CHERITERA KAMI...: August 2013

Aug 6, 2013

SALAM AIDILFITRI


Mohon Ampun dan Maaf jika ada salah dan silap dari N selama kita berblog ni.

Berhati-hati ketika memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi dan menyambut Syawal ini dengan gembira di samping keluarga tercinta.


Family Day - Perbelanjaan & Detail Langkawi


Entry ni N sharekan detail-detail sepanjang 3hari 2malam kami sekeluarga seramai 18org bercuti ke Langkawi.

Untuk tiket N purchase masa promos Air Asia bulan 9 xsilap. Harga tiket return sorang RM101.00.

Charter van dari rumah ke LCCT boleh view Facebook Big Tree Travel & Tours atau web Big Tree Travel & Tours. Ada email dan no contact di situ. Service bagus!

Kami menggunakan Urvan sepanjang berada di Langkawi. Sangat selesa, bersih dan masih baru lagi van tu. Ngam2 untuk ktorg 18orang. Siapa yang nak dapat no. contact, boleh email N di cantik_menawan25@yahoo.com yea.

Untuk chalet N ada sharekan di entry Dawn Chalet & Homestay Langkawi.

N suggestkan untuk Like & Follow facebook Panorama Langkawi Cable Car . Senang untuk dapatkan update terkini dari mereka kalau ada hari2 yg under maintenance ke waktu operasi ke sebab depends on cuaca kan.

Untuk Mangrove Tour boleh tgk di entry Mangrove Tour Langkawi.

Phewww..tamat sudah cerita Langkawi. Harap2 dapat membantu kawan2 semua. Had a great holiday there!!

If ada nak bertanya ape, just email N eh cantik_menawan25@yahoo.com;)


Aug 5, 2013

Family Day - Shopping di Langkawi


Disebabkan masa yang singkat dan jadual yg agak padat, aktiviti shopping ni memang kene selit menyelit. Ikutkan itinerary nak shopping malam first sampai, tapi mana nak tahu pekan kuah tu kul 8 malam dah macam pekan koboi dah.Kedai banyak tutup. So next day, Jumaat time yg lelaki2 solat Jumaat yg perempuan menyopping la kejenye. Tujuan nak ke HIG(Haji Ismail Group) di pekan Kuah tapi ttp la pulak time solat Jumaat. Malam nak pusing jauh, terjah aje kedai yg berdepan dgn HIG tu. Oh..saya lupa ape namenye.

best la shopping time tu sebab tak ramai orang. Sangat beruntung utk N sebab bukan giler ceklat sgt, so xdela histeria tgk ceklat bersepah sana sini dan memang tak dinafikan harga adalah murah. Untuk kain batik, better cari kt area Cenang kot lagi murah rasenye tp memang banyak choice dan cantik2. Gamat jgn dilupa. 1dozen ada RM9 ade RM10. Pilih mane nak. Tapi dekat kedai ni brg2 pinggang mangkuk tak meriah sgt.

Bakul dia penuh , ntah ape2 brg ntah amik..Baru bangun tdo, sibuk nak shopping jugak;p


Lepas tu ke Idaman Suri pun tutup jugak. Tak tahu pulak mmg kedai2 sane ttp hari Jumaat yea??Sebab igtkan kedai Cina so xdela ttp.Hhehehe.

Sebba tak puas menyopping hari Jumaat ni, sebelum blk esoknye pagi2 lagi pergi Kuah semula utk ke HIG. Rupenye HIG ni ade 6 branch kt Langkawi tu. Yg paling bsr baru siap tu ktorg tak singgah pun, kesuntukan masa.

Then, singgah dekat Idaman Suri.Ramai giler orang. Berbas2 parking depan tu. And to tell you the truth memang N rambang mata la masuk sini, siapa2 yg nak shopping pinggan mangkuk cadar better ke Idaman Suri banyak pilihan cantik2!N tak beli ape sebab malas nak topup beg. Just cuci mata je. Pemanggang ajaib tu pun N xbeli..Oh..Next time la yea..InsyaAllah;)

Penuh peti ais dgn ceklat..

Family Day - Malam dan hari terakhir di Langkawi


Disebabkan siang hari dah pack dengan aktiviti Cable Car dan Mangrove Tour sampai chlaet dah pukul 8mlm singgah beli makan ayah dulu siap2.Pastu ade yg sambung berendam dalam pool bagai. Pukul 10lebih jugak la baru keluar utk dinner. Kali ni kite ke Cenang pulak.

N dgn cik b keluar awal dengan kawan, jalan2 sambil makan. Nak rekemen kan 1 kedai burger ni mmg sedap la burger die. Depan Sandy beach resort di Cenang.



Lepas tu sambung dinner dgn family dekat Okay Boss Asam Pedas. Mm..so so la rasa asam pedas die. Dah pukul 11 lebih dah masa ni, mostly kedai byk dah nak ttp kat cenang tu.



Hari Terakhir sebelum flight, after settle cek out semua demi untuk rasa laksa kitaorg sempat la singgah makan laksa tepi airport tu. Takde rezeki nak makan kt Laksa Power sebab masa tu tak bukak lagi, so pergi la kedai sebelahnye Laksa Pulau. So so la rasa laksa die, tapi rojak die boleh tahan:)









Next visit ke Langkawi ke try jugak la Laksa Power tu..

Aug 2, 2013

Family Day - Mangrove Tour Langkawi


Pagi berada di atas, petang kita beraktiviti di bawah pulak. Actually, ada 2 option masa ni nak pergi Underwater World atau Mangrove Tour. Lepas disscuss and survey, majoriti nak mangrove tour. Pilihan yg tepat sebabnye bila lagi nak rasa naik bot kan?

Jangan ada yang confius Mangrove Tour and Island Hopping yea. Islang Hopiing yg pergi Tasik Dayang Bunting bagai yang banyaknye untuk yg nak bermandi manda la. Mangrove tour more to relax ckit, sightseeing tgk kehijauan alam. Sesuai untuk yg pergi ramai, ada kanak2 dan juga golongan veteran gitu.Heheh.

Lepas dah survey kat encik Google ni, N dapat harga best price sewa 1 bot untuk 17orang.Sebab ape 17?Sebab ayah N tak ikut, tinggal kat chalet nak rehat2 katenye. So, anak2 menantu cucu mak yg layan mangrove tour ni ha.

Bot kami naik di Tanjung Rhu. Ada 2 jeti untuk mangrove tour ni. 1 di Sungai Kilim , 1 lagi di sini Tanjung Rhu berdekatan dengan Hotel Four Season Tanjung Rhu.Haishhh..Mampu tengok mulut ternganga je la bila lalu depan hotel ni;p

Ni la jetinye. Sudah urusan bayar duit sewa. Bot pun dah tunggu, Moh la kita naik bot. Oh yea..N amik pakej 2jam. Tu yg paling minimum nak 4jam pun boleh terpulang masing2 yea.

Mostly ktorg semua 1st time nak naik bot ni. Perasaan cuak itu di cover dgn perasaan excited!!

Muat2 la untuk ktorg 17orang yg comel2 belaka ni tapi yg duduk dkt hujung skali mmg basah la..so, safety jaket itu mmg sgt berguna yea spy anda tidak basah lencun.

Fish farm - lokasi pertama persinggahan. Dalam 10minit dari jeti tadi. 

Pekerja2 di situ akan bawak kita tengok ikan2 dalam sangkar ni . Nak bagi makan ke nak pegang ke ikut suka hati masing2 la. Nak makan pun boleh, ada restoran bersebelahan dgn sangkar ni. 

Bila dah puas hati, dah abis pusing tengok ikan semua. Kita ke lokasi seterusnye. Yang ni jauh la dari fish feeding td. Merasa la sakit bontot duk dalam bot.Hahha.Boleh nampak sempadan thai. Boleh tengok pulau yg pelbagai bentuk. Alhamdulillah cuaca sangat baik.

Kilim Geoforest Park

Kawasan bot-bot layar parking. Yang nak jual pun ada, siapa berminat boleh cari di sini yea;p

Bot berhenti di kawasan ini untuk Eagle Feeding. Banyak rupenye eagle kat sini, ingatkan petang2 dah tak muncul. Campak je umpan ayam dalam sungai tu, kejap je eagle tu dah datang menyambar.

The Eagle

Nesxt lokasi - Gua Buaya. Disebabkan bot kami ni besar dan air sungai dan surut, jadinye kami tak boleh nak melepasi gua tu. Hanya sekerat jalan je, itupun abang drebar masuk reverse u all. Ha..naik bot masuk gua secara reverse. Gempak x?;p

Bagi bot-bot kecil tu boleh la lepas. Kami hanya mampu melihat tapi its ok. Dapat masuk gua setengah jalan pun dah satu pengalaman berharga:)

Ce cari mana buayanye..nampak x?nampak xxx kwn2???

Lastttt lokasi..Bermandi manda di Pantai Tanjung Rhu. Ok, for info kalau amik pakej 2jam ni. Ada 4lokasi dalam pakej. Septtnye Gua Kelawar termasuk tapi N request utk skip sbb xde sapa nak masuk gua tu dgn knk2 dan jugak mak. Jadinye, ganti la dgn mandi manda di Tanjung Rhu. Weeehuu..

Kitaorg tak mandi pun. Layan perasan je kat sini. Seronok tgk mereka mandi, dah la time ni ktorg je yg berhenti. Masa otw lalu awal tadi nampak jugak la 2 3 bot stop sini. Dalam setengah jam camtu, gerak blk ke jeti. masa tu dalam kul630ptg. Ngam2 2jam, lebih ckit la selamat sampai jeti.

Phewww..bestttttt!!!!

N bg link untuk siapa yg tengah mencari pakej mangrove tour yea. Klik Zila Mangrove Tour. Dalam tu ada di bg list pakej beserta no.hp zila. Senang berurusan dgn Zila ni. Msg je tny pakej bla bla bla, dapat best price then bayar deposit. Memang recommended la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah