CHERITERA KAMI...: Garden Suite Swan Garden Hotel Melaka

Feb 26, 2014

Garden Suite Swan Garden Hotel Melaka


Kisah percutian kami 2H1M ni pun plannye dalam 2minggu camtu sebelum tarikh nak pergi.Asalnye nak ke tempat lain tapi dah penuh, lepastu book pulak tempat lain. Sekali Ann tertengok pulak email dari MyDeal sebab Ann subscribe.

Macam best je promo ni. Tang bathtub tu yang menggoda.Hotel takde pool iols tak kisah, tapi ada bathtub tu yg kisah.

Terus share link ni dekat cik b, dan-dan tu die pun sama tergoda. Sebelum purchase , call dulu hotel ada room available tak tarikh kami nak pergi tu. Confirm ada, terus beli dan cancel kan booking hotel yang awal tadi tu.Ngeh3. Belum settle lagi sebab kitaorang nak bilik ada bathtub.Harga RM160 tu untuk Deluxe Room yang biasa je, yang ada bathtub room type Garden Suite ke atas sahaja. Lepastu nak ada courtyard juga. Demand!!Eh..mesti sebab kali ni nak cuti santai je kurangkan berjalan 1malam je pun kan. So kene makesure tempat tu sangat menyelesakan.


Agoda rate untuk tarikh yang sama. Still murah lagi offer dari MyDeal tu.

Tiba hari yang ditunggu.Excited gaya macam lama benau tak pergi cuti. Kitaorang sampai di hotel dalam pukul 2ptg.Saja cuba luck kalau dapat check in awal tapi tak boleh sebab bilik belum ready katenye. Ok la pasghah malas nak keluar balik layan jiwa la dok kat lobby tu.

Lobby area..Sebelah kanan tu cafeteria. breakfast kat situ la nnti.

Reception counter..Swan di mana-mana

Kawasan parking yang banyak cuma dapat parking lot yang panas ke tak je la. Melaka sangat panas haritu.

Pukul 3.05petang baru kitaorang boleh check in.

Kitaorang pilih Balinese room type so Balinese floor ni di tingkat 3. Ada 3 lagi room concept dia - Malay Traditional, Baba Nyonya & British India. Semua di tingkat yang berlainan.Boleh request ikut citarasa masing-masing upon availability.

Welcome to Garden Suite with courtyard Balinese concept. 1 king bed yang selesa + banyak bantal. Bed lamp sebelah ada, sebelah dah terbakar bulbnye. Petals kat atas katil tu Ann yang tabur sendiri. Kali ni kita DIY sendiri la mood honeymoon kita yea;)

Cermin sangat banyak dalam bilik ni. Tak payah nak berebut-rebut. Tea/coffee making facilities. Dalam cabinet tu ada mini fridge ( tapi ada 2 cup air guest sebelum ni punya rasanye housekeeper tak buangkan).

The bathroom. Unik kan sink dia tapi batang paip tu dah longgar.

Ini la yang menggoda haritu.Bathtub and separate shower room.

Comel courtyard tapi mengecewakan sebab berhabuk. Berhabuk yang macam dah lama tak kemas. Lagi spoilkan mood tapi tahan je la taknak rosakkan mood cuti.

Seaview dari courtyard bilik kami. Nampak tanah kosong depan tu??Lagi 2tahun naik Swan Residences pulak kat situ. Makin berkembang pesat la kawasan ni. Nampak atap2 depan courtyard tu?Tu shop lot yang ada sebelah hotel ni.

Tv channel banyak juga. Bulb lampu kat meja tu terbakar juga 1. Powe plug ada 2 je - tak banyak. Sebaik cik b bawak extension wayar dah la plugnye dekat meja tu je. Tepi katil takdop pun. Dalam wardrobe tu ada safetybox dan iron board. Ironnye takde, tak tau samada lupa nak letak atau by request tapi Ann mintak haritu.

Dalam ada yang tak kene tu , sbaik la keadaan ni buat sejukkan hati. Menaikkan mood romantic gitu kan. See thru la sambil mandi berendam boleh main cak2;p

Ni pun DIY sendiri.main tabur-tabur janji hado mandi bunga tu naik seri.Hhehehe.Syok berendam ni.

Banyak dah gambar ni, kita sambung next entry pulak:)

6 comments:

CikLily Putih said...

cam best je hotel ni. siap bawak bunga2 sendiri bagai

Ann said...

CikLily Putih : jimat namenye tu..heheh

Myra Jay said...

Cantik!!
Barulah 'menaikkan' suasana romantis hanimun :D

Ann said...

Myra Jay : baru la syok..;)

myza said...

Ala byknya spoil..berbaloi x dgn hrga nya pooh?

Ann said...

myza : harga tetap berbaloi..xmcm boutique hotel pun mcm hotel presentation blk die

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah