CHERITERA KAMI...: Desa Balqis Kuala Linggi Melaka

Mar 6, 2014

Desa Balqis Kuala Linggi Melaka


Sebenarnye sebelum decide nak book Garden Suite Swan Garden Hotel Melaka ni, Desa Balqis termasuk antara list yang kami nak pergi juga. Ann kadang-kadang suka main google hentam je search resort cantik , resort best or chalet menarik lebih kurang camtu la katakunci dia. Dalam banyak-banyak tu mesti akan tersangkut punya tempat yang kita tak tahu contoh macam Desa Balqis ni la. Mungkin korang dah tau, tapi kami baru tau.Hehehhe.

Tapi agak mengecewakan tarikh yang kami nak stay tu dah full, next tarikh yang kosong adalah bulan April yea. Maknanye, kalau berniat nak stay sini better buat early booking seawal yang mungkin. Otw dari Melaka nak balik KL haritu, cik B ajak singgah Desa Balqis ni dulu. Saja nak tengok katenye.

Main entrance Desa Balqis Kuala Linggi Melaka 

Ni pemandangan yang di sebelah kiri selepas masuk ke dalam kawasan ni. Ni la rupenya Desa Balqis ni. Actually konsep dia macam homestay. 

Terdapat 10 rumah yang setiap 1 ada nama yang berlainan - Pak Long, Pak Ngah, Balqis,Mama Penghulu, Pakcik, Adik & Kakak, Nenek, Atuk , Pak Ndak. Ada lagi rumah yang dalam pembinaan.

Dari nama rumah pun sangat traditional kan. Kagum kitaorang bila kat dalam ni. Sangat cantik kawasan dan rumah-rumah tu.

Luas macam padang bola. Tempat ni memang sesuai sangat kalau nak buat gathering. Macam-macam aktiviti boleh buat. Seronok! Kalau nak view yang macam ni ambil la rumah Pak Long yang boleh memuatkan 7-10orang.

Masa kami datang ni takde orang di bahagian kaunter tak boleh la nak mintak tengok dalam rumah kan. Ada jumpa sorang staff yang tengah bersihkan kawasan kebun sebelah dengan Desa Balqis ni. Katenye kawasan tu akan dibersihkan untuk buat sukan aktiviti lasak kat situ.

Kanan gambar ni ialah kaunter receptionnya.

Swimming pool pun disediakan. Tak payah risau kalau budak-budak boring ke ape, berendam je la dalam ni. Ni kalau reramai ni sure havoc kan.

Pool ni takde bahagian kanak-kanak. So yang dewasa kene pantau la yea. Haihh...cantiknye la.

Ni tangga untuk turun ke pantai. Kene extra careful sebab menjunam dan tinggi. Ni kire private beach jugak la ni . Boleh mandi laut, main pasir.Yang bahagian tepi kanan tu rumah pekerja.Rumah pekerja die pun cantik eh siap ade buaian kat beranda tu. Nak sewa yang kt situ la..boleh dak?Hehehhe..

InsyaAllah..ade rezeki dan kesempatan boleh la stay kat sini nanti. Kalau dapat sekali ngan family lagi meriah kan. Boleh BBQ sesama. Kalau nak dinner kat luar pun tak de masalah ada restoran ikan bakar berdekatan.

Untuk lebih detail nak tengok rupa dalam setiap rumah boleh klik SINI. Senarai harga pun ada disertakan dalam web tu.

Korang tak sesat, kalau dah nampak signboard ni. Dari Melaka lalu jalan menghala ke ALAM (Akademi Laut Malaysia) jalan depan lagi perati je sebelah kiri korang. Kalau dari KL - better exit Port Dickson menghala ke Eagle Ranch tu terus la sampai jumpa simpang ke Kuala Linggi belok kanan. Desa Balqis ni sebelah kanan korang.



8 comments:

ummi_khalish said...

assalam Ann..dil pun terjatuh hati tengok resort2 ni..kena terjah ni...hihi

Ann said...

ummi_khalish :wsalam..tuelanye..konsep kampung kan..nnti klu pergi share review eh..heheh

Zura Lee said...

tk pernah tau pun kewujudan resort nih... cantik betul rumah kayu tuh, nama pun unik, mmg sesuai sgt ngn suasana kampung dia...kalu wat family day kt sini lg best...

Zura Lee said...

zura dh klik link yg ann bg tu..kelas nye ada swimming pool ngadap selat melaka... trus rs nk g sana suatu ari nnt..

Zura Lee said...

zura dh klik link yg ann bg tu..kelas nye ada swimming pool ngadap selat melaka... trus rs nk g sana suatu ari nnt..

Ann said...

Zura Lee : kannn..best pergi reramai.mcm rs kat kmpung sndr kot..heheh

fazianbatrisyia said...

cantik tempat tu..ala kg. sesuai dgn nama rumah tu semua

dalila said...

cantiknyee kawasan resort ni..best klu dpt berkumpul ramai2 buat family day kt cni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah