly kalau aktiviti lawatan mesti pergi sini kan??Tapi kalau dapat pergi sekeluarga la syok. Memula pergi macam rasa kanak-kanak pun yea, rasa macam buang tebiat pun ada jugak. Macam dah takde tempat lain nak pergi. Tapi bila dah masuk sini. Seronok! lagi-lagi kami pergi haritu masa hari bekerja, orang tak ramai. Tenang la sikit cuma panas je la.

KL Bird Park dikenali juga sebagai Wold Largest Free-Flight Walk in Aviary sebesar 20.9 ekar. Ada pelbagai jenis burung dekat sini yang tak pernah jumpa kebanyakkannye yang selalo kita tengok dalam kamus bergambar tu je zaman sekolah dulu;p


Harga tiket dan waktu operasi. Terdapat juga Hornbill Restaurant & Cafe dalam ni boleh dine in atau nak buat any event juga di situ.

Sebelum memulakan pengembaraan bersama burung, study map dulu boleh bayangkan betapa besarnye tempat ni. Kene kumpul energy dan stamina lebih ni. 


Tengok dekat-dekat besar jugak paruh tu kalau kene patuk, mau bengkak. Tak tau la die patuk orang ke tak. Hye burung kenyalang. Eh..burung kenyalang dengan burung enggang sama eh??Tadi google pasal kenyalang, ada yang cakap sama.

Ni taktau burung apa namenye??Siapa boleh tolong berikan jawapan??Tapi takde hadiah la, untuk pengetahuan bersama je.Hehhe.

Aku ingin terbang tinggi seperti Elang.Hi elang!Elang si gagah perkasa. Jangan main-main ha.

Bila tengok ni macam kat kampung pulak cuma kat kampung takde la burung Merak tu. Banyak tau burung merak lepas bebas. Siap bleh main kejar-kejar lagi. Dok tunggu je bila die nak kembangkan ekor dia yang cantik tu.

Ostrich pun ada jugak. takut nak dekat-dekat sebab dia dok gigit pagar besi tu, sat g kang die tengok kita ni macam sedap je daging kan. Tak pasal-pasal pulak nanti.Huhuhuh.

Ingatkan flamingo dengan swan rupenye bukan. Flamingo dgn swan paruhnya pendek je. Ce tengok yang ni paruh dia panjang nau kan. Yang kaki panjang tu namanye Yellow-billed Stork.

Meh blaja nama Burung-burung air yea adik-adik.

Scarlet Ibis ni yang menarik perhatian sebab warna dia cantik. Comel je tengok dia main sorang-sorang.

Jom masuk World of Parrots pulak. 

Banyak jenis burung kakaktua ni. Ada warna merah, peace, putih.Bentuk pun macam-macam.

Bagi makan kuaci. Laju gile diorang makan siap kopek kulit lagi. Kita yang makan guna tangan ni pu terhengeh-hegeh. Besar sungguh ciptaanNya kan. Tak terjangkau dek akal.

Dia mai lompat kt tangan pulak. Seriau sebab terasa grip kuku dia tu.Adeh. Neves i tau. Kang buatnye die geram, taknak lepas. Camne??Haaa..dalam nervous tu seronok jugak pengalaman ni.

Penghujung sekali ada air terjun yang cantik ini. Luas lagi tempat ni. Nak ambil gambar setiap section tu memang banyak.Seronok kalau pergi dengan anak-anak kan. Nak pulak yang banyak tanya tu siap je la jawapannya. 

So, siapa yang takde idea nak pergi mana cuti sekolah ni dan tak pernah datang sini. Bawak la anak-anak korang datang ke sini. Yang nak datang dating pun boleh macam kami.


3 comments:

msredcheesecake said...

suka tengok burung je, nak menghafal namanya memang tak la...hhee

Ann said...

msredcheesecake : hahahha..betul!

myza said...

Wah main dgn burung eyh..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah