CHERITERA KAMI...: Wedding di Lembah Pangsun

Feb 6, 2014

Wedding di Lembah Pangsun


Teman mak dan ayah pergi wedding anak jiran lama masa diorg duduk kat Selayang dulu.Masa ni Ann tak lahir lagi.Memang tak kenal la tuan rumah. First time jalan sampai ke Lembah Pangsun ni. Ada ternampak 2 3 lokasi yang dijadikan sebagai tempat untuk buat majlis perkahwinan atau any event. Seronok lalu kawasan sini macam lalu kawasan kampung, tepi sungai, pokok teduh.

Dan kami jatuh cinta sangat dengan tempat wedding ini dijalankan.Walaupun terpaksa menapak jauh ke dalam sikit tapi buat pencinta alam, korang memang akan jatuh cinta punya la dengan tempat yang macam ni.

N berdiri di beranda rumah tempat wedding diadakan.Betul-betul tepi sungai rumah ni.

Lepak santai nak terus terjun sungai tu pun boleh;p

Halaman rumah yang super besar.Ada pokok buah-buahan.Ramai yang datang enjoy the scenery much. Bagi Ann, ni pengalaman pertama pergi tempat wedding sebegini. Kalau yang grand pun dekat hotel atau dewan kan.

Big house. Rumah ni rupanya rumah persinggahan keluarga ni. Baru je siap. Hujung minggu ke nak buat family day ke datang sini la.Tapi ada pekerja-pekerja tolong jagakan.Seronok weh kalau dapat rumah sendiri camni. Dah confius sekarang ni nak rumah tepi laut ke ngadap gunung ke tepi sungai??Haaa...fikir fikir kate cik b;p

Ni tanah sebelah belakangnye..ada kolam renang hujung sane tu nampak budak-budak tengah mandi.Yang abang pkai tshirt putih ni tengah menjala.Hadoiiiii...rasa tak nak balik pulak...

Ok..ini pengantin yang dirai.Simple & sweet.Kawasan luas memang selesa sangat la tempatnya cuma jauh ke dalam je.

Nice deco & guest booth.

Selamat Pengantin Baru untuk pengantin H&H.Moga perkahwinan disirami kebahgiaan hingga jannah. Thanks for the invitation:)

5 comments:

::EIDA:: said...

nice deco die.. boleh amik idea tuk coklat fountain ida. hehhehee

Ann said...

EIDA : kan..jgn lupe share hasilnye nnti eh..hehehhe

~~AzaLea~~ said...

cantiknya kawasan ni.. sejuk jer mata memandang..

Ann said...

Azalea : kannn..tenang je rasa..

myza said...

Ngadap gunuung rumah ko pooh? Like ..are u seriouss?hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah