CHERITERA KAMI...: Breadties Taman Melawati

Feb 13, 2014

Breadties Taman Melawati


Kunjungan kali kedua setelah hampir 2tahun kot tak pergi. Eh, yeke 2 tahun.Ke ada pergi tapi tak ingat??Tula faedahnya amik gambar tiap kami pergi somewhere supaya kita ada reference.Betul x??Tak kisah la orang nak cakap selfie ke mental disorder ke ape. Kuang kuang kuang.

Melalut sudah. Kita anggap la ni kunjungan kali kedua. Kali pertama boleh refer entry Ini. Masih tidak menghampakan kami , environment masih seperti dulu. Santai je. Makanan masih sedap jugak tapi stil Ann tak merasa lagi dessert dia sebab dah kekenyangan melantak Peri peri chicken & Mocha Blended.

Peri-Peri Chicken + Mashed Potato + Sayur mayur . Rasa macam ala Nandos pun ada tapi sedap la kuah dia nak ke percik ade ckit. Ni kira makanan sihat ke tak eh??Hahha;p

Spaghetti Oglio Olio pilihan cik B..asalnya pilih lain tapi takde so, amik yang ni. Sedap! Ann 2 kali masak Oglio Olio yang tak berapa terliur sangat tapi abis la jugak semangkuk besau tu. Mungkin mereka nak sedapkan hati saya. Haishhh fail betul part nak buh garam. takut tengok garam tu nak bebanyak. Takpe, kita ikut pesanan doktor..Kurangkan garam dalam  makanan!;)

Mocha Blended & Soya Bean

Dah lama dah masuk JJCM. 1 hari nnti saya pasti akan cuba dessert anda pulak.Ngee..

Pada yang mencari tempat makan Western yang sedap, boleh la try sini. Nice place, nice food!

Landmark - sederet dengan Damai Specialist Hospital Taman Melawati. Breadties di hujung sekali. Mesti korang jumpa punye lah. Parking pun takde masalah. Seluas-luasnya tempat parking.

Oh..ada 1 yang lainnye. Diorang tak datang ke meja kita untuk amik order. Kene pergi ke kaunter, order dan bayar. 

Ni pun lagi 1 yang bezanye. Jangan comparekan saya sekarang dengan gambar 2tahun lepas itu. Jeles tengok.Hahaha.Jeles dengan diri sendiri.Pfttttt~

3 comments:

hazman fadzil said...

owwhh...dah pernah masuk JJCM rupanya... boleh la singgah kalau pergi area shah alam nanti....

Ann said...

hazman fadzil : aah..lepas tgk yg kt JJCM tu la baru tau breadties ni..

suhaili mohd isa said...

Semalam sue pegi..not bad jugak food dia. Tapi selection of desserts tak banyak.huhuhuhu. Jemput singgah blog sue www.suerizal.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah