CHERITERA KAMI...: Kenangan lama

Feb 5, 2014

Kenangan lama


Ingatkan nak up entry JJCM lagi tapi kita stop jap la eh. Teransang nafsu makan ni setiap kali view blog nampak gambar makanan sedap belaka;p

Haritu mengemas bilik versi Ops Bersih la kiranye habis segala laci, almari semua kasi geledah tapis segala barang mana nak buang ke simpan ke yang elok tak elok. Ann dok ngan family jadinya ruang kami hanya dalam bilik je.Barang kami berdua je dah penuh belum beranak-pinak lagi ni. Tue yang menggagahkan diri jugak la buat Ops Bersih ni.

Terjumpa 1 beg plastik penuh dengan surat-surat dan kad yang Ann dapat dari zaman sekolah rendah sampai universiti. Ann pun dah tak ingat masih simpan lagi benda-benda ni. Settle je mengemas terus layan segala macam yang ada dalam beg plastik tu. Ni kira mood #throwback atau #balingbelakang r ni

Seplastik bag kenangan-kenangan lama

Kad-kad raya dari kawan.Ada yang buat garis lagi nak menulis.Banyak jugak rupanya dapat kad raya dulu yang bagi byhand yang post. Ada kawan Ann sorang ni nama Azizah lepas dia pindah sekolah, rajin dia pos kad ke Ann tapi sekarang dah lost contact. Kalau ada sesiapa nama Azizah dulu dok area Taman Dato' Razali, Ampang sekarang tak tahu kat mana...roger2 la Ann yea. Rindu tau!

Ni paling klasik. Kad raya ada duit syiling siap tampal lagi.Ann pun pernah buat jugak bagi kt kawan macam ni.Korang pernah buat??Nampak tu pantun siap suruh sambung sendiri okey...Heheh.

Ni kad-kad ucapan birthday dan good luck.Macam bentuk ada. yang buat sendiri pun ada.

Ni buku telefon dengan yang gambar POOH tu buku ucapan dari kawan-kawan. Senyum sensorang baca ucapan macam-macam ada dalam tu. yang no.tel tu mesti banyak dah takde dalam perkhidamatan kan.Sekarang mana ada dah kot orang pkai no.tel rumah kan??

Pernah main SA(secret admire) tak kt sekolah dulu??Ni antara surat yang Ann dapat dari SA - SA sesama classmate dengan dormmate (junior & senior).Yang macam penanda buku hijau tu dari cik B lirik lagu beb. Ktorang dulu suka main tuju2 lagu.*wink*

 Ni masa Ann study kat MRSM Muar dulu. Kalau kawan-kawan dari MRSM lain boleh bagi kad camni tak yah pos.Nanti pihak sekolah akan arrangekan penghantaran. Yang jual kad ni pun student2 jugak.

Ok..siapa pernah ada kad nama ni dulu??Ann siap jadi member kot amik order dari kawan-kawan.Seronok tengok design dia ada macam-macam corak.

Senyum Dulu Baru Buka...Kalau kat envelope tu depan belakang penuh macam-macam nak tulis.Ke-punk-koo-one, flying without wing, easteamewear boowhat, car see summer, yang e-class, terbang mencari..dulu kita tak rasa perkataan ni merosakkan bahasa, rasa sweet ada la. Tapi sekarang bila keluar bahasa W itew, kitew, apew etc tu jadi menyampah pulak.


Ada jugak balas-balas surat dengan cikgu yang dah pindah sekolah, penpal pun ada. 2 3jam jugak la habis melayan all this.Baru tengok, baru intro baca dah gelak senyum sengeh sensorang. Kenangan-kenangan lama yang sangat berharga.Ann simpan semula semua ni tak buang pun. Sayang!

6 comments:

PUANSTOBERI said...

mmg bes ah bila terjumpa menda2 camni.
name card tu mmg rare. haha. rasa seme orang pun ada kot..kihkih

Wak Gelas said...

arkib tuu.,ehHee

Ann said...

PUANSTOBERI : kann..rpnye kecik2 dl kte dh ade biz kad dah..hihih..

Ann said...

Wak Gelas : letak dlm arkib kan..kenangan spjng zaman:)

myza said...

Mna kad2 dr aii pooh

Ann said...

myza : adeeeee...surat dr ko pun aku simpan weh..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah