CHERITERA KAMI...: Cendol Jam Besar Melaka (Clock Tower)

Mar 3, 2014

Cendol Jam Besar Melaka (Clock Tower)


Banyak kali datang banda hilir tak pernah terlintas nak singgah dekat Cendol Jam Besar ni. Kalau cerita pasal melaka dengan kawan-kawan , diorang akan tanya "Pernah try Cendol kat Banda Hilir tu x??""Pernah makan cendol kt bangunan merah tu x??". Geleng kepala la jawabnye sebab memang tak pernah. Kalau tengok review pun orang dok cakap cendol situ sedap. Jadinye percutian singkat kami ke Melaka yang lepas , Ann dah masukkan Cendol Jam Besar ni dalam list WAJIB pergi haritu.

Cari jala menghala ke Banda Hilir ataupun nak senang cari direction ke Bangunan Merah atau nama sejarahnye Bangunan Stadhuys. Haritu kami dari Kampung Jawa ke Cendol Jam Besar ni lalu Jonker Walk dulu. Ramai betul orang kt Jonker Walk tu China la terutamanya. Gigih diorang jalan panas-panas buta tu. yang beratur panjang nak tunggu makan pun ada jugak.

Ok..back to cerita cendol tu. Disebabkan kami malas nak cari parking so tapau je. Drop je kt tepi jalan tu kejap. lepastue pusing masuk kt Jonker Walk tu balik tp tak jauh la nak pusingnye pun dan takdela sesak sangat.

Kalau dari Jonker Walk akan lalu jambatan belok kanan lepastu nampak Bangunan Madonna ni memang korang ada di jalan yang benar. Just stay belah kanan je.

Nampak bangunan merah belah kiri tu, kedai Cendol Jam Besar tu seberangnye. Ann memang amik gambar ni dari kedai cendol tu. Kalau ke depan sikit belok kanan korang dah ke Jonker Walk semula. Kalau dah terlepas takyah risau, boleh pusing balik.Heheh.

Keadaan kedai Cendol jam Besar pada pukul 12tengahari hari Ahad. kami pergi 2 kali ok. Hari Sabtu pun dalam waktu yang lebih kurang camni. Sebab pergi 2 kali???Yang 1st time tu, cik B beli cendol durian 2. memang pekat giler durian die sampai Ann tak boleh nak minum rasa pening menangkap. 

 Tapau minum sambil drive nak ke hotel masa ni. Minum yang belah atas je. Tapi tetap rasa durian tu kuat sangat. Eh,kita durian lovers tau tapi yang ni memang takboleh masuk.Sob3..

Tu yang jadinye episod kedua terjah Cendol jam Besar ni. tapau jugak. target nak beli cendol biase je.

Ni kedai Cendol Jam Besar itu. Memang penuh tempat duduk. 

Ann ambil dari Mr.Google gambar ni. Tak sempat nak ambil gambar harga. Harga untuk bungkus dengan minum kat situ lain yea. Sila take note!

Komen kami untuk cendol biasenye..mmm..KURENG la rasa cendol tu xberapa. ke bungkus rasa lain yang makan situ rasa lain??Musykil sebab orang cakap sedap.Stress pulak i.Hahhaha. Bila teringat-ingat balik kan, banyak yang spoil masa cuti haritu. Pergi makan tempat yang ramai orang suggest pun still tak masuk selera kami.

Ada 1 tempat lupe nak singgah haritu, Klebang Coconut Shake . Panas-panas ni sedap layang kelapa ni kan.

12 comments:

Anonymous said...

Hi there, just wanted to say, I loved this post. It was inspiring.
Keep on posting!

my page: Electrical safety certificate for Tenants

mama tisya said...

hah ada tgk cendol ni tp tk pernh singgah...klebang coconut shake tu wajib singgah kalo p melaka...insya allah bln 4 outstation melaka leh la singgah

Mila Ahmad said...

Cendol tak rasa pulak tapi Coconut Shake Klebang memang terbaik !!!
Arggghhh entah bila nak rasa lagi coconut shake tu.

Mila Ahmad said...

Cendol tak rasa pulak tapi Coconut Shake Klebang memang terbaik !!!
Arggghhh entah bila nak rasa lagi coconut shake tu.

Zura Lee said...

tak perasan pong ngn kewujudan gerai cendol tuh..maybe otak zura dok fokus nak gi minum cocnut shake klebang tu je smp dh tk igt sekeliling.. hahaahah

~~AzaLea~~ said...

Ya ampun sedapnya makan cendol tgh2 musim panas macam ni..

terliuqqq..

Ann said...

mama tisya :nak pesan la klebang cocount shake tu nnti, boleh?hehehhe

Ann said...

Mila Ahmad : kan...ape lg, kene cuti2 Melaka la ni..hehehe

Ann said...

Zura Lee : Ann pun ble kwn2 cerita baru tau, tp coconut shake tu mmg legend la..

Ann said...

Azalea : kannnnn..nyum3

Anonymous said...

I’m not that much of a internet reader to be honest but your blogs really
nice, keep it up! I'll go ahead and bookmark your website to come back in the future.
Cheers

my blog post; magento themes

elaine said...

Hi, selamat bercuti! Boleh kunjungi A Famosa Resort di Melaka lain kali :) 5* Villa 827


www.villafamosaresort.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah