CHERITERA KAMI...: Waterlesscarspa

Feb 7, 2014

Waterlesscarspa


Berakhirlah masalah nak cuci kusyen kereta comel kami.Lama jugak kami searching tempat yang memenuhi kriteria kami.Ceh..kriteria sangat padahal kalau tanya semua bengkel/tempat yang provide servis ni memang kene tinggalkan kereta atau pun kene tanggalkan seat kereta tu.Owhhh..kalau boleh nak elakkan la.Susah kalau kereta takde. Nak buat tu pulak makan hari paling minimum sehari.

Nak dijadikan rezeki agaknya, dok ngadap FB terjumpa la 1 page ni, Waterlesscarspa Biase la jenis malas nak baca, tengok gambar je kan.Sekali nampak 1 gambar ni.

Macam menarik je. Terus share page FB ni dengan cik B. Cik b tanya itu ini kat person in charge proceed terus dengan appointment. Settle!Kejap je.Semua di hujung jari ken.

Ok..Apa yang buat kami cepat betul setuju untuk amik servis mereka :
1. Servis yang tak ambil masa yang lama. Tak perlu nak tinggalkan kereta ke ape.
2. Mereka yang datang ke tempat kita. Yeaaaa...They bring the service right where you are (speaking pulak).
3. Harga affordable

At first tu  pelik dan tertanya-tanya jugak.Kalau diorang datang buat kat tempat kita, air & letrik camne?Tengah membayangkan keadaan kat kedai cuci kereta. Abisssslaaa dah la kene byr servis pastue diorang pakai letrik , air kite..tinggi la bil nanti. Rupenyeeeee tidak...tiada sebarang penggunaan air & letrik pun di sini yea.

Tengok la nama pun Waterlesscarspa. Diorang menggunakan 100% biodegradable special formula yang selamat untuk kereta, pengguna & environment. Fuhh..selamat gitu. Just tunggu je mereka datang pada waktu yang telah dipersetujui. Diorang akan buat keje molek-molek.Kita dalam rumah/pejabat boleh teruskan dengan aktiviti memasing. Syok x?

Pengalaman kami sendiri, haritu appointment pukul 2 pm hari Sabtu.Sharp agent (ada agent terlatih untuk kawasan tertentu) datang. Dia cakap kereta Ann takde la teruk mana pun kusyen tu tak kotor sangat. Tapi mata saya yang nengoknye pedih juga.Hahahha..terus brother (sorang je brother tu) buat dalam pukul 5pm settle. Kami add on sekali untuk cuci kereta.

Memang semua guna produk diorang a.k.a spray tu. Tapi maaf la yea gambar kami lupa ambil.Effisien sungguh brother ni buat keje. Untuk info lanjut, nak tengok testimoni atau event mereka boleh layari website mereka Waterlesscarspa atau fb di Waterlesscarspa . Boleh berhubung terus dengan agent-agent mereka di SINI.


Bagi area Wangsa Maju dan sekitarnya, boleh contact terus brother Eddie di no yang tertera.

7 comments:

::EIDA:: said...

alaaa WM pulak. jauhhhhh....

Ann said...

EIDA : dekat tempat lain pun ada..boleh tgk kat link Ann bagi tu

myza said...

Wah yaka ada servis cenggini..dlu seat kena muntah dgn ank buah tpksa cabut n tggal sear kt depa pastu nk kena tggal berhari bg kering..huhu..pelik drive kete xde seat sblh kakaka

Ann said...

myza : adeee..aku pun kebetulan la jmp page ni..tuela kan..leceh klu kene tinggal2 kete ke bukak seat ni..sbaik la jmp yg ni..hoho

~~AzaLea~~ said...

wah best giler..

FiZ said...

best nye...

fathul yakin said...

Sye kt wm nie.. wm area mane.. leh bagi alamat x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah