CHERITERA KAMI...: Kedai Bunga Vivian - Barang Kahwin Murah

Mar 26, 2014

Kedai Bunga Vivian - Barang Kahwin Murah


Kisah meneman kawan cari bunga telur katenye nak hadiahkan untuk sepupu nak kawin. Asal plan nak pergi Jalan TAR lepastu Ann saja la google terjumpa review Kedai Bunga Vivian dekat Chow Kit. Memang ramai la yang recommend kan kedai ni sebab murah. Murah, banyak pilihan dan service bagus.

So, ke Chow Kit la kami last weekend. Wuish..lama giler tak pergi Chow Kit. Nak parking 1 hal lepastu panas, sesak dengan orang-orang yang bukan warga Malaysia tu lagi memang banyak kali fikir kalau nak pergi situ.

Location Kedai Bunga Vivian ni dalam pasar basah Chow Kit. Cari Muratabak Ana ( yang sedap katenye tapi xsinggah beli pun ) sebelah dengan Balai Polis Jalan Raja Bot, masuk simpang dekat sebelah gerai muratabak tu, turun tangga, belok kanan dan jalan la terus sehingga jumpa kedai bunga.

Selamat Datang ke Kedai Bunga Vivian. Kecik kedainya tapi bagi ann complete la kalau nak cari untuk barang kahwin kenduri bagai tu. 

Bermacam-macam pilihan bekas telur/gula-gula. Harga bergantung pada kuantiti.

Bunga telur pun cantik comel juga. Haritu kawan ann beli 50pcs RM1.50 design yang lebih kurang atas tu. Murah la kalau kedai biase mau 2-3ringgit.

Bekas hantaran cantik-cantik.

Suka dengan bekas ni. Boleh buat dulang hantaran , nak buat deco-deco kat rumah pun boleh.Mula-mula ingat nak beli boleh letak buah ke ape kan tapi tak jadi tapi sekarang rasa nyesal lak tak beli.Pfttt...

Bakul bermacam jenis

Ni towel untuk buat gift. 1 bekas tu ada 20pcs, RM0.60 per pcs yang kawan ann beli mcm warna hijau tu.

Total 50pcs bunga telur + 60pcs towel = RM110. Murah kan?

Servis pun bagus. Pekerja diorang sungguh melayan kita kalah kedai yang besar-besar kita pergi tu kadang pekerja buat tak endah je.Yea dak??


8 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. wah bestnya. tak sabar nak tengok preparation my big brother lepas raya. heee lama kot tak berfoya cari barang nak kawin ni. heee ~~~

Ann said...

Sheila Salim : Waalaikumsalam..xcited kan klu keluarga kte yg nak kawin...ann ni yg bongsu, tnggu anak2 buah la nmpknye..hoho

Zura Lee said...

zura ni klu kedai2 cmni mula la terbygkn manik2 & labuci... dh lama tk g kedai2 cmnih borong manik...mood nk menjahit manik dh menjauh... hahahaahah

mama tisya said...

akak dlu kawin, mmg bli kt kedai vivian ni..murah

Ann said...

Zura Lee : sama la kak..ry 2 thn lps kot gigih menjahit manik bagai lps tu tinggal je cmtu..

Ann said...

mamatisya: sy baru tau kak kedai ni, dl ms kawin buat sndr..yg reben2 manik tu bli kt melawati..hoho

Azmahani Shahbudin said...

Bekas wrna hitam putih tu berapa harganya kat kedai tu..klu murah boleh beli nnti:)

Ann said...

@Azmahani Shahbudin : alamak..lupe dah berapa harganye..bwh rm10 kot ke murah lagi..tapi murah la masa sy tgk tu..heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah