CHERITERA KAMI...: Jumpa kawan lama

Mar 3, 2014

Jumpa kawan lama

Selain dari ber'honeymoon' mood , Ann ajak kawan lama, Diyana jumpa sekali. Gaya macam susah sangat nak sampai Melaka kami ni, tapi sebenarnye kampung kt Melaka pun. Yang kawan Ann ni pun rumah kat Melaka , cuma nak berjumpa tu yang tak berkesempatan. Last sekali kami jumpa masa hari Ann kawin 3tahun lepas. Diyana siap jadi peneman tidur Ann lagi malam nikah tu.Thanks cik D:)

Sejarah perkenalan kami bermula masa kami sama-sama sekolah kat Muar dulu. Awal-awal kenal sebagai kawan sekelas. Suka la tengok dia walaupun masa tu berwheelchair dan bertongkat tapi semangat kuat. Bayangkan la nak naik kelas tingkat 2 masa tu, lepas tu nak pergi balik lab. Belum lagi bab ulang-alik dari dorm ke Bangunan Akademi, kuat semangat Diyana ni, pandai lak tu. Ann pulak lama-lama jadi rapat dengan dia dan kawan-kawan sebiliknya. Bilik diorang umpama bilik no.1 Ann.Hahah. Makan tidur kat situ cuma tak tak bawak baju je.;p

Lepas SPM berpecah, Ann masuk matrik Melaka, Diyana yang pandai dapat ekspress course kt UTM. Jodoh kami kuat agaknye, Ann lepas matrik dapat masuk UTM Skudai jugak. dapat la kami jumpa balik. Pernah la keluar sesama.Pergi lepak bilik dia pun pernah. Dia kenal kawan Ann, Ann kenal kawan dia.

Sampai sekarang masih berhubung cuma memasing sibuk.Diyana pun tengah dalam proses nak sambung phD. Lagi seorang kawan yang bersemangat waja masih meneruskan pembelajaran. Salute!!Kite tumpang gembira je la korang naik turun stage amik scroll dan nnti dah jadi Dr. jangan lupe kat kte yea.Hhoho.

Eh...back to topic asal. Selalu plan last minute yang menjadi kan.Sehari sebelum pergi Melaka, Ann dah roger Diyana ajak jumpa. Dah cakap, kali ni kasi jadi jugak.tak kire!kami plan Sabtu malam nak pergi Restoran Pak Putra Kota Laksamana. Sekali tutup la pulak.lepastu memasing dah kering idea tak tahu nak pergi mana.

Ni jumpa depan hotel, konon tengah pikir la nak ke mana sesambil tu sempat lagi borak ke lain.Cik b menunggu dalam kereta layankan aje wife die ni.Ngeh3.

Decide pergi Ikan Bakar Parameswara,Umbai. Walaupun boleh agak la macam sesak je kan, saja la cuba nasib.Sampai situ dah pukul9lebih memang pack woo parking kt Umbai tu. Terus pusing balik pergi kedai makan tepi jalan tu je. Tak tahu nama ape, tengok macam meriah je kami terus singgah.Masing-masing kelaparan ni.

Malam kejadian tersebut. seronok dok sesama bersembang, cerita memacam keluar. Esoknye Diyana pelawa lunch kt rumah dia. Iols segan tapi orang cakap rejeki jangan ditolak.Ok, lepas check out singgah cendol lepastu terus gi rumah Diyana kat Ayer Keroh.

Dijamu nasi ayam super sedap. ayam seorang 2ketul ok. Memang tersandar kekenyangan la.Family Diyana provide catering service tau kalau ada yang area Ayer Keroh tu nak mencari catering, roger2 yea.Makanan confirm sedap punye lah:)

Dapat rasa kismiss dari ladang Turki pulak.rejeki3..Terima kasih tuan rumah melayan kami. Ni kalau tak sebab nak balik KL memang melayan borak non-stop.Lepas 1 cerita ke 1 cerita.

Diyana, kalau u baca entry ni again I doakan segala cita2 u tercapai dan dipermudahkan segala urusan.Moga rezeki u sentiasa murah. jaga diri, jaga kesihatan yea.Ada kesempatan, kita jumpa lagi...InsyaAllah~

Love!

6 comments:

~~AzaLea~~ said...

Ann, sekali pandang kawan Ann ni ada air muka An lah.. tu yg serasi kot erk.. :)

Ann said...

Azalea : ade iras eh...bile Ann tgk belek balik, ade la jugak iras tu...hehehe..

myza said...

Kurus la diana..masa wedding tu ingt lg dia chubby ..apkah rahasia

Ann said...

myza : haaaa...kene la tny tuan pny badan..ape rahsianye

Zura Lee said...

cantik tudung ann dlm gmbr kawan kawen tuh...ada mutiara kecik2 gitu...warna pun cantik..

Ann said...

Zura Lee : jenuh nk mencari sm kaler dgn baju.. stat dr kawin ni la suke ngn warna ni..heheheh..tq Zura:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah