CHERITERA KAMI...: Uptown Kota Damansara

Jan 30, 2014

Uptown Kota Damansara


Nak mencari baju/casing untuk tab sampai ke uptown kota damansara nak pergi. tapi tak jumpa pun yang berkenan di hati.Just jalan-jalan cuci mata saja. Uptown kat sini lagi tersusun dari Uptwon Danau Kota tapi Uptown Danau Kota lagi meriah sebab banyakkkk kedai sampai pening nak lalu belah mana nak jalan kat belah mana dulu.Tak caya?Try la pergi Uptown Danau Kota tu.Ann dah terjebak dengan baju kelawar debomm kt sane.Eh..dah terlajak topik ni.

Nampak tersusun kan?Ada kedai yang dalam shoplot ada kedai dalam canvas tu. 

Yang bestnye kat sini, parking senang.Sebab kawasan area situ tak crowded memalam.

Sila bertabah la kalau bawak anak-anak.Ni kalau tak dapat ni, confirm ada yang meraung.Macam-macam mainan ada. Nak yang terbang ke tak terbang ke.

Teddy bear segala macam size ada.Lembut tau bulus dia.Dah abis dah zaman Ann gila dengan teddy bear. Time muda mudi dulu pantang nampak kedai jual teddy bear, macam histeria jadinye;p

Ni tempat makan dalam uptown ni. Masa ni semua tengah ngadap Maharaja Lawak Mega.

Kabur lak gambar yang ni.Kedai jual baju branded tapi reject punya. Lawa-lawa lagi.Masuk-masuk je uptown akan jumpa kedai ni , ramai orang ni. Abang-abang yang jaga tu pun ramah tamah belaka.

Direction nak ke sini??Mmm..kitaorang pun memula sesat juga.Guna waze pun sampai ke mana dia bawa. Korang search Kompleks Muhibbah Kota Damansara. InsyaAllah sampai:)

#Nanti nak g usha uptown Cheras lak..Ada yang pernah pergi x??

2 comments:

myza said...

Syokla dia cik abg ada keja bjalan malam ja g uptown kikiki

Makan angin penenang fikiran said...

myza:kann..ade je kaki nak melangkah...heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah