CHERITERA KAMI...: July 2013

Jul 31, 2013

Family Day : Cable Car Langkawi


Berbulan-bulan sebelum pergi Langkawi ni, memasing dah sibuk cerita pasal cable car. Ada yg nak naik, ada yg tak nak. Tapi rugi la kalau tak naik kan, tempat wajib pergi ni.Heheh. End-up bila dah sampai sini, ayah N je yg tak naik sbb die mmg kurang ckit bab2 camni.Huhuh.

Sebaik pergi bukan time cuti sekolah , so xyah beratur panjang nak beli tiket. Cuaca pun alhamdulillah baik.

RM 15 (dewasa ) & RM10 (kanak-kanak)

Jom naikkkkkkk;)

1 cable car tu boleh memuatkan seramai 6 orang. Boleh la isi beratur siap2 dalam kotak2 yg disediakan yea. Nnti xdela ade yg terlepas naik pulak sbb cable car tu bukannye berhenti tunggu kita pun. Cuak kan?;p



Weehuuu..selamat berada di dalam cable car. Menuju ke puncak Gunung Mat Chincang la kite..Sejuk mata memandang pemandangan hijau sekeliling.


Kami yg excited;)

Pusing belakang nampak ni..Belum setengah perjalanan lagi



Makin tinggi wooo.


Telaga tujuh..nampak macam dekat je lps dh zoom ni..



Tu pelantar pertama,kami tak turun situ sbb tau xde ape menarik kot. Ramai yg terus naik je ke atas ke pelantar terakhir.

Sayang sky bridge ni ttp la pulak under maintenance lame dh dr bulan 3 tak silap. tak tahu bila akan buka semula. InsyaAllah ade rezeki, nak jugak jejak kan kaki kt sky bridge ni, 10 most craziest bridge in the world;)

Dah sampai dah di pelantar terakhir selepas 15 minit perjalanan. takde la rasa sejuk sangat pun atas ni. Pemandangan kabus mungkin sbb dh stat jerebu yg teruk haritu.



Jom naik atas:)

SubhanaAllah..Tak lama atas ni sebab panas dan berkabus pemandangan

Cantik sgt

Mrs & Mr di atas Gunung Mat Chincang <3

Jul 29, 2013

Family Day - Oriental Village Langkawi


Hari kedua di Langkawi bersamaan hari Jumaat. So, masa adalah limited sbb tengah hari yg lelaki nk pergi solat Jumaat kan. Pagi dalam kul 10 keluar dari chlaet untuk ke aktiviti utama di Langkawi. Kene pergi tempat ni, kalau tak rugi la kan.

Tenang betul, no jem no sesak2 kereta bersimpang siur atau yg macam2 perangai. Sangat tenang!


Nak pergi Buffalo Farm tak sempat, tgk je la byk kerbau2 tepi jalan ni area Pantai Kok

Kapal layar..Nampak tak atas gunung tu?Sayuuuppp je nengoknye kan;)

Lebih kurang 20 minit perjalanan, sampai la kami di Oriental Village ni. Masih pagi mungkin so parking banyak lagi, orang pun tak ramai yeala bukan cuti sekolah pun;)

Rombongan sekeluarga..excited orang depan ni kan;p

Macam-macam aktiviti ada di sini - nak berkayuh di tengah tasik ke, nak naik kuda, nak main2 dgn rabbit, tengok orang buat sand art dlm botol.Kedai pun ada pelbagai jugak juga baju, kraftangan, souvenirs. Oh..Hotel pun ada dalam ni tau.Complete la dalam 1 tempat.

Kami pulak dah ada target kt tempat ni..Jommmm!

Neves kan bile tengok ni..First naik any cable car kot.Excited!!

Bersambung di entry seterusnye....;)


#Jemput singgah di Ann'z Collection

Jul 23, 2013

Family Day - Restoran Thai Town Kuah Langkawi


Hari pertama sampai, ikut pada itinerary yang N dah buat malam tu memang nak terjah Kuah, dinner & shopping. Tapi mane la nak tau kan kedai2 kat Kuah tu mostly tutup awal. Kami sampai aorund 8pm camtu lengangla. Kedai makan pun susah nak nampak.

Nasib baik la, ada downtown dekat dekat Bayview Hotel tu dan ada restoran seafood berdekatan. Antara shopping & makan, kami pilih isi perut dulu sebab masing2 kelaparan dari sampai petang tadi tak makan lagi sibuk berendam memasing kan.

Penuh jugak la restoran ni. nasib baik jugak ada space untuk kami 18orang:)



Order tomyam, ayam paprik, udang/sotong tepung, sayur kangkung, sup dan telur dadar. makin ramai2 memang seronok kan. Bersilang2 tangan memasing.


Budak-budak la paling seronok, siap cakap lagi.."Best kan kte g Langkawi ni"..Wahh..bunyi macam nak hari2 pergi je;p


Satu lauk ni je sempat amik gambar, ayam paprik. Lain semua selamat dingap.Lapar!!!

Overall, makanan die not bad la. Ada yg sedap ade yg middle rate. Harga total RM300++. Hahaha. N budget RM200++ lebih je.Maybe udang yg mahal di situ.Ktorg tak order ikan , kalau tak mesti lagi mahal kan.Hehehhe.

Still boleh nak recommend kan , servis pun bagus. Takdela lame sangat tunggu. Tempat pun strategik memang tengah2 Kuah tu.

Beroperasi dari 12tengahari - 11malam

Restoran Thai Town Seafood Kuah, Langkawi

Jul 22, 2013

Family Day - Dawn Chalet & Homestay Langkawi


Susah jugak sebenarnya nak mencari chalet/homestay untuk 18orang a.k.a 5 keluarga ni. Mostly homestay plng banyak pun 3 bilik untuk 12-15orang camtu. Puas jugak mencari dari hotel hingga ke chalet dan homestay. Google punya google, jumpa la 1 blog ni Dawn Chalet & Homestay

Memang baru lagi dalam bulan 11 ke 12 tahun lepas baru bukak. Tengok macam menarik je, ada swimming pool lagi. Seronok la anak2 buah kan. Call akak Hartini tu, alhamdulillah dapat best price untuk 5 chalet for 2 nite. Purpose dekat family semua On. Weehuuuuu!Booking dan bayar deposit half, masa check in nnti bayar balance. Senang je. Kak Hartini pun baik , ape2 just call or msg beliau yea. Ada no, di blog tu;)


Terletak di Mukim Kedawang, 8 minit ke Pantai Cenang, 15minit ke Kuah, 25 minit ke Cable car and magrove tour, 10minit dari airport.

Cantik kan??Macam berada di rumah sendiri. Parking lot luas. Ada 10 chalet dan 1 homestay yg bsr depan tu:)

Reception area. Request nak bilik yang dekat ngn pool, senang nak terjun je. hehehe. 



Sampai2 je masing-masing tak sabar nak terjun..Memang favourite port diorg ni:)

Jom masuk tengok bilik

Flat screen tv, ada few channel, kettle, cawan, tea, dressing table, almari yg besar kt tepi tu.

Ni la main antara main factor jugak kenapa ambil chalet ni sebab ada 2 Queen bed dengan harga yang berbaloi. Sangat sesuai untuk 1 family 5 6 orang kan??Sebab N and husband 2 orang je, seronok la conquer weh.;p


Bathroom. Ada 2 shower. Tak guna pun yang hot shower tu, ada cakap airnye slow. 

View dari bilik

Pagi sampai malam boleh berendam. tu yang masing2 syok balik jalan je terjun.

View waktu malam. Tenang je.

Chalet ni tak provide breakfast. tapi jangan risau, ada je kedai2 kampung berdekatan yang jual breakfast. makan nasi lemak & roti canai, heaven kan??;)

N share kan jugak fb link Dawn Chalet & Homestay.


*** Jemput singgah page kami Ann'z Collection

Jul 18, 2013

Family Day - Hi Langkawi


Pheww...Lame betul xbercerita dalam ni. Bz dengan komitmen dan hal2 lain. Dengan nak mencari mood nak post entry lagi.Tue yg terbiar, kesian blog. Eh, tapi hari2 kot bukak cuma x update je. Ada jugak blogwalking cuma xtinggalkan jejak je.Heheh.

Hi korang semua.Sihat?Selamat berpuasa yea. Puasa penuh x semua sampai harini??Hehehhe.

Anyway..N nak share story kami sekeluarga seramai 18orang bercuti ke Langkawi. Yea, 18 ORANG yea! Dari urusan tiket, penginapan, aktiviti N uruskan. Alhamdulillah berjaya jugak.Heheh.

Ktorg pergi selama 3D2N. Beli tiket promo AA. Harga tiket , pembelian bagai nnti N story lasttt entry yea;)
Flight pukul 4.30pm. Takde delay.Sebaik klu x, lari program.Memang full la plane. Dan rsnye org timur tengah tengah musim cuti kot sebab ramai betul pak arab and minah arab. Rasa macam ada kat airport diorg lak.



Untuk transportation dari rumah (taman keramat) ke LCCT, N sewa shuttle van.Yg saing pergi dari skali ngn N ade dalam 9 orang. Memang selesa dan bagus la service diorg ni. Sharp sampai. Van pun selesa. Sewa RM150. Ok la klu nak kire kos naik train, pastue nak skybus lagi.Lebih kurang je.Jimat untuk yg pergi ramai macam kami kalau pergi berdua ke baik naik train kan.

Untuk cntact no. boleh email N nnti or N akan bg tau detail ms last entry jugak;)

Inokom van..Selesa sangat, sejuk lak tu:)


Mood excited charge!

Mestila nak inteprem jugak:)

Dalam 50minit dah sampai Langkawi. Wohooo..excited sangat, first time ni jalan2 whole family together.




Budak comel ni bagus betul. Baik je mood die. Dalam plane, relax je. tak nangis tak meragam. Good girl!:)

Next entry sambung psl tempat penginapan lak.sangat recommended!.tunguuuu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah