CHERITERA KAMI...: October 2013

Oct 31, 2013

Sabah : Perjalanan Bermula


Dari entry wordless yg INI (kalau ada yang baca la;p) mesti dh tau ke mana kami bulan lepas.
Flight tiket dibeli masa promo AA few months before. Excited!!lagi dekat nak pergi lagi la dok berangan gitu gini. Lagi2 cuti sempena celebrate anniversary, mau tak excited, kan..

Pada mulenya purchase tiket 25/9 tapi big bos cakap tak cukup pergi 4 hari je, ok..kte awalkan lagi sehari.Gigih la beli tiket baru. Bertolak la kami suami isteri pada 24/9/2013 flight 12.45pm. Selamat tiba di airport KK jam 3.20pm . Nasib baik ada kawan kt sana dan kebetulan dia ada buat kereta sewa. Siapa nak detail, email N ye or N akan cerita dalam entry lain yg xtau bile;p

Gedebak gedebuk hantar p bawak member tu singgah ofc thumb print g giant jap beli barang pastue hantar member balik rumah die then perjalanan kami bermula ke destinasi pada pukul 5pm.

Nampak dari kejauhan..Masih samar-samar

Dalam hati..cepatla sampai

Jauh lagi perjalanan. Jam menunjukkan pukul 6pm. Hari pun semakin gelap.

Pandangan di sisi yang lain. Matahari nak terbenam.

SubhanaAllah...

Perjalanan yang agak mencabar agak berliku-liku turun dan naik macam nak ke Cameron Highlands, aircond takperlu On, bukak tingkap dah rasai sendiri kedinginan cuaca sepanjangan perjalanan dan juga keindahan pemandangan yang tesergam di depan mata. SubhanaAllah...Allahuakbar...

Selamat sampai di Pekan Kundasang jam 8 malam. Perut dah minta diisi tapi tak sabar nak sampai hotel cepat-cepat. Kita sambung next entry yea.

Oct 29, 2013

Jalan-jalan Cari Makan di Johor Bahru


Restoran Anjung Warisan

Ni zaman belajar dulu pernah la 2 3 kali jejakkan kai di sini. Time ada duit lebih boleh la, time xde makan je kt cafe kolej sane diam-diam. Yang menariknye kat sini sebab ada persembahan angklung dan kitaorang panggil "makan atas pokok". Sambil makan sambil teka lagu.Best! Dari segi makanan - ok la. Takdela xde rasa, xdela sedap sangat.Servis cepat.

Tempat parking dah improve dari yg dulu . Kalau dulu paring tepi2 jalan je, sekarang dah ade kawasan parking yang lebih selesa kt sebelah restoran. Masa nak balik ada jiran2 dekat tu maik bunga api, banyak lak tu. Dah macam sambut new year pulak.

Harapnya pihak restoran dapat maintainkan dan klu boleh upgrade kan mana yg ptt. Sebab ade certain port especially yg belah atas tu agk kurang sikit terjaga.



Lapar sungguh ni;p

Alamat : JKR296, Jalan Petri Kampung Terom, Johor Bahru (07-222 1099)


Restoran ZZ Sup Tulang

Restoran ni pernah jugak pergi masa belajar dulu sekali 2 kot sebab sup dia sedap. Memang ramai orang. Terletak di awal jalan yang sama dengan restoran anjung warisan tadi. Tempat parking ada tapi bila dah makin malam makin ramai orang, agak crowded jugak. Tempat duduk pun limited dan macam tak berapa sistematik.

Agak kecewa sebab makanan lambat sampai, masa nak order pun dok mencari staffnye. Merosakkan mood, gambar pun malas2 je nak ambil.Positive thinking - mungkin staff ramai cuti hari tu sebab dh nak raya haji kot.Positif!:)


Sup campur - Sedap. Daging lembut!

Nasi goreng tak ingat ape namenye. Ok la.

N order Chicken chop tak amik pun gambar. Ok jugak la. So far makanannye ok, cuma servis je KO.Staff tu ada cakap sori masa hantar makanan tu. Bagus la di situ kira sedar kan salahnye.Huhuh.


Oct 28, 2013

Bolehlah ambil tempahan header


Mood Monday Blues hari ni terhasilnye header blog yang baru di Cheritera Kami ini. 


Amacam?Ok x??Cantikkkk xx??Sila anggukkan kepala yea.Hahaha. Bangga abis la ni dapat buat header gini.Nak tukar layout blog macam syg pulak sebab mcm dh tersuke dah dengan yang sedia ada ni. Tengok la nanti2 camne.

So, ada siapa2 nak N buatkan header korang ke??;p

Oct 23, 2013

Taman Negara Tanjung Piai

Tak sah kalau turun Jb tak g jalan-jalan kan. Ada je tempat nak pergi. nnti tak tau bile pulak ade kesempatan nak ke sane. So, kami decide nak ke Taman Negara Tanjung Piai. Masa study kt UTM dulu tak tau pun pasal tempat ni, tengok kawan upload gambar kt fb baru tahu kewujudannye. 

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan di Malaysia kerana  terletak di bahagian paling selatan dalam benua Asia dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor.(info dari Wikipedia)

Dari Jb ke Tanjung Piai makan masa hampir 2jam. Mengharapkan hari tak hujan dan cuaca elok. Alhamdulillah. Tiket masuk RM5 seorang. Sebelum masuk tu hati-hati dengan sebarang makanan yang dibawa sebab cik monyet sedang memerhati. Kang tak pasal2 ada kene sambar.Beware jugak untuk anak2 kecil yeah.

Kawasan parking yang luas. Banyak lagi kenderaan masa kami sampai pukul 4petang.

Kaunter tiket RM5 seorang

Sebelum masuk, jangan lupa ambil gambar dekat mercu tanda ini. Bentuk yang terukir pada mercu tanda itu ialah tumbuhan bernama Paku Piai yang banyak tumbuh di kawan bakau ini. Dari situ la datangnya nama Tanjung Piai.

Sila patuhi segala larangan dan peraturan yang ditetapkan. 

Siap bawak payung lagi takut hujan. Jom la kita mulakan perjalanan.

Anak-anak pokok bakau. Panjangkan akar pokok bakau ni. Slalu nampak yang dah tenggelam dalam air tu je.

Go Green!laluan pejalan kaki.Takde yang berlubang atau patah tapi still ke hati2 dalam pergerakan. yang bawa anak-anak kecil kene kawal betul2 silap langkah takut ade yang termasuk selut pulak sebab di awal2 laluan ni hanya tali sahaja sebagai pemegang.

Dah hampir2 penghujung baru la ada pemegang kayu. 

Ada certain kawasan dibuat pelantar untuk kita tengok dengan lebih dekat kawasan tersebut. Salah satunya macam kawasan siput berongan ni.Nampak tak siput yg berselut2 tepi tu??Banyakkkk!!Baby ketam pun ada.Tapi hati-hati jangan tersalah step masuk dalam selut pulak. Hahha.Nampak kan banyak benau hati-hati dalam ni.I is cuak ok.;p



Akhirnye nampak laut. Seronok lepak sini sebab berangin. Di sana tuela Singapore.Boleh lambai-lambai tangan yea.

Tapi tapi tapi ni belum penghujungnya lagi, ni pelantar untuk memancing. Moh kte ke tempat yang sebetulnya.

Lagi 87m

Tadaaa...tahniah!tahniah!anda telah berjaya sampai ke penghujung selatan asia.15minit jugak untuk sampai ke sini dari kaunter masuk.

Air tengah pasang tu yang sampai melimpah2 ke laluan pejalan kaki tu.Cuak jugak la..tapi sebab ramai je orang time ni.Lega bila dah sampai.;p

Ada lagi satu pelantar memancing tapi di tutup sebab laluannya roboh masih dalam pembaikan.Rugi la tak dapat pergi.Lawa jugak port situ.


Tahniah lagi sekali!!ada kawan cakap dulu siap dapat sijil lagi tapi sekarang xde dah.Mungkin sebab dah ramai kan.Mungkinnn...Apapun bangga la kat Malaysia ada tempat pelancongan macam ni. Sesiapa yang tak tahu nak jalan ke mana di Johor tu, boleh cuba datang ke sini Taman Negara Tanjung Piai. 

Oct 18, 2013

Tanjung Emas , Muar

3bulan tak update blog, nak letak tajuk pun kene amik masa. Type type padam . Type balik padam close terus.Hahha. 

Hye korang...ada yang rindu kt kami ke??2 entry sebelum ni pos pendek2 je kan, lame sungguh tak cerita melalut kat sini. Hari-hari dah pasang niat nak update blog nak update blog tapiiiii....Sori pada yang ada bukak blog ni tapi takde cerita yang menarik. Ada yang rindu kat N x?Kiki.Banyak sangat nak di kongsi. EH..Sebelum terlupa..SALAM AIDILADHA semua!

                                                       ****************

Weekend baru ni N ke JB dan otw tu singgah di Muar. Memang tak pernah terpikir nak singgah sini, thanks to cik B sebab ajak. Sangat mengimbau kenangan di sini sebab tempat pertama N belajar duduk asrama dan berdikari.Tapi main pointnye, orang tu nak cari Mee Bandung Muar. Berulang-alik ktorg cari tempatnye, sbaik jumpa dan memang puas hati.

Bandar Maharani...11 tahun tak jejakkan kaki. Kereta dah banyak, dah makin maju la.

Ini la yang di cari..Medan Selera Tanjung Emas, Muar.

Direction nak ke sini just follow sign nak ke Dataran Tanjung Emas. Sila besarkan mata dan alert sebab signnye comel sahaja. Nak senang, GPS kan adooo;)

Eh..laju benau makcik tu jalan kan.haha.Lapo weh pusing2 mencari tempat ni. Terus pergi kat kedai yang ramai orang. Yang ramai tu mesti la sedap, yea dak??

Gerai No.9..Tengok la gambar2 tu , orang2 VIP datang dari tahun 1930 lagi resepi turun temurun ni.

Gerai No.8...Nak rasa jugak asam podeh Muo nak camne kan.Power ke x power. Tapi ada ikan je semua. Kalau dapat daging, terangkat jugak. Kat gerai ni ade asam pedas telur ikan sebab tu N pilih gerai ni. Gerai No.10 pun ada jugak asam pedas ramai jugak orang tapi takde telur ikan.Hehe.

Tada...Lunch kami - Mee Bandung Special & Asam pedas Ikan pari dan telur ikan beserta Lai chi kang dan ABC.Blrppp...Alhamdulillah.Sedap semuanye. Mee bandung tu tak rasa pekat dan kuat udang keringnye. Sesedap rasa. 

Kalau datang sini, singgah la ke gerai No.8, 9 dan 10 yea:)

Dan kenyang perut kita jalan-jalan amik angin excersice sikit kasi bakar lemak tepu tu.Kui3. Sebab berdepan dengan medan selera ni ada taman. Kebetulan cuaca pun cantik redup.

Itu ialah Sungai Muar

Itu ialah bandar Muar pandangan dari Dataran Tanjung Emas.

Singgah solat di masjid berdekatan - Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Unik senibina dia. Info dari google masjid ini siap didirikan sekitar tahun 1927M dan telah dirasmikan pada 1930M oleh Tengku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ketika itu menggantikan bangunan kayu yang dibina pada 1880an. Masjid ini menonjolkan gabungan pengaruh seni bina barat dan timur.

Tiang-tiang roman klasik

Tempat wudhu lelaki


Oct 7, 2013

Kami 3 tahun


Septtnye gambar ni keluar dl baru la dejavu haritu.Heheh.Dh 2minggu berlalu tapi kemanisannye masih terasa.Kalau la masa dapat dilambatkan;)




Alhamdulillah..tahun ke 3 kami bersama. kejap sungguh masa berlalu. rasa macam baru2 je majlis gitu.

Semoga Dia limpahkan kami dengan cinta, kasih sayang dan rezeki  dan juga iman serta takwa yang kuat.
Amin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah