CHERITERA KAMI...: Serai di Empire Subang Jaya

Jan 7, 2014

Serai di Empire Subang Jaya


Ni sebab terpengaruh sangat dengan post kawan-kawan kt FB dok pergi Serai ni. Bukan serai buat masak tu, ni tempat makan yang sedap katenye. Mestila nak cuba. Bila ada jmp tempat yang macam best je, terus share kt cik B. Tinggal nak uruskan jadual ke tempat-tempat tu je la pulak. Selalu bila tak tau nak pergi mana, kita refer balik list yang di buat. List tu buat dalam kepala je, tu yang bila nak recall terus macam hang.Hahaha.

Ok..Here we go Serai di Empire Subang Jaya. Empire pun fisrt time jejak. Kire 2 in 1 la ni. Besar jugak mall nye. Ada Charles & Keith,Popular..mmm..tue je yang ingat.Nampak la tujuannye adalah untuk datang makan je kan..kan..Penuh woo dalam restaurant ni.Tak besar mana sebab dia memanjang. Tapi still selesa, bersih dan terbaik dan sedap. Belum share gambar makan dah cakap sedap ek, sebab memang sedap pun!Tu yang ramai orang datang keluar masuk, melayu, cina, india dan lain-lain juga ada.Servis pun cepat.Haa..kemain puji sangat kan;)



Serai ni mengetengahkan menu Asian & Western. Pastri, cake2 semua ada. Nampak sangat menyelerakan tapi kami tak sempat order sebab kenyang bangat. Takde order western pun, layan nasi 2 orang ni. Dah la portion besar, sedap lak tu.

Nasi Ulam Serai..sodappp!

Serai Platter...tepi tu daging rendang, acar, ayam rempah dengan lupa ape lagi 1 tu.Sodappp!

Sirap bandung yummy

Memang puas hati makan sini, tersandar kekenyangan dan kesedapan.

Outlet Serai ada di Empire Subang Jaya, Shaftsbury Cyberjaya, Life Centre KL & Paradigm Mall. Boleh tengok di Sini untuk info lanjut.

Nanti nak pergi kat Cyberjaya pulak la.Kemain jauh nak makan kan;p

Selamat menjamu selera;)

3 comments:

Falsya said...

Weekend lps gie paradigm ade nmpk restoran serai nie..tp time tuh tgh makan kat kedai lain..kalau x mmg nak try..adehhh sedap nyeah..harus gie try nie..

Ann@zanyra said...

falsya : kene try sya...sodap!

Papa-NtiQ said...

Hi....cakap pasal restoren serai ni saya baru je upload gambar2 masa pegi sini baru2 ni di www.blogmakanbest.blogspot.com
Memang best makan sini. Senang2 tu singgah la yer blog saya topik pasal makan je 100% hehe...dan nanti jangan lupa follow yer TQ TQ TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah