CHERITERA KAMI...: Car Boot Sales Kota Damansara

Mar 8, 2014

Car Boot Sales Kota Damansara


Salam Jumaat korang..

Pernah dengar pasal car boot sales x??Kalau kat oversee dah glamour bende ni (gaya macam pernah pergi oversee je ;p). Kalau kat Malaysia ade ke??Ok..Meh nak cerita.. Alkisahnye macam mana Ann boleh terjumpa dengan carboot sales ni. Dari last year start kami dah berjinak-jinak dengan Ann'z Collection , terus terkeluar nak join car boot sales ni. Ala..kalau ada yang perasan kan ada je orang bukak bonet kereta depan supermarket ke tepi-tepi jalan yang ramai orang tu pastue jual barang. Ann kononnye nak buat camtu la, tapi segan. Haa..tu masalahnye nak menjual tapi segan lagi-lagi kalau kite je seketul kat situ. Sambil-sambil tu search jugak dekat FB page-page organizer yang handle event/booth sampai la terjumpa page Car Boot Sales Bistari De' Kota. Baca syarat-syaratnya - harga tapak RM10, murah dah tu tapi jualan untuk barangan terpakai sahaja. Alamak...barang terpakai je, kita nak jual barang untuk Ann'z Collection ni. Tapi bila scroll down page tu macam menarik pulak sebab sambutan dia meriah jugak. Barang kat rumah tu kalau di kemas-kemas ada la jugak yang boleh dijual kan. Tahun lepas cik B kat Johor, dari minggu ke minggu nak pergi last2 Ann cakap, takpela kita tunggu cik B pindah KL baru la kita join.

Nak dijadikan ceritanye dari Car Boot Sales di tapak yang lama berpindah ke tapak yang baru , dari harga RM10 ke RM20 1 tapak, barulah kami dapat join. Takpelah harga naik pun , Ann memang follow je perkembangan page baru diorang Car Boot Sales Kota Damansara memang nampak la usaha para organizer tu untuk menaikkan , menghidupkan dan mempromosikan tempat ni. Korang boleh tengok sendiri dekat page diorang sambutan kat situ macam mana.Kiranye harga RM20 + RM5 untuk registration tu memang berbaloi.

Hari pertama kami join car boot. Bila post kat FB ramai jugak kawan-kawan yang berminat nak join, yang nak bg barang-barang diorang. 

Skirt yang tergantung kat belakang tu Ann pernah jual lelong kt FB tapi takde sambutan. Bila kat carboot ni berebut-rebut pulak orang nak. Walaupun yang dijual barang-barang terpakai/preloved tapi conditionnye masih tiptop sebab ada yang pakai sekali dua je.

2nd time join. Meriah!!

Ann nak pergi pun kene tunggu cik B free/tak kerja hari Ahad baru boleh join atau kalau takbalik kampung or ada kenduri ke kan. Dalam masa tu tempat ni dah banyak dapat promosi dari media macam tv Al-hijrah dan Malay Mail. Makin hangat la sambutan kat situ.

Ni situasi wiken yang lepas:)

Selain pakaian ada macam-macam lagi yang dijual oleh carbooters yang lain macam barang perhiasan rumah, mainan kanak-kanak, barang antik, beg macam-macam la. Korang kene pergi dan tengok sendiri.

Untuk berniaga di Car Boot Sales Kota Damansara ni , pendaftaran telah ditutup sebab dah penuh sangat. Tapi.. tapi ..tapi korang yang berminat nak join akan ada tapak baru dibuka nnti. Korang follow je page Car Boot Sales managed by INZ Expert . Nanti dia akan inform tapak-tapak baru yang available. Nak datang sebagai pembeli/pengunjung lagi dialu-alukan:)

Bagi Ann, baguslah ada tempat yang macam ni :
1) Salah satu inisiatif untuk dapatkan pendapatan sampingan
2) Dapat pengalaman berniaga
3) Tambah kenalan dengan sesama carbooters dan pembeli/pengunjung. Seronok ni sambil duduk menjual borak-borak dengan orang sebelah dapat pembeli yang ramah macam-macam la gayanya. 
4) Isi masa hujung minggu
5) Clearkan barang-barang yang tak guna kat rumah tu.
6 ) Sambil menjual, kita pun boleh membeli pada carbooters yang lain. Harga pun berbaloi-baloi tapi barang cantik lagi. Jimat!!

Tapak ni bukak setiap hari AHAD dari 7pagi-12tengahari. Lokasi berdepan dengan Uptown Kota Damansara / Pasar Tani. Kalau korang nak datang, roger2 la Ann yea boleh kita laga-laga pipi;)




Klik Malaysia Car Boot Sales - info Car Boot Sales around Malaysia


#Minggu ni tak join..cik B kerja;(


13 comments:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

msredcheesecake said...

tak pernah pergi dan tak pernah join car boot sale...hhee

Zura Lee said...

zura blm pernah gi lagi..mesti meriah kan...ala2 pasar karat kat Shah Alam la yerk...

Ann said...

Muhammad Taufiq : tq

Ann said...

msredcheesecake : ann pun yg ni la first timenye.hehe

Ann said...

Zura Lee : kt Shah Alam tu meriah lg kan sbb ade psr tani la bagai...eh..dh lame x pegi situ..huhuh

Anonymous said...

I am truly happy to glance at this blog posts which consists of tons of helpful information, thanks for providing such information.



my web site - how to make nutella

Azhafizah Md Nor said...

wahh..meriah..InshaAllah kalau ade rezeki boleh jumpa Ann kat sini kan :)

Ann said...

Fiza : meriah..tu yg klu xpergi tu rindu..insyaAllah..ade rezeki dpt la kte jmp nnti:)

Hajar said...

Nak join juge sbb brg dah terober kt umah nieee... Hihi

Mawar Assufi - akinassufi said...

Saya pun kota damansara jugak kak :)

Mohon eksaited nak laga pipi okay kak.. Boleh contact kita? Kot2 confirm boleh jumpa nak berlaga pipi. Ahahh, kau. Kemainnn berlaga.. kita duduk belakang gulam mee je. situ pun ada car boot sale gak...

kalau boleh, akak email sini kak : ikinassufi@hotmail.com . Nanti kita keep in tacccc okay >_<

Alis Nurliana said...

Kak, car booth ni masih terbuka?

Ann said...

pada yg nak tahu info terbaru dan lanjut pasal carboot ni boleh refer di Fb link ini : https://www.facebook.com/CBSKotaDamansara/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah