CHERITERA KAMI...: Kedai sate di Kampung Jawa Melaka

Feb 27, 2014

Kedai sate di Kampung Jawa Melaka


Datang Melaka tak sah kalau tak Jalan-jalan Cari Makan. Mesti google kedai makan mana yang popular. One of dalam list ialah kedai sate di Kampung Jawa ni. Dibantu oleh waze akhirnye sampai jugak kami dalam pukul 12pm kt Kampung Jawa ni.Parking RM2. Disebabkan takde info exact location kedai sate ni, kami kene menapak dalam 5minit lebih kurang nak ke kedai sate ni. Tapi ok je jalan tepi sungai Melaka siang mungkin pemandangan tak berapa kalau malam mesti cantik lagi.

Cantik tengok mural bangunan tepi-tepi sungai ni. dan kawasan pun terjaga bersih.Bagus!

Mula-mula ingatkan salah jalan takut kang penat jalan tak jumpa kedai hampa pulak dah la tengah lapar tapi sebaik la tak jauh lepas tu dah nampak kedai yang di cari.Sebaik!

Keadaan kedai waktu tenghari pada hari Sabtu. Pack!

Nasib baik ada tempat kosong, kene kongsi dengan orang lain pun xpela. Kami berdua je pun. 

Kami order air laici dan sirap laici. Lepas 45minit baru dapat airnye itupun lepas beberapa kali gitau air tak dapat lagi dik. Akak dah tercekik makan rojak ni. Ok..sebaik ROJAK SEDAP!

Kuah rojak ini sangat sedap

Ann order Mee Goreng Mamak sebab yang sate tu 1230pm baru stat. Melayan perut yang dah berkeroncong tu order la mee ni. Budak yang amik order tu bgtau lambat sikit dalam 10minit camtu siap mee ni sebab order yang sebelum tu banyak. Sekali bukan 10minit tunggu mau dekat 30minit jugak tunggu meenye tak kunjung tiba.Sabau je la.

Nak order sate ni boleh la mintak campur atau ikut kita nak makan sate ape dan banyak mana. Kalau order sate campur, nnti die bagi sepinggan tu ada sate ayam, daging, hati, perut & kerang. Sepinggan tu ada la dalam 20cucuk. Nanti diorang akan kira berapa cucuk yang korang makan sahaja. So, kalau tak larat nak habiskan 20cucuk tu pun takpe takyah nak rasa bersalah membazir bagai. Kami makan 17cucuk.
Komen Ann untuk sate ni KURENG la..kuah die tak kaw..sate tu pun tak berapa.

Hanya ROJAK je la yang berjaya menambat hati kami. Tapi serius ramai giler orang datang. Kalau teringin nak cuba makan kat sini better datang kul12 sebab lepas tu memang orang dah stat ramai. Sampai menunggu tempat duduk memasing. Ada tu balik terus sebab lama tunggu.Hohoho.Mungkin tak kene dengan citarasa kami so lain orang lain la seleranye kan. Korang kene try dan nilai sendiri.Total makanan semua RM25.90.

Syarikat Berjaya ni betul-betul berdepan dengan kedai line clear ni. Boleh la key-in address tu dlm waze ke gps ke. Kalau nasib baik, dapat la parking free kat depan kedai ni.Jalan tu one way tau.

Restoran Line Clear Kampung Jawa Melaka. ingat penang je ke ade line clear.Hohoh.

Panas terik, sebaik kedai ni kipas banyak sedap berangin. Kalau tak terik ni, dah ajak cik B amik gambar kt Jambatan Kampung Jawa tu.

Itu ialah Wana Riverside Hotel

Berjaya juga sampai di Kampung Jawa


#Mana lagi tempat makan best kt Melaka yea??


7 comments:

msredcheesecake said...

tatau pun sg melaka ada naik2 sampan tu...

tetiba ngidam sate

Ann said...

msredcheesecake : tula river cruise melaka..

boleh tgk kt entry Ann yg ni
http://cheriterazanyra.blogspot.com/2012/04/melaka-2nd-day-menyusuri-sungai-melaka.html

Zura Lee said...

kalu sebut melaka, trus menjejes liur teringat kesedapan coconut shake klebang tuh..walla !!!!

Ann said...

Zura Lee : haa..coconut tu xleh miss tp haritu kami tak singgah..hahah

myza said...

Mak ai mguji kesabaran btul la nk mkn sini ek..dgn ko.xabes2 tulis pkataan "sebaik" byk kali daaa dlmm entry ni haha..larrik

Ann said...

myza : aku tau...nk menunjukkan nasib baik tu nasib baik..errkk..hahaha..

mazlan said...

owh lama tak pegi melaka nie..nak kena plan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah