CHERITERA KAMI...: Fried & Roll Icecream

Jan 29, 2014

Fried & Roll Icecream


Cerita beberapa minggu yang lepas, cik B 2 3 haritu dok mengidam nak makan steambot.Bukan steambot  macam Johnys tu ni steambot yang cucuk-cucuk celup-celup tu. Sedih betul Shaikh Steambot dah xde dah. Tak tau mana port baru.Sedap tu kuah die.OK back to the story, kami pun pergi la uptown Danau Kota tu. Memang kat situ berlambak kan jual steambot sampai tak tau nak pilih kedai yang mana.

Bagi can la orang ngidam pilih. Ann tumpang makan je.Hihi..Ni kes ngidam sesaje yea takde ape2 pun;p

Kebetulan pulak nampak kedai sebelah ni jual Fried & Roll Icecream.Haa..ape kebende tu.Dok ralit la jugak tengok brother yang jual tu buatnye. Last-last tak leh tahan, try la beli.

Mula-mula perati dari jauh je.Cam menarik je, cam nak try je kan.

Cara-cara nak order..Memula pilih nak perisa ape. Haritu Ann pilih dragon fruit.

Lepastu dia campurkan dengan mmm macam susu vanilla kalau tak silap.Lupa pulak nak tanya sebab dok ralit tengok die buat.Heheh..

Diratakan pulak campuran tadi.Bagi die sejuk/keras.

Lepastu rollkan macam dalam gambar ni.Dapatla 4 roll ke semuanya.

Pilihan topping yang ada.Boleh pilih 2 jenis.

Tadaaaa....dah siap!Fried & Roll Icecream Dragon Fruit.Rasa??Sedap macam icecream.Rasa lebih asli la kot.

Sesiapa yang pergi uptown Danau Kota tu boleh la try sini.Sekali sekala cuba sesuatu yang lain sambil support biz orang Melayu kita:)

7 comments:

mama tisya said...

1st time tgk fried roll eskrem..mcm menarik je.

Ann said...

mama tisya : tuela kami pun 1st time jugak..boleh try la nnti mamatisya:)

myza said...

Uish menarik sgt ni..teringin nk rasa

Ann said...

myza : mai la sini, aku blnje:)

Danny Hong said...

tumpang, buka tiap2 hari?

Ann said...

Danny Hong : kalau tak silap, hari2 bukak:)

Putra Azwan said...

Thanks pd penulis blog yg promot ace cream kami...fried and roll's ace cream...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah