CHERITERA KAMI...: Felda Residence Hot Spring Sungkai

Feb 10, 2014

Felda Residence Hot Spring Sungkai

Cuti CNY yang lepas mesti ramai yang pergi bercuti kan??Tak kisah la kalau kene ngadap jem pun, time cuti panjang la kene manfaatkan masa sepenuhnya.Yea dak??Minggu cuti tu kami pulang ke Perak, meet in law. Semua adik-bradik hasben berkumpul.Meriah la.Yang bestnya ada plan untuk ke kolam air panas.Ann memang lama teringin nak pergi kolam air panas lagi-lagi kat Sg.Klah tu.Macam menarik je tempatnya. So, kami decide pergi hari Sabtu pukul 830pagi bertolak dari rumah.lebih kurang pukul 10pagi sampai di sana. Kami ikut jalan dalam sebab rumah in law dekat Hutan Melintang, Perak. Dari simpang masuk yang tulis Felda residence tu nak ke Hot Springs ni ada dalam 7km lagi untuk sampai.So, nnti akan lalu kawasan sawit dan juga kampung-kampung.Follow je sign board:)

 Keadaan kawasan parking pukul 10pagi. Dinasihatkan pada yang nak pergi balik hari ke sini datang seawal yang boleh yea.Kalau tak, jauh la parking nak menapak bawak segala barang.

Berkelah di tepi ladang sawit. Sebaik abang jaga parking tu inform awal-awal, makan dulu kalau ada bawak makanan sebab dekat entrance masuk nanti memang staff akan cek betul-betul bag semua, strictly no outside food allow.

Sesambil mereka makan, kami pergi beli tiket siap-siap.Kang 1 hal pulak nak beratur reramai nanti.

Harga tiket. Agak crowded dekat kaunter ni sebab dekat sini la beratur nak beli tiket dan juga entrance nak masuk ke hot springs yang diorang akan cek tiket dan bag semua. 

Waktu operasi. Isnin hingga Khamis (8 pagi - 6 petang ) manakala Jumaat, Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah ( 8 pagi - 8 malam ) . 

Kami 21 orang kesemuanya. C- Children, S- Senior Citizen & A - Adult.

Boleh pilih nak naik train untuk ke hot springs atau jalan kaki sambil excersice dan melihat kehijauan gitu. Tak jauh pun dari tempat tiket ke kawasan rekreasi dalam 2-3minit.


Ni petunjuk susun atur dalam taman rekreasi air panas ni. Semua kemudahan lengkap - surau, toilet, kafeteria. Petunjuk ni pun membantu untuk korang plan mana tempat nak bentang tikar dan letak barang korang. Kawasan boleh tahan besar jugak ni.

Mountain springs pool - kolam air dari sumber air bukit. Tak panas. Ni keadaan pukul11pagi masih ok lagi masuk tenghari memang pack.Ann tak bawak baju mandi pun just nak rendam-rendam kaki je.

Ni la kolam air panas yang best untuk rendam kaki. Kalau tengokkan memang ada banyak lagi kolam air panas yang lain tapi Ann suka layan kat sini. Suhu air 42- 50 darjah celcius. Memula masukkan kaki memang tak tahan tapi lama-lama ok dah.Rendam kaki sampai betis pun boleh.Heheh.Mak mertua la paling suka. Kebal woo kulit mak relax je mak celup kaki boleh p duduk atas batu kat tengah kolam tu lagi.

Sebelah kolam air panas tu ada tempat merebus telur ni. Hati-hati jangan tersalah step ada yang termasuk dalam tempat ni pulak. Ada diberikan anggaran masa untuk merebus telur nak yang suku , separuh atau masak sepenuhnya.

Ada dijual telur berserta kicap berhampiran dengan tempat merebus telur tadi. 6pcs RM5. 

Taman terapi air panas. Ada batu-batu tajam kat tepi laluan kolam tu. Ann try jalan ok la sebab batu die kecik-kecik yang tajam ada bila dah dekat hujung-hujung. 

Kolam yang berbumbung tu boleh berendam badan sekali. Memang penuh tu. Kalau nak berendam kat situ better datang awal. Tapi jangan la conquer lelama, kasi can la kat orang lain jugak nak merasa berendam kan.

Hot springs pool - kolam mata air panas. Tak panas pun actually, suam-suam je. Budak-budak ramai mandi kat sini.

Kafeteria menjual macam-macam makanan dan minuman. Ada juga gerai-gerai yang lain jual pelbagai makanan. Menu hot haritu Maggi Cup kari. Berebut anak-anak buah makan, lapar memasing lepas mandi manda kan.

Ni keadaan mountain springs pool sebelum kami balik pukul 1tengahari. Penuh!lagi petang lagi ramai orang datang.

Singgah kejap kat fountain ni . Air dia memang betul-betul panas tak perasan pulak berapa degree suhunya. tapi kalau buat mandi ni confirm bakteria semua mati.Hohoho.

Location map sebagai rujukan dan gambaran untuk korang imaginekan keluasan dan struktur kedudukan dalam kawasan Felda Reseidence Hot Springs Sg.Klah ni. 

Tips :
1. Outside food strictly not allow. So, makan siap2 sebelum datang atau sediakan duit yang cukup untuk beli makanan dalam tu. Sure lapar giler bila berendam lagi-lagi kat kolam air panas tu.
2. Awasi anak-anak kecil anda lagi-lagi hujung minggu cuti umum memang ramai orang, sesak tempat tu. Ann terjumpa 2 3 orang budak yang melilau cari family/parents diorang.Kesian. Mak ayah teruja jumpa air panas sampai tak perasan anak-anak tercicir.
3. Datang seawal yang boleh untuk mengelakkan kesesakan. Kalau datang dari jauh better stay kat chalet/villa yang disediakan.

For sure akan datang lagi, nak bawak family Ann pulak la ke sini, try stay kat situ pulak . Cam best je tengok:)

5 comments:

Weena said...

Macam best jer tempat nie ann.... :)

Ann said...

Weena : best dan utk kesihatan jugak kan..try la pergi nnti:)

myza said...

Wah syokk..kalau kt bidong ni kolam air panas dia lain sikit.ada chalet gak dlm..lama.dh x pg ..tp yg ni mcm.lg.menarik je siap rebus telor kicapppp peeghh

Mrs. Oya said...

hi ANN!best kan ann! OYA baru2 weekend ni pergi sana, even time hujan tapi anak2 puas hati. cuma kami tak masuk dari main entrance. kami masuk dari kawasan resort kot(xpasti) sebab attend family day kat sana. tapi kalau price macam tu, reasonable kan. berbaloi rasa!

hapizah mohd yusof said...

blh bw makanan masuk ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah