CHERITERA KAMI...: Taktik Buka & Menang

Dec 9, 2013

Taktik Buka & Menang


Berehat kejap cerita Sabah. Meh nak share cerita Jumaat lepas. Al-kisahnya after office, N pergi AEON Big Wangsa Maju nak pos barang customer. Elok je dah park kereta nak matikan enjin, ada la 2 orang Chinese perempuan ni dok tunggu tepi kereta N dok senyum2 lambai tangan.N pun senyum geleng pale pastu nak keluar la dari kereta. Terus diorang dok cakap dari company mana ntah sambil tunjuk macam kad/cupon la N masa tu memang blur sungguh sebab diorang cakap slang Malay Chinese laju pulak tu. Yang N paham, bukak kad./cupon tu tengok ada tulis apa dalam tu.Kalau "Thank You" takde ape.

Masa ni N xkeluar lagi dari kereta. Duduk kat seat tu sambil diorg berdiri kat tepi pintu. N pun bukak je la kad tu kan. Pastu ada warna silver kt atas kad tu, bukan "Thank You". (tak tau nak terang camne, korang imagine je la eh)Bukan main happy lagi dak Chinese 2orang tu siap cakap "Akak!!Tahniah2!Akak tau tak ni dapat hadiah ni.Macam2 ada ni." Pastue N tanya la ni saya nak redeem kat mane??Ada kene bayar ke?Dia cakap takde bayar2.Akak kene bawak kitaorang pergi office kat Jalan Ipoh.Tak jauh pun kak 5minit. Amboii nak nipu pun agak2 la cik adik. Akak rumah dekat sini pun 5minit lebih gak nak sampai.

Pastue N cakap, ok2. Bagi saya masuk dalam supermarket dulu. Nak jumpa orang,nak pos barang lagi. Dia sungguh2 menahan kita.Tak boleh kak.Akak kene pergi sekarang jugak bawak kitaorang. Office kul6 nak tutup.Nnti akak datang la sini balik.Wahhh..kemain kan!Dah la nak suruh g office, bawak diorg, pastue memandai arah2 kite pulak. Dia cakap ni hadiah best kak. Ada bawak makeup tak??Nnti nak amik gambar. Ada tengok NTV7 semalam x?Ada keluar tau. Pastue datang pulak kawan lelaki depa 2 orang dok cakap ayat sama jugak.

N cakap, saya macam mana pun nak masuk dalam jugak.Ni saya nak ni nak buat keje jugak,nnti lambat nak balik rumah jauh kat Damansara.Nak amik anak lagi.U pergi la cari orang lain dulu. Dia cakap orang lain dapat Thank You je. Akak sekali bukak dapat silver tu.Gitu..nak kate kite ni bertuah sangat kan.Kang klu ko bawak aku p office ko tu , ko la yang bertuah nak makan duit orang main tipu.

Bile kereta sebelah N dah keluar parking, N terus amik beg keluar dari kereta. Pastu N cakap, xpela kalau tak bagi saya masuk. Saya tak nak itu hadiah.Bukan rezeki saya. Bagi la kat orang lain.Pastue ntah ape bende ntah diorang cakap sesama mereka.N terus belah masuk dalam. Sesambil tu lelaju search pasal bende ni.Banyak dah kes yang selalu Gores & Menang. Kali ni die tukar sikit Buka & Menang.

Ikutkan masa diorang tengah bercakap ngan N tu, ada je orang lain kt tempat parking tu tapi mostly mereka ber2 or ingroup. So, diorang(yang buat kerja) ni target N sebab N sorang.Pastue dalam kereta memang xboleh nak lari kan.Mati2 tak bagi kita keluar terus nak bawak diorg pergi office sebab tak nak kita browsing apa2 pasal diorang.

Dalam 10-15minit N g tempat parking balik, dah tak nampak bayang pun Cina2 tu. Balik dah la takut kene serbu sat gi.Selama-lama ni N pergi AEON Big, Jaya Jusco tak pernah lagi terserempak ngan dengan group. Berani la diorang masuk ini kawasan yea;p

Pengajarannya - Silalah extra careful. Jangan percaya yang benda2 macam ni. Lagi-lagi yang biasa jalan sensorang.Bila kita sorang, diorang ramai pastue macam push2 ayat pulak manis2 belaka memang salah langkah boleh terjebak. Be EXTRA CAREFULL, MORE ALERT!!

4 comments:

Myra Jay said...

Mcm2 taktik nak goda kita..
harap kita smua berhati2 dan tak terpedaya

Ann@zanyra said...

myra jay : kan..goda secara paksa lak tu..semoga kita semuat xterkena la ngn diorg ni

~~AzaLea~~ said...

syabas Ann! Ann telah berjaya membebaskan diri dari ditipu.. bersamalah kita berhati2 di tempat awam.. especially time sorang2..

Ann@zanyra said...

Azalea : alhamdulillah dpt pikir lagi masa tu..kalau tak, haishhh...tc ok:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah