CHERITERA KAMI...: February 2013

Feb 28, 2013

Best Vacation Photo Contest


Sticky Post, scroll down utk entry lain:)


Selepas contest Kaching2 tahun lepas, tahun ni sebelum 2012 menutup tirai, kami pun nak jugak la buat 1 contest. Simple and easy. Just nak reward dan share something dengan kwn2 dekat sini.


Syarat penyertaan :


  1. Post entri tentang contest ni beserta dengan 'Best Vacation Photo' korang. Tak kisah la cuti tahun bila pun tapi yang terbaik bagi korang.Gambar ikut kreativiti masing2. Gambar nature pun boleh as long menunjukkan tempat tu memang best dan jangan lupa sertakan nama tempat berkenaan.
  2. Follow blog?terpulang..Tag kawan?Pun terpulang.Lagi ramai lagi meriah:)
  3. Settle syarat2 yg senang ni, post link kt entry kami ni.Simple!
Tarikh tutup : 23/01/2013 28/02/2013

Hadiah : Update (tukar voucher JJ ke cash)

  • Tempat pertama : FM + Cash RM50 
  • Tempat kedua    : FM + Cash RM20
  • Tempat ketiga    : FM + Cash RM10
  • Saguhati
Note : hadiah mungkin berubah juga, mana tau makin bertambah.Ada sapa2 yang nak join sponsor hadiah sekali ke kan.dialu-alukan:)

Jom ramai2 join!:)

Feb 27, 2013

3 dara pinggitan



Tbe2 rindu pulak nak bace komik..Oh..Bukan komik satria ke doraemon(pernah beli sekali) atau naruto.Doraemon suke tgk tp xbape suke bace komik die, xfeel la kecomelan doraemon dlm tu.Yang komik lawan2 bagai tu langsung N xminat.Selak selai 2 muka surat je dh tutup.Serabut pale otak den tengok nye.

Yang menjadi top bagi n masa tu








Sape setuju?Angguk kepala....hehehhe;p
And best katun dalam tu yg N layan sampai beli buku die sendiri


                                           Awa,Noi dan Esah


Sape geng ngan N??Give me 5!!

Suka bace komik diorg ni, kelakar kot pastue macam cerita kisah2 kt kampung. kisah2 gadis(i kan gadis masa tu..hehehe).Ada lagi tak agknye komik diorg ni eh?Rasanye komik Ujang n Gila2 skng byk iklan dari cerita kot kan??Yang opisboy selalu pau bos die 2ringgit tu pun klakar jugak.Yang upin workshop tu pun lawak.

Ada kawan2 yg buat koleksi tak majalah2 komik ni?




Feb 22, 2013

Medan Ikan Bakar Teluk Muroh ( Lumut)


Sambung dari entry Indahnya CiptaanMu.

Nak share tempat yang dah buat kami suami isteri jatuh cinta buat kali kedua.SubhanaAllah memang tak rugi datang dari rumah MIL ke sini ada la 1jam perjalanan, berbaloi bila dapat saksikan kebesaran dan keindahan alam ciptaanNya.Indah sangat.

Terima kasih pada kawan cik B yg kenalkan tempat ni.Tempat yg agak tesorok kalau tak biasa mungkin ingat tempat tu hanya biasa2 je selain ada Medan Ikan Bakar itu;)


Kami sampai dalam pukul 7petang kedai dah mula penuh.Diorang tak terima tempahan/reservation.So, datang la seawal yang boleh sebab makin malam makin penuh dan memang jenuh la nak menunggu meja kosong nnti.

Nak tempat yg berbumbung atau tak, terpulang. Berdoa la semoga tak hujan;)


Pilihan seafood di sini. Ada surau juga disediakan. tempat parking susah sikit sebab jalan nak masuk agak sempit.Jadinye pandai2 la kome menyelit2 klu penuh parking tu:)

Cara order di sini, dah buat pilihan makan dan order baru mereka bagi kite kertas yg ada no.meja. Jadinye simpan la kertas tu molek2 , sebab senang mereka nak hntr makanan ke minuman. Nampak macam tak teratur kan sistem tu tapi rasa mereka selesa macam tu sebab dalam 30 minit ke 40 minit kami dah dapat makanan dalam keadaan orang yang ramai. Rasanye takde la teruk pun kan?yea tak?Mungkin jugak tak terasa sebab ralit dengan angin laut;)


Fullhouse

Matahari dah bersembunyi.Kalau perasan lampu2 diseberang sane tu la Pangkor.


Maaf....Gambar makanan tiada.Hahah.Sampai2 jek foods tu terus makan.Baru rasa laparnye kan.Anyway, malam tu kami order utk 4 orang kerang bakar, siakap masam manis, sotong tepung, kailan ikan masin.butter prawn mmm...lupe dah ade lg ke tak eh?Total RM91rgt termasuk air fresh oren 1 jag.

Boleh refer http://cheriterazanyra.blogspot.com/2011/03/pulang-ke-perak.html untuk cerita 1st visit kami ke sini.

Location/direction : menghala ke Teluk Batik, masuk simpang ke Marina Cove Resort Lumut, akan nampak signboard Medan ikan bakar teluk Muroh.Follow je. Confirm tak sesat punya.


Feb 21, 2013

E-day cousin..


Cerita cuti CNY xabis lg ni. Hari Ahad tu ada kenduri tahlil dan bertunang cousin di Melaka. Buat kenduri sekali harung. Senang kan?Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.Seronok nengoknye , klu tgk org kawin lg la beronok2;)







Hantaran semua berasaskan (ye ke ayat ni?)makanan.Nnti hntaran kawin baru la nk letak perfume ka, handbeg ka.

Selamat menjadi tunangan.tahniah!Bulan 5 ni majlis kawin pulak.Mudah btl perancangan Allah, sekejap je hjng thn lepas merisik, bln ni bertunang lagi 3 bulan kawin.Semoga segalanye berjalan lancar.Amin....


Happy:)




Kemain...nak jugak tumpang posing di situ;p


Feb 19, 2013

Selamat Pengantin Baru


Boleh dikatakan every week or selang seminggu ade jemputan cuma sempat or boleh pergi ke tidak je.


Dr.Lotfi & Dr.Sol kenduri di Perak

Classmate cik B masa di Ukraine dulu.Saya je seorang bukan doktor di situ.Huhuh.

Diorang pun PJJ jugak sekarang sebab sorang kt KK Pantai Remis sorang dekat Hosp.Kulim.



Wedding at Dewan Felda Merak Kayangan

Actually ni wedding adik kepada schoolmate N tapi kami berjiran.Wedding paling awal N pernah pergi kul 11lebih dah sampai sebab nak kejar masa. Memang xdan tunggu pengantin.

 Amik gambar dengan kakak pengantin je.N meet Anne:)


Wedding at Hotel Royal Chulan 

Wedding yg glem, banyak pak2 arab.Hihih.Ni majlis kawin anak pada manager N.

Tak berjnji pun sama pulak kaler anak beranak. Ni pun xdan tunggu pengantin.Makan2 terus chow.


Kepada semua, terima kasih atas jemputan.Tahniah!Tahniah!!Selamat Pengantin Baru.Moga bahagia till jannah.Amin...

Feb 18, 2013

Steamboat Dataran Jb

3tahun study kt skudai tu xpernah jejakkan kaki pn kt steamboat ni.Eh, rasenye xbape nak femes la among kawan2 masa tu.Sampai la cik B dok Jb die duk ckp nak g kedai mkn steamboat byk2 kt dataran.N pn teringin la jugak kan.

masa cuti CNY baru ni sempat la pergi JB semalam dari JPO kami dinner dkt Steamboat dataran ni

Ni la tempatnye..sederet ni mmg steamboat je..pastue ade la jual goreng2, pening jugak nak pilih kedai yg mana.

Steambot Heaven uolls!!Sebaik suruh cik B yg pilih, klu N pilih mau semua nak amik.


Menu kami malam tu, Char Kuetiau yg xsedapppppp spoil lansung, pangkah kedai tu..Yg ni N order kedai opposite dgn kedai steambot td. Limau suam tu sedap!Kuah steamboat pun sedap!makan steamboat ni bergntung pada kuah kan, klu sedap baru la mengancam.

Macam biase..fav cik B.Sup gear box.Lembut giler daging die.RM6 tak silap.

Direction : cari je Dataran Jb(berdepan Thistle Hotel), akan nampak deretan kedai/warung tepi dataran tu.

Feb 15, 2013

Johor Premium Outlet



Takde target sekadar nak jugak la tengok singgah ape yang menarik di sini. betul ke ade cakap xde la murah mana pun, xde la bagus up to date pun stock die. Ada juga yang komen positif cakap murah la, berbaloi-baloi la. Meh la kami pun nak usha sendiri la.



Tiba di saat cuaca mendung dan hujan. Dari luar highway tu tgk mcm xbyk kereta tu , skali masuk beratur pjg la jugak nak masuk ke parking ni. Jam masa ni around 6pm, ramai yang dah nak balik dok tunggu kt depan tu.Sesakkk!!!





Berbaju kurung pahang di situ, bajet ayu macam kte pulak yg raya gitu kan. seronok pulak g jenjalan pkai cmtu, selasa tau!

Hasil tangkapan?1 scoop Baskin & Robin dan barang Body Shop. Body shop kat situ jugak nak singgah tempat lain xnak.Hihih. Tak masuk pun semua butik tak abis pusing pun. Lalu butik Coach, beratur orang nak masuknye. Mostly nampak org dok pegang paperbag Coach.Murah kotttt.N tak masuk. Masuk Charles & Keith, eh..kenapa lately ni macam tak menarik je tengoknye.Takde yang berkenan.





Last2 keluar je la. Komen?Tak bape nak reti la shopping kt butik2 ni.Kikiki. tapi xtau la klu nti pergi London ke mane kan time tu mungkin reti kotttttt;p

Selepas 5 tahun


Salam Jumaat sahabat semua.. hampir seminggu tak update blog sebab cuti dan jugak mengumpul mood kerajinan untuk mengomel di sini.

Nak kongsi 1 of kenangan manis semasa cuti CNY baru ni.


Berkesempatan menjejak kaki di sini semula selepas 5tahun meninggalkannya. Tak masuk dalam plan sebab tengah rushing tapi mungkin dah rezeki agaknye. Thanks to cik B.Seronok sangat bila dapat pusing2 dalam kawasan ni sambil teringat balik kenangan2 masa belajar dulu. Rinddddduuuuuu!!!Dapat pulak drive kereta sendiri kan, dulu2 tak tumpang kereta orang, sewa kereta tak pun naik cab jek.

Ni pun tak abis pusing lagi, ade few tempat yang miss tapi xpe InsyaAllah ade rezeki nnti boleh pergi lagi:)

Feb 8, 2013

Salam Jumaat




Jumaat yang barakah..Semoga segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan.

Selamat bercuti panjang untuk semua   

Feb 7, 2013

Bukan fanatik tapi suka


Alkisahnye nak kate fanatik bukan sebab xde la pun giler semua brg nk kaler tue tp bile jumpa brg ke ape2 yang berkaler tu mesti mcm tersuka. Bila tersuka tak semestinye semua tu nak beli tengok pada keinginan. I boleh control lagi nafsu menyopping ni lagi.InsyaAllahhhh..

Ape ke bendenye yg merepek ni ha..Meh la nak share bukan nak menunjuk tau.Bukan!Bukan!





Ape persamaan 2 gambar tu?yeaaa..betulllll!Me in turqoise!Sendiri tanya sendiri jawab, syok sendiri dah ni.;p

Turqoise handbag from Primavera. Pusing 1 MidValley akhirnye patah balik ke kedai Primavera ni sebab tak jumpa handbag lain yang dapat kalahkan 'kegilaan' Ann kt die.Sampai budak kedai tu pun gelak.Akak datang balik.Kui3..Akak dah terbekenan sangat la dik plus cik B pulak bagi sokongan moral dan bantuan kewangan di situ kan maunye akak nak lepas peluang.Hihih.


Owwhh...saya 2thn yang lepas...On my Big Day.Ramai puji baju ni cantik!Perasan lagi;p
Koleksi sendiri ni tersimpan elok dalam almari xtau bile nak pakai.Ade nak sewa ke?;)

Loveeeeeeee


Kan dah cakap bukan fanatik.Kalau fanatik, mau sebilik 1 almari tu penuh kaler ni jek.

Korang suke kaler ape?

Feb 6, 2013

Indahnya ciptaanMu














Tuhan Maha Besar Maha Bijaksana..jatuh cinta lagi dan lagi pemandangan yang asyik

Feb 5, 2013

Asam Pedas Claypot


Ni cerita beberapa bulan yang lepas, balik kampung Melaka confirm ktorg akan merayau punye.Seronok wo balik Melaka, rasa nak pergi sana sini sinun pastue tempat pun dekat2 jek kan.

Kami dah aim nak try Asam Pedas Claypot ni sebab dah try Asam Pedas Hajah Mona haritu, antara kedai2 hot spot kalau orang datang Melaka kan.



Ini la rupenye kedai Asam Pedas itu.Ramai orang..Penuh la sepanjang2 deret kedai tu. parking senang je sebab dalam kawasan yang lengang.Kedai ni 1 je yang meriah.


Kami order Asam Pedas Ikan Pari dengan Ikan Tenggiri.Nasi tu ada sayur, sambal belacan dan telur asin. Padan la namanye Claypot sebab ada kuah tu diservekan dalam bekas Claypot.

Komen?Kurang umphhhh la.Still tak boleh lawan asam pedas bonda terchenta.Ada sesuatu yang kurang disitu.Tapi servis cepat, bagus!

Map ke Asam Pedas Claypot


Nak rekemenkan kedai asam pedas yang best?

Feb 4, 2013

Bukan Sate Kajang


Aritu pergi kenduri kawan without cik B, so ala2 bujangan gitu kan. Join ngan kawan2 yang bujang pulak.Pandai diorang pujuk N follow program jalan2 diorang.Dari kenduri di GMI,Kajang pergi rumah kawan dekat Sg.Ramal ingatkan pastu nak chow balik rumah. Tak jugak, follow pergi pasar malam Bangi and lastttt skali makan sate sedap direkemenkan kawan.

Meh la nak rekemenkan kat korang jugak kalau sapa2 yang teringin nak makan sate tu kan.

Complete dah info kt situ

Lokasi kedai ni betul2 tepi jalan seberang jalan dekat ngan KPJ Kajang.Senang nak cari tapi hati2 la banyak kereta, susah sikit nak cross jalan tu.Parking banyak.Kedai pun besar banyak tempat nak duduk.

Anyway, ade 2 kedai sate kt sini. Kami order sate yang tepi jalan, sedap!70sen besar isinye.Kuah pun sedap!Segala yang sedap itu dari tekak kami la yea. Kalau orang lain xtau la sedap ke idak;p

Nampak tak isi2nye yang besarrr itu...

Boleh order makanan lain jugak dekat kedai ni.macam2 ada.

Teman member jauh datang dari ganu ni


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah