CHERITERA KAMI...: Restoran Wangsa Uptown Yong Taw Foo

Feb 11, 2014

Restoran Wangsa Uptown Yong Taw Foo


2 kali Ann datang ke restoran ni. First time dinner dengan cik B, 2nd time lunch dengan officemate. Memang tak mengecewakan. Bagi yang nak healthy food atau ubah selera boleh try makan kat sini. Yong Taw Foo ni bukan yang macma kat pasar malam kita pilih sampai rambang mata pastue dia celur dan kita cicah dengan sambal dia kan. Yang ni versi ada kuah sup. Sambal/sos cicah pun ada.

Pilihan menu yang ada - memang tak banyak sebab restoran ni pun baru-baru bukak dan kata owner tu dia cuba nak memperkenalkan dulu kalau sambutan memberangsangkan menu ni akan bertambah dari semasa ke semasa. 

Awal-awal memang macam blur jugak. Macam mana nak order, nak pilih nak makan semua la. Then anak owner ni tolong terangkan. Ada certain dish yang kita kene order berdasarkan berapa pieces bukan pinggan macam dalam gambar ni die just tunjuk je. Mmm..paham x???

Tengok gambar ni mungkin korang dapat gambaran la kot kan. Ada harga dan juga pilihan beverages dan desserts. Agak pricey mungkin sebab 1 pcs tu RM1 tapi berbaloi sebab saiz makanan tu besar dan yang paling menarik semuanya dibuat sendiri oleh mereka. Ann sempat tanya dekat owner restoran ni , wife dia belajar resepi keluarga. 

Taufufa & soya cincau. TERBAIK! rasa soya yang pure, taufufa yang lembut. Soya buat sendiri ni.

Tauhu tu serius lembut giler, sedap je bila masuk mulut. Tauhu goreng pun sedap jugak.Sup pun sedap, siap mintak tambah lagi. Diorang akan hidangkan dalam mangkuk besar macam ni. Nanti kita cedokkan sendiri dalam mangkuk kecik yang disediakan untuk makan.

Dumpling ni pun SEDAP!Layan je makan.Ada inti ikan haruan (eh..yeke??lupe pulak owner tu ade mention katenye semua makanan berdasarkan ikan haruan kalau tak silap yea)

Sawi sepinggan. Ann kurang sikit , cik B la yang abiskan. Ada lagi 1 ayam goreng pun sedap jugak. Ayam tak tinggal eh.hehhe;p

Ann recommendedkan untuk korang try menjamu selera kat sini. Diorang actually nak mengetengahkan makanan cina ni cara HALAL. Mungkin ada yang suka tapi tak jumpa kedai yang berkonsepkan macam ni. Masa Ann pergi haritu ramai je orang.Orang Cina pun ada makan.

Lokasi/landmark Restoran Wangsa Uptown Yong Taw Foo. Betul-betul tepi jalan, masuk je kat Jalan Wangsa Delima 5 ni dah nampak.


4 comments:

mama tisya said...

pernh mkn gk yong tau foo camgini kt area wangsa maju & ampang tp ada pernah masuk paper ke tv, ckp tk halal so lps tu tk pegi dh mkn..wangsa delima kt belah mana ek

Ann said...

mama tisya : kan..yg ni melayu pny, mkn tanpa was2..hehe..wangsa delima dkt blkng NZ curry house wangsa maju ataupun opposite KFC/pizza hut tu..:)

msredcheesecake said...

da lama tak makan yong tau fo.... mengidam tetiba...sy suka dua2 dup and sos

Ann said...

msredcheesecake :haa..ngidam tu kene g cari cepat2 tu..heheh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah